Posts

Showing posts with the label Jalan-Jalan

~ Santai sekeluarga ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua sihat kan? Habis dah cuti sekolah seminggu. Ke mana anda semua? Kita cuti hari tu balik kampung sebab mama buat tahlil untuk arwah Abah. Diam tak diam dah 2 tahun abah meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk abah. Dah ada peluang bercuti, kita pun nak la luangkan masa dengan keluarga. Kebetulan ada 4 orang anak sedara dekat rumah, dah tak tau nak buat apa. Ajak la mama dan adik-adik yang ada pergi berkelah. Nak pergi Cameron mesti jalan jem. Mau ada yang lembik longlai nanti. Percutian yang singkat tapi menyeronokkan walaupun ada sedikit cerita tak best dan tak puas hato. Tapi, jangan biarkan parasit merosokkan mood kita kan. Nasib baik la yang tak best tu dah masa nak balik. Buat tak reti je la. Yang penting niat nak buat mama hepi. Perkelahan kami simple je. Semuanya on the spot. Kebetulan Alang tak bukak kedai sebab tukang masak cuti, Adik Oni pun cuti sebab konon nak pegi Penang tapi tak jadi, Acik pun baby yang dia jaga tak datang seb...

~ Mi Udang Pak Ya ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Tidak terlewat lagi rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga kita semua diberkati dan beroleh kesejahteraan yang berganda di tahun ini. Cuti sekolah dah habiskan. Mesti tak sabar nak plan untuk percutian seterusnya. Kalau dah namanya cuti, mood nak makan pun berganda. Habis semua diet yang diusahakan selama 11 bulan. Hahaha...konon sangat. Ok, sesi memenuhkan perut selepas balik dari Teluk Kemang diteruskan ke Pak Ya Bistro & Catering yang terletak di Ulu Slim, Slim River, Perak. Alah....google je. Lepas tu, waze pulak untuk tau arah ke sana. Senang je. Pak Ya Bistro & Catering ni pun ada Facebook tau. Cari je.  Gambar dari FB Pak Ya Bistro & Catering Kami ke sini disebabkan oleh......mama la. Dok bercerita sedap mi udang di sini, udang fresh, adik suka makan udang galah goreng. Mama ni jenis cerewet, kalau dia kata sedap, maknanya sedap. Maka kami pun bertolak la dari rumah mama ke Sl...

~ Santai Bersama Keluarga ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti 2018 sudah sampai penghujung. Kemana kawan-kawan semua meluangkan masa bersama anak-anak, bonda, adik beradik dan ahli keluarga? Mesti menarikkan dapat meluangkan masa bersama. Alhamdulillah, penghujung cuti kami dapat meluagkanasa bersama. Percutian tanpa dirancang. Bak kata omputeh 'on the spot'. Kebetulan adik bongsu pun ambil cuti hari sebelum Krismas, maka kami melarikan mama ke Teluk Kemang dan Teluk Batik.  Dah tak rancang, just bawa je bekal baju kalau ada homestay yang kosong. Kalau tak ada, selepas berkelah dan mandi manda di laut, balik la semula ke Sungkai untuk bermalam di teratak bonda tercinta. Kami bertolak dari Sungkai jam 11 pagi. Jalan memang tak tau. Ikut je la cik waze bagi arahan sebab yang pernah pergi sini mama, adik, Atam dan Arwah Abah. Arwah abah memang teror la bab jalan ni. Jalan Sabah pun dia boleh ingat walaupun lepas 10 tahun. Sampai di Teluk Kemang, Ya Allah...ramainya orang. Dah la deng...

KL Bird Park

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Ok, semalam cuti umum seluruh Malaysia sempena Deepavali kan. Apa aktiviti yang kawan-kawan lakukan? Melepak dirumah ke? Sempenan cuti umum semalam, sementelah dah bosan pusing mall, kami pergi ke KL Bird Park. Dah 11 tahun duduk di KL, tak pernah pergi pun. Semalam pun cuaca mendung dan semua ahli keluarga di dalam keadaan sihat. Sebenarnya dah lama plan nak pergi tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Tak dapat ambil gambar dekat pintu masuk, dekat photobooth pun jadi la asalkan ada perkataan KL Bird Park tu KL Bird Park terletak di Jalan Cenderawasih, berdekatan dengan Taman Botani dan Taman Orkid. Kami tak pergi pun sebab dah penat. Harga tiket masuk pula adalah : Dewasa (Standard) : RM 63 Kanak-kanak (Standard) : 42 Bagi pemegang MyKad dan Mykid, senang kata untuk warganegara Malaysia, lain pulak. Tapi kena tunjuk Mykad dengan Mykid tau untuk dapat harga di ...

~ Taman Tema Legoland ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah sebulan berlalu baru nak update. Tak pe la kan...boleh mengimbau nostalgia kseronokan berada di sana. pk, kita sambung cerita. Kami memulakan penjelajahan di dalam taman Tema pada keesokan harinya. Yela..dah sampai pun pukul 5. Lagi sejam je taman nak tutup. So better kami berehat di dalam bilik sambil menyegarkan badan sebelum keluar semula untuk mencari makan malam.  Ambil mood dulu sebelum memerah keringat nak membakar lemak di dalam taman tema ni.  Ok. Keadaan di dalam taman tema masa kedatangan kami adalah panas. So, digalakkan anak-anak supaya pakai topi, baju yang menyerap peluh dan bawa air kosong banyak-banyak. Kami memang dah siap bawa 2 termos air sejuk. Susu Qayyim 2 botol. Beg yang mama galas tu, ada penebat untuk memastikan susu kekal panas. Bawa juga baju salinan dan tuala kecil. Jangan risau, dalam taman tema ni banyak toilet. Makanan tak boleh bawa masuk ye. Kalau nak bawa pun, pandai-pandai korang la. ...