Posts

Showing posts from August, 2017

~ Indah Morib Homestay ~

Image
Assalamualaikum Kali ni saya nak review tentang homestay yang kami duduk minggu lepas. Hari Sabtu lepas, kami berangkat ke Banting, Morib bersama Mama, Mak Ndak (kakak mama), Alang satu keluarga dan anak-anak Nyah iaitu Maya dan Muqri. Plan kami adalah untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak adik Arwah Mak Tam iaitu Pak Anjang Di. Huhuhu..disebabkan semuanya dok betolak-tolak, semua hotel tak de kosong. Maka, bertawakal lah kami main terjah je. Pusing punya pusing masing-masing dah kepenatan. Anak-anak pun dah bising sebab lama sangat dalam kereta. Maka, Shira (isteri Alang) pun Google la. Terjumpa la web ni :- www.homestaymorib.com Web ni adalah kepunyaan Indah Morib Homestay. Dengan penuh aharapan, kami pun call la. Alang call tak berangkat. So...saya pun dengan semangat try call. Wallaaaa...sekali call terus dapat. Kebetulan masih ada apartment 2 bilik yang kosong tapi di tingkat atas. So, terus book dan minta arah untuk ke situ. Alhamdulillah....apartment tersebut

~ Gold Coast Morib ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Isnin. No Monday blues okey!! Hujung minggu lalu, kami sekeluarga meluangkan masa untuk percutian pendek. Percutian kami kali ini... Gold Coast Morib Kebetulan voucher ada lama dah. Voucher pun dah nak expired hujung bulan 8 ni. Alhamdulillah, kesihatan Cik Abang dah semakin baik. Makanya baru la berkesempatan untuk bercuti setelah cuti raya berlalu dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Perjalanan menggunakan Waze. Waaaa...jauhnya. Dah rasa macam balik Sungkai dah. Disebabkan tak tahu lokasi tempat yang dituju, memang 100% mengharapkan Waze. Nasib la kan... Model 2 beradik. Adik tu nak pakai topi abah, habis muka tak nampak Alhamdulillah perjalanan lancar. Sampai dalam pukul 1 lebih. Terus check in dan boleh terus masuk bilik. Disebabkan kami pergi hari Sabtu, takde peluang nak view mengadap Theme Park. Bagus jugak tak dapat view Theme Park. Kalau tak meti malam pun 2 beradik ni nak masuk jugak. Malam kena tambah RM10

~ Langkah Pertama ~

Image
Assalamualaikum dan salam bulan Kemerdekaan. Penghujung bulan Julai 2017... Permulaan langkah pertama untuk adik lelaki bongsuku Atam. Atam telah mengikat pertunangan dengan pilihan hatinya Shakira.  Majlis ini adalah majlis pertama setelah ketiadaan Abah. Alhamdulillah, Tok Ngah sudi menjadi wakil pihak kami menggantikan abah walaupun abah tiada gantinya. Terima kasig Tok Ngah kerana sudi menunaikan hasrat adik kami.  Majlis berjalan amat ringkas dipihak perempuan. Tiada kenduri kendara. Hanya majlis merisik sahaja yang dikehendaki oleh pihak perempuan. Alhamdulillah, mereka memudahkan niat adik lelaki kami. Mungkin mereka memahami keadaan kami yang masih bersedih setelah ketiadaan abah.    Atam dan pilihan hatinya, Shakira   Ibu Shakira, Shakira, Mama, Mak Ndak (kakak mama), Atam Mama menyarung cincin kepada bakal menantu Doakan semoga segalanya dipermudahkan. Amin