Posts

Showing posts with the label Sweetie Aznie

~ Biskut Raya 2020 dari Sweetie Aznie ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan semua. Puasa tak hari ni. Ok, ni entry tertangguh setahun. Baru perasan Entry ni duk dalam draft. Ingatkan dah publish. Sedih betul. Tahun 2020, Sweetie Aznie mula mengembangkan sayap kepada biz Cookies, Cakes & Dessert. Secara kecil-kecilan saja sebab masih bekerja senuh masa. Doakan Sweetie Aznie lebih berjaya di masa hadapan ok.  Tahun 2020, Sweetie Aznie mempernekalkan 8 jenis Cookies. 5 jenis darinya adalah jenis Crunchy Cookies. Manakala 3 jenis lagi jenis gebu aka jenis biskut ala2 mak-mak kita tapi diperbaharui bahan dan rasanya. Ok, jom kita tengok Cookies dari Sweeties Aznie kalau berkenan. Ada yang Aznie pernak post resepi dia. Ada juga yang Aznie tak boleh post resepi sebab ianya adalah resepi PJJ. Jadi Aznie perlu menjaga amanah yang diberikan oleh Cikgu ok. Cruncy Cookies Aznie adalah dari 1 resepi asal yang Aznie tambah bahan lain mengikut citarasa Aznie dan permintaan pelanggan. Jangan risau, Cookies Sweetie A...

~ Coffee Walnut Cake ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah masuk bulan ke 2 alam persekolahan. Mesti anak-anak dan ibu bapa dah membiasakan diri mengatur jadual harian untuk anak-anakkan. Lupakan jap hal anak-anak, kita layan tekak mak dia, Nak reward jugak untuk diri sendiri. Lama pulak tak buat kek..tangan gatal. Kali ni kita try resepi Coffee Walnut Cake dari Mimpicakes...Buat penggemar kopi, resepi ni mesti dicuba. Sedap, moist dan lembut. Tak rasa tercekik lah makan kek ni. Kek berperisa kopi dengan taburan walnut di atasnya memang mengasyikkan tatkala menjamahnya. Hilang seketika penat menguruskan kerja, keluarga dan anak-anak. Kawan-kawan mesti cuba resepi ni tau. Memang memang menyesal cuba buat sebab sedap dan rasa tak boleh berenti makan. Coffee Walnut Cake yang memggoda rasa Jom tengok resepinya. Bahan pun mudah. Kalau tak de walnut, tabut la kacang apa pun. Tapi tukar la nama dia ye Coffee Walnut Cake Bahan A 250gm Pure Butter 190gm caster sugar Esen vanilla 1 ...

~ Ice Cream Cookies ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Masih dalam mood raya. So kita cerita lagi pasal biskut raya. Kali ni kita buat biskut kegemaran anak-anak. Kalau dah letak coklat dan manik gula tu, budak la yg suka kan. Biskut ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari cucu-cucu Mak Ndak masa mereka berkunjung ke rumah mama raya pertama hari tu. Menggodakan biskut ni. Dengan warna kuning terang, manik-manik gula berwarna. Memang kegemaran kanak-kanak Cara membuatnya pun mudah kerana tak perlu mixer bagai. Guna wisk je dah cukup. Ye la kan. Kita bukan nak buat kek yang perlukan nak pukul marjerin dengan gula sampai kembang berganda. Jadi kita kongsikan resepi untuk pembaca yang nak cuba untuk raya tahun depan (waaaa.....lambat lagi tu) Ice Cream Cookies Bahan :- 2 1/2 @ 3 cwn tepung gandum (masukkan dulu 2 cwn. Kalau dah ok, xperlu guna lg 1 cwn sbb sy guna cwn air jeeee) 1 sudu kecil baking powder 1 cawan tepung jagung 1 cwn marjerin 1 cwn gula halus 1 bj t...

~ Semperit Jagung Gebusssss~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puasa dah nak sampai penghujungnya. Kita semua sibuk la membuat persiapan raya. Mana yang tau buat kuih, mesti sibuk di dapur nak siapkan kuih muih penyeri meja. Kita masih tak berputus asa nak dapatkan semperit yang gebus. Sebab memang suka sangat makan semperit ni walaupun kat rumah dah tak de orang lain yang suka. Anak-anak? Memang tak la. Kali ni kita buat semperit perisa jagung. Resepi asal Cikgu yang glamer dekat FB tu....Cikgu Azlina Ina. Alhamdulillah, menjadi semperit gebu. Kena pandai adjust sukatan tepung sebenarnya. Nanti nak buat semperit susu pulak. Nak yang gebu jugak. Tak suka yang rangup sebenarnya. Memang nanti akan ulang makan lah....abaikan diet anda ye. Tada.....comel tak? Semperit Jagung Adaptasi dari Resepi Daisy Custard Semperit FB Azlina Ina Bahan-bahan :- 250g marjerin Daisy 3/4 cawan gula aising Sedikit pati jagung Sedikit pewarna kuning - Kacau sebati. Jangan terlebih kacau. .. - M asuk 2...

~ Kek Gulung Marble ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Ada yang masih bercuti lagi ke sempena Tahun Baru Cina? Seronok kan menghabiskan masa bersama keluarga. Kami semua tak pergi mana pun cuti Tahun Baru Cina ni. Papa Bear pancit. Tak tau la salah urat ke gout. Atau mungkin kedua-duanya. Salah duduk pun boleh jadi sakit kat bahagian pinggul dia tu. Dulu pun pernah jadi camtu. Arwah Abah bawak pergi berurut, alhamdulillah baik. Tapi sekarang tukang urutnya pun dah meninggal dulu sebelum Abah. Al-Fatihah untuk Abah dan pak cik tukang urut. Oleh sebab tak pergi mana-mana, maka tangan pun gatal nak makan benda manis. Dah lama teringin nak buat kek gulung ni. Bahan semua ada. Memang la lagi gatal tangan. Telur pun ada....memang cantek la. Tu yang bahaya bila ada telur dan cuti tak pergi mana-mana tu. Mula la sesi menternak lemak pun bermula. Jadi kali ni kita cuba buat kek gulung. Resepi kita derhaka. resepi dari Cikgu Azlina yang femes tu. Resep...

~ Fruit Pastry Cake Yang Viral ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sihat ke kawan-kawan semua? Masih dalam mood tahun baru ke? Alhamdulillah, kita dah masuk ke tahun 2019. Dekat dah nak ke tahun 2020. Dulu masa zaman sekolah kita bayangkan zaman 2020 tu ada kereta terbang. Hahaha....ni tak ada kereta terbang. Tapi kereta bertebaran di atas kepala. Fly over kan banyak. Yang masih dalam pembinan pun ada. Ok, tahun baru ni saya sambut dengan kek yang pernah viral. Orang lain dah jemu dah. Kita baru nak try. Sebanarnya saya ni tak makan strawberi sebab tak tahan bau dia yang tersangat wangi. Bau dia pun dah rasa pening. Tapi masa pergi Tesco baru-baru ni, ada la Tesco jual Bueberry dengan Strawbery yang clearance stok. Buah cantik tapi sebab ada 2 kotak je jenama tu, tu yang Tesco nak clearkan kot. So sambar la dua-dua kotak Blueberry dan Strawberry. Kalau ikut harga biasa, memang fengsan la. Tau la kan biasa harga dia paling murah pun RM 9 sekotak cenonit tu. Lepas tu ada la Italian Sweet Kiwi pun murah. So b...

~ Semperit Klasik ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Masih lagi dalam mood raya kan. Raya kan sebulan. Ada yang dah start puasa sunat ke? Mana yang berdiet tu, boleh sambung berpuasa untuk maintainkan berat badan. Sempena masih lagi dalam mood raya, kita upkan satu resepi biskut raya yang klasik iaitu Semperit Klasik yang menggunakan merjerin yang mak-mak kita guna dulu. Resepi ini adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang sangat terkenal dalam Facebook. Beliau sentiasa cuba mempelbagaokan resepi dan tidak lokek untuk berkongsi resepi tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Resepi ini memang sedap dan begitu gebu. Memang dah lama cari resepi semperit yang gebu macam ni sampaikan nak pegang pun kena berhati-hati.Suka sangat. Dah jatuh cinta dengan resepi semperit ni. Tahun depan boleh buat lagi. Tapi bercinta nak tekan bagi cantik. 1 adunan ni sampai 2 jam nak siapkannya gara-gara nak dapatkan bunga yang cantik. Tapi serius..memang berbaloi...digantikan kesedapan dan kenikmatan biskut ni. ...

~ Homemade Cookies by Sweetie Aznie ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Hari ni masuk hari ke 25 umat Islam berpuasa. Dah nak penghujung Ramadhan. Ok, dah nak raya ni kan. Mesti semuanya sibuk menyediakan persiapan menyambut Aidil Fitri. Kaum perempuan la kan yang selalunya sibuk membuat persediaan. Bagi kaum ibu, pakaian anak menjadi keutamaan. Selain dari baju raya, persiapan lain juga dalam senarai orang perempuan khan... Apa dia???  KUIH RAYA!!! Ha....kuih raya kan. Mana yang pandai buat, mesti la menyediakan kuih raya air tangan sendiri kan..bagi yang mengalami kekangan masa, banyak kuih raya yang terdapat dipasaran sekarang. Pilih saja apa yang disukai. Yang penting, siapkan ongkosnya. Tahun ni, Sweetie Aznie menyediakan 7 jenis kuih raya. Jangan risau, insya'Allah sedap.  Jom kita tengok apa yang Sweetie Aznie sediakan untuk lebaran tahun ini. Insya'Allah Sweetie Aznie tidak akan mengecewakan tekak anda semua. Signature k...