~ Child Fun Day ~
Assalamualaikum Hari ni dah masuk pertengahan minggu hujung bulan April. Sekajap je masa berlalu kan. Dah habis suku pertama tahun 2017. Minggu lepas dapat peluang bawa Qabil dan Qayyim ke Jungle Gym. Sebenarnya reward untuk Qabil sempena kejayaan dalan Ujian Penggal Petama tahun 2017. Alhamdulillah rezult dia ok. Semua A dan markah 90 peratus dan ke atas. Harap reward ni dapat memberikan semangat untuk Qabil supaya lebih berjaya. Mama dah janji kalau dapat no 1, reward lagi besar akan diberikan. Qayyim tumpang tuah kejayaan abg. Nanti Qayyim pun akan dapat peluang yang sama. Insya'Allah. Doakan mama dimurahkan rezeki. Jungle Gym adalah tempat riadah untuk kanak-kanak di dalam shopping complex. Selesa dan selamat sebab lantai dan semuanya ditutupi permukaan yang lebut. Jungle Gym ni terletak di Atria Shopping Complex. Kami guna Waze apps je nak pergi ke sini. Yela kan. Cik Abg bukan suka berjalan. Mau sesat la kalau tak guna Waze ni. Tiket masuk pula seperti ...