Posts

Showing posts with the label Mama

~ Selamat Ulang Tahun Ratu Hatiku ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. di harap kawan-kawan sihat di samping keluarga. Mesti ramai yang menghabiskan masa cuti sekolah bercuti dan balik ke kampung menziarahi keluarga kan. Alhamdulillah...sama-sama kita memanfaatkan peluang yang masih ada. Tanggal 28 November adalah ulang tahun kelahiran Bonda tercinta yang ke 62. Ahlamdulillah mama masih lagi bersama kami dan kami masih berpeluang merasai kasih sayang mama. Seperti biasa sambutan ulang tahun hanyalah di kalangan ahli keluarga yang ada je. Kebetulan masa tu kami memang merancang nak balik kampung mencari pakaian sekolah anak-anak. Orang kata dah alang-alang, kita sambut la sekali.  Kali ni Az berpeluang menyediakan kek untuk ulang tahun mama. Dah lama tak buat kek ulang tahun mama. Selalunya sekadar ucapan dalam wassap je sebab tak balik ke kampung. Jadi tahun ni dah ada peluang, eksited la tunjuk bakat. Sekali buat sampai 2 biji.  Kek yang menjadi pilihan kali ini adalah 'Sweet ...

~ Rindu Mama ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kita semua berada di dalam keadaan sihat terutamanya di dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Selalunya sekarang ni sebelah petang hujan akan turun membasahi bumi. Alhamdulillah, pada 13 September 2018 mama telah selamat kembali ke Malaysia dengan gelaran 'Hajjah'. Memang eksited sangat nak tunggu mama balik.  Mulanya mama dijadualkan sampai pada pukul 5.30 petang masa pergi dulu. Kemudian, 4 hari sebelum tarikh bertolak meninggalkan Jeddah, masa ketibaan bertukar ke pukul 9. 25 malam. Tak pe la kan.  Pukul 8.15 malam kami pergi ke KLIA untuk menjemput mama. Kami tu 3 orang je. Kita, Alang (adik lelaki sulung) dan Mak Ndak (kakak mama). Perjalanan dari rumah ke KLIA memakan masa lebih kurang 1 jam.  Alhamdulillah kami sampai ke KLIA jam 9.15 malam. Mencari juga tempat jemaah akan keluar sebab sepupu bagi tau Pintu 2. Rupanya dah ditukar ke Pintu Ketibaan Penumpang Domestik. Sampai di situ, papan ken...

~ Panggilan Kaabah ~

Image
Bulan Haji Telah tiba lagi Untuk kita menunaikan ibadah Haji di Baitullah.... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingat tak lagu di atas? Lupa dah. Rasa macam betul dah tu liriknya. Musim haji telah tiba lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tempat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Seramai 30,200 jemaah dari negara kita bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini mengikut sumber dari Tabung Haji. Penerbangan pertama telah pun berlepas pada 14 Julai 2018 dan penerbangan terakhir dijangka berlepas pada 14 Ogos 2018.  Alhamdulillah, tahun ini mama terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji. Mama berangkat ke Madinah pada 29 Julai 2018. Insya'Allah mama akan tiba di Malaysia pula pada 13 September 2018. 45 hari kami berjauhan dari mama.  Jelas terpancar keceriaan di wajah mama Buat pertama kalinya tahun ini jemaah haji dari Lembah Kelang dan sekitarnya berlepas dari tempat baru iaitu Kompleks TH Sepang...