Posts

Showing posts with the label Masak-Masak

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang dah mula musim hujan kan. Tengahari panas, petang je hujan. Jadi kawan-kawan jaga diri dan kesihatan elok-elok tau. Kalau rasa dah mula bersin-bersin, cuba minum lemon suam campur air panas. Petua ni kawan ofis yang bagi tau. Cuba la mana tau serasi. Kali ni kita sembang pasal Kek Keju Terbakar / Hangit aka Basque Burnt Cheesecake. Kek ni dah jadi fenomena tau dalam Instagram dan Facebook. Ramai yang dah cuba buat dan menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Nak tau sebabnya sebab kek ni guna bahan yang mahal oiiiii kalau nak dapatkan kek yang sedap. Saya tengok di bekeri dalam Intermark, sepotong RM 22 ringgit. Bayangkan la anak 5, beli sepotong, tak menangis ke dapat rasa sorang sesudu je. Jadi lebih baik buat sendiri. Saya cuba buat dulu loyang 5 inci sebab dekat rumah ni bukan penggemar kek. Maklum la kita sorang je perempuan. Yang lagi 3 org tu cucu cicit Hang Tuah. Jadi makan nasi dan cucoq je.  Basque burnt cheese...

~ Apam Pisang Madu ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. kawan-kawan semua sihat tak? Sekarang kan petang je hujan. Mesti ada je yang demam la, batuk la, selsema la. Kalau ada tanda-tanda, cepat makan ubat tau. Sebenarnya dah lama kita tak buat Apam Pisang Madu ni sebab sejarah sebelum ni 3 kali buat, bantat. BANTAT hokey. Hohoho...Apam Pisang yang mudah pun boleh bantat. Kali ni gagahkan hati juga buat sebab Kak Noly dah berzikir banyak kali nak makan Apam Pisang. Kebetulan memang ada pisang sebab Qayyim nak makan cekodok, jadi songlap la 2 biji Pisang Cavendish tu buat apam. Sambil buat tu dok berzikir la supaya kali ni jadi. Memang tak bagi tau pun Kak Noly nak buat apam ni sebab takut tak jadi. Nak dijadikan cerita. Sebelum buat apam pisang yang lawa jadi ni, pagi tu dah buat sebijik. Tapi yang buat sebijik tu macam bahagian bawah dia agak lembik. Macam kurang masak. Rasanya sebab faktor masa kelam kabut nak pegi beli barang dapur dan faktor acuan yang digunakan. Pagi tu guna acuan yang kecik, m...

~ Salted Egg Chilli Crab ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Musim hujan datang lagi....bermakna dah nak dekat cuti sekolah. Mana-mana mak budak sekarang tengah berperang dok membebel dekat anak suruh belajar sebab dah nak periksa akhir tahun. Selalunya periksa akhir tahun ni yang jadi penentu boleh naik pentas ambil hadiah ke tak.  Ok...hari ni bukan nak cerita pasal anak periksa pun. Nak cerita pasal lauk yang dimasak semalam. Lama dah tak update resepi. Sekarang tuan tanah tengah dalam misi menguruskan badan. Jadi tak ada buat kek bagai sekarang ni. Mood pun kelaut semedang.  Hujung minggu tadi tak de nafsu nak makan luar. Bosan dah. Jadi misi menyepahkan dapur.  Si suami nak makan sup ekor....pegi ke Segi beli ekor lembu. Lepas tu pergi ke Aeonbig sebab nak beli seterika. Seterika rosak. Seterika spare jenis yang ringan, tak best. Buat guna untuk panaskan bunjut tuam pusat Qayyim masa besalin dulu. Jadi misi mencari seterika berat.  Dah dapat seterika, pergi bah...

~Brownies Full of Chocolate~

Image
Dah lama dah terasa nak makan brownies. Tapi seru nak membuatnya asyik tertangguh je. Sedangkan nak membuatnya punya la senang. Masuk je semua dalam besen,kacau...siap. Bakar..Xpayah susah susah nak kuakan mixer bagai. Kacau pakai wisker je. Kalu lagi malas, kacau pakai garfu pun boleh. Jadi...semalam kuatkan la semangat membuat brownies ni setelah masak lauk. Abah balik keje lambat. Masak la lauk ayam masak kicap untuk hero ni. Untuk abah ingat nak masak sambal sotong. Tapi seru tak sampai lagi...tunggu seru datang baru buat sambal sotong.  Jadi...siap2 masak lauk, cakap la dekat hero tu:- Mama : Qabil, kita buat kek nak? Qabil : Nak nak nak. Kite nak buat kek apa? Mama : Kite buat kek senang je. Mama sedia semua, Qabil masuk semua dalam besen, Qabil kacau. Boleh? Qabil : Boleh. Senang je . Jadi..mama pun sediakan la bahan, suruh hero masukkan semua dalam besen, suruh dia kacau. Sambil dia dok kac au bagi sebati, panaskan oven, lapik loyang dgn baking paper, sap...

~ Coffee Caramel~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap kawan-kawan semua dalam keadaan sihat. Sekarang ni dah mula musim panas. Jadi, lebihkan minum air kosong untuk mengelakkan badan terhidrat dan kurang air. Panas-panas lat lit lat lit ni memang best makan benda yang sejuk-sejuk. Nyaman je lalu dekat tekak. Ni semua gara-gara tengok Martin Yan dalm AFC buat Gula Melaka Cappucina Caramel. Hahaha.... Maka terhasil la Coffee Caramel. Malas nak pi ketuk gula melaka bagi hancur. Ada ketoi yang besaq je. Lepas tu tak de cappucino, ada kopi 3in1 je. Belasah je la yang tu. Janji tak letak Kopi Anggun Pesona Susuk Dara dah la. Kang jadi lain pulak bila bagi cik abang makan karamel ni. Sedapnya la tengok. Jamu mata dulu. Resepi ni menggunakan kaedah bakar secara 'water bath' sebab cik abang tak suka yang kukus. Yang kulus ada lubang-lubang dia cakap. Uang bakar ni tekstur dia licin. Bak kata Chef Gordon Ramsay "Smooth like baby butt". Jangan kecam kay. Jom kita bele...

~ Apam Viral ~

Image
Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Salam santai bersama keluarga. Berarak mendung kelabu.....sejuk-sejuk macam ni semedangnya lapar. Makan je la kerjanya. Mana la tak bulat. Orang tegur mula sentap. Alah....pedulikan la. Dah lama tak update resepi kan. Sekarang ni tengah famous Apam 3 bahan aka Apam Viral. Ramai dah yang mencuba. Mana yang berjaya, tahniah diucapkan. Mana yang kelaut tu, cuba lagi. Adat la kan. Buat kek, kuih, biskut ni tak macam masak lauk. Boleh adjust. Dia mengada lebih. Makanya, dengan semangat yang berkobar-kobar seban tengok banyak komen yang ok dan ko, perasaan mencuba terus membara. Hahaha...membara la sangat. Padahal dalam hati punya la risau sebab takut kelaut jadinya. Bahan untuk Apam Viral ni sangat senang. Gula halus, telur, tepung gandum. Sukatam dia, 1 cawan bagi semua bahan. Tapi disebabkan tak suka manis, kita kurangkan gula jadi 3/4 cawan. Langkah pertama, panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan marjerin dan taburkan sedikit te...

~ Apam Pisang Madu ~

Image
Assalamualaikum. Salam Ramadhan ke-7, insya'allah.  Pejam celik pejam celik, dah nak masuk seminggu kita berpuasa. Masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita. Sempena Ramadhan kali ni, sempat la berbuka puasa bersama keluarga kedua-dua belah pihak. Alhamdulillah. Sementara Qabil cuti sekolah kan.  Menu yang dicuba untuk Iftar kali ini adalah APAM PISANG MADU.  Haaa....jangan pulak lepas ni dok menggagau cari pisang madu. Tak jumpa la kan. Resepi ni menggunakan madu. Sebab tu la nama dia lagu tu.  Lagi satu, jangan pikir madu lain pulak tau. Ada jugak yang kena tu.  Resepi ni senang. Pakai je la pisang apa pun. Asalkan sukatan dia 1 cawan pisang yang dilenyek. Tapi disebabkan malas nak sukat pisang tu, taram je pakai 3 bijik pisang cavendish tu. Rasa apam ni seakan-akan cakey. Gebus dan lembut. Sebab dia pakai baking powder dan soda bikarbonat. Resepi sapa? Resepi dari Azlina Ina, cikgu memasak di Facebook. Yang ni untuk Ift...

~ Churros - Rangup di luar, gebu di dalam ~

Image
Assalamualaikum. Salam penghulu hari Jumaat yang mulia. Hari ni kita tayang Churros gak. Ala...macam cucoq tapi dia up cket la sebab cicah dengan nutella ke, coklat cair ke.. kalau cucoq cicah sos je. Tak pun makan saja pun sodap. Churros ni sekarang glamer dekat cafe-cafe hipster. Orang kata, orang yang kata tau, bukan kita. Orang kata kalau makan churros kat cafe hipster harga dia blh tahan la. Sedang-sedang je. Tak tau la sebab tak pernah makan kat cafe-cafe hipster ni.  Jadi kita try buat. Tak susah pun sebenarnya. Bahan pun simple. Selalu orang buat guna acuan semperit nak bagi nampak macam gerigi-gerigi tepi dia. Kalau takde pun boleh bulat. Gunting je hujung piping beg tu, bia je dia bulat togel. Sama je rasa dia. Takde piping beg pun takde masalah, masuk je dalam plastik biasa yang orang jual air tu. Nampak gerigi tu sebab kita pakai acuan semperit. Cicah nutella. Sedap Churros Churros ala acah mkn dkt cafe hipster kononnnn. Mahal la kat sana, kit...

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

Image
Assalamualaikum Sapu sawang sebulan dua tiga kali ok la kot kan.... Kali ni kita muncul dengan Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe. Dah jatuh chenta dengan kek ni. Sedap ya amat rasanya masa try beli dekat Secter Receipe tahun lepas..haaa..ingat lagi tu rasa dia walaupun makan tahun lepas...padahal tahun 2016 baru berlalu dalam 20 hari.  Disebabkan dah jatuh chenta dengan kek ni, maka gigih la mencari dari en Goole resepi dia. mahal oiii sekeping kek ni beli dari Secret Receipe tau. Godek punya godek, jumpa resepi dalam web Kraft. Senang ya amat.  So check it out resepi dia. Tengok kaler dia yang menggoda tuh....cair deit kay... Cream Brulee' Cheesecake Resepi asal dr web Kraft Olahan ikut tekak Azniezura Loyang 6 inci Bahan based :- 20 keping biskut tiger - dihancurkan  2 sudu besar butter - dicairkan - satukan biskut dengan butter cair & gaul sebati - masukkan ke dalam loyang & ratakan hingga padat - bakar seb...

~ Kuih Lapis Tradisi ~

Image
Kuih Lapis Tradisi Bahan :- 6 cawan santan 3 cawan tepung beras 1 senduk nasi tepung gandum 1 1/2 cawan gula 1 sk garam Sirap ros utk warna merah Cara :- - Panaskan kukusan & loyang disapu minyak - Campurkan semua bahan kecuali sirap ros - Sebatikan supaya gula larut & tepung tidak berketul - Tapiskan adunan - Bahagikan kpd 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dgn sirap ros - Tuangkan 1 1/2 cwn aduan putih ke dlm loyang. Kukus api sederhana selama 10 minit atau nampak bahagian atas dah berkilat, boleh masuk adunan merah 1 1/2 cwn di atasnya. Kukus 10 minit seperti yg putih - Ulang sehingga adunan habis. Lapisan last kukus dlm 20 minit or sehingga masak - Sejukkan sebelum di potong - Potong dgn pisau plastik spy potongan cantik & tak melekat di pisau Assalamualaikum...haaaa kali ni kita bagi terus resepi.

~Kek Cheese Leleh~

Image
Assalamualaikum Proses mencuci sawang la...Wawawa...Cuci sawang 6 bln skali...X patut sungguh. Dah la slalu cuci sawang plus skali cuci perut...Lagi la x patut. Kali ni kita cuci perut dengan..... Kek  Cheese Leleh Memang meleleh2 lemak bertambah tu... Memang dah lama nak buat. Kek dia pakai la kek apa pun xkisah. Yang buat ni dlam dia kek pandan + jagung.  Yang penting heese leleh dia. Walla...tbayang-bayang je lebihan kek time g keje buat x sabar nak balik makan. Resepi Cheese Leleh :- 250g cream cheese 1/2 cwn sus pekat manis 1/4 cwn whipping cream 1/4 cwn susu cair ( boleh tambah kalau nak lebih leleh) - Blander je smua semua bahan hinga sebati. Tuang je atas kek tu Topping dia Parut kan cheddar cheese ke atas dia. Banyak mama? Ikut sedap tekak la. Nak habiskan sebuku pun boleh. Yg ni pakai 1/2 buku je. Misi seterusnya..Kek coklat moist cheese leleh...Waa...dah tbayang2 ni...

~Chewy Goey Red Velvet Brownies ~

Image
Assalamualaikum Dah lama tak update resepi. Jarang dah buat resepi yg susah skrg ni. Bebaru ni try buat brownies ni. Resepi dah lama simpan. Amek dr blog Ruzaz HomeCreation rsanya. Sbb dok message tuan resepi ni guna fb je. Serious Brownies ni memang sedap. Sukatan gula yg digunakan pun memang dah ok dah bagi yg xsuka manis. Tapi... Yg paling best, xterasa pun kewujudan cuka dlm brownies ni sbb slalu beli Red Velvet mesti rasa cuka kuat. Boleh guna apa saja jenis cuka. Tapi kat rumah just ada cuka epal, so pakai yg tu je la. Tengok la kaler dia yg menggoda. Fuh.. Hancur diet Mak...  Chewy Goey Red Velvet Brownies Bahan :- 57g dark coklat 200g butter 1 1/2cwn gula halus 2sb pewarna merah 2sk esen vanila 2sk cuka  4bj telur Secubit garam* 2cwn t.gandum* 1sk baking powder* * ayakkan bersama Walnut / kekacang Cara:- -Cairkan coklat dgn butter. Guna microwave je snang. Kacau sebati -Masukkn gula. Kacau lagi -Masukkn esen, pewarna...

~Anniversary dgn Homemade Chicken Chop~

Image
Assalamualaikum Kami kan baru je sambut anniversary yg ke 7. Tak ada la apa yang sepesel pun. Tak larat nak keluar. Jadi kami pasangan rajin memasak ( kononnya ), buat la Chicken chop utk sambut anniversary kami. Makan la kami bertiga seekor ayam tu tau buat. Potong 4 je ayam tu. Punya la tamak. Makan hingga tersandar kekenyangan. Buat sendiri memang puas. Kos baru sikit je. Cuma remeh sbb naik buang tulang ayam tu la. Jadi tugas siang ayam adalah tuang si suami & tugas isteri, buang tulang ayam sbb boleh buat sambil duduk. Plating mesti cantik, Beria tau Dah siap siang semua, isteri masih lagi tugas duduk, membedakkan ayam & sang suami tolong goreng. Tapi memang sedap sbb moist je ayam dalam serbuk roti tu.  Dah siap kita makan....ada cerita kelakar tau. Akibat kena makan 1/4 dari seekor ayam seorang, Qabil sampai mengigau2 kekenyangan. Siap ckp " Mama, Qabil kenyang ". Kesian budak tu. Resepi Chicken Chop + Sos Lada Hitam Chicken Chop 1 e...

~Apam Pelangi~

Image
Assalamualaikum Salam hari yang mulia. Dah lama tak update pasal masakan kan. Lately kemalasan amatlah melanda ditambah pulak air kena catu, jadi mood nak memasak pun ke laut la.  Minggu lepas merajinkan diri buat Apam Pelangi sebab terasa nak makan & rasa dah lama tak buat kuih. Makan pun takat sorang makan. lebihnya bwk ke ofis jadi bekal makan sambil buat keje la kan. Ok la tu. Jimat cikit belanja. Apam pelangi..sedap sebab seakan2 kek & seri ayu. Kali ni buat pakai susu cair sebab xde santan dkt rumah. Jaga kesihatan la sama kan. Apam Pelangi yg xmcm pelangi pun Resepi yang di ubahsuai dari asal Apam Pelangi Bhn :- 2 cwn t. gandum 1 sk baking powder 1 cwn susu cair 3/4 cwn gula 2 bj telur 1sk esen vanila 1 sk ovellate 1/3 sk garam Cara :- 1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dgn sdikit minyak 2. Ayakkan tepung dgn b.powder 3. Pukulkan gula, ovellate, telur & garam hingga kembang 4. Masukkan susu cair & tepung. Pukul h...

~Air Tangan Azniezura~

Image
As Salam Apa khabar semua? Alhamdulillah..Jerebu dah makin kurang. Baru la nampak matahari. Pukul 5 pun still panas terik macam pukul 2 ptg. Memang panas. Air Tangan Azniezura ? Gedik je bunyi dia kan. Sebenarnya saja nak share. Eksited sbb dah bukukan koleksi resepi yg telah kita cuba dalam satu buku. Kebetulan Pixajoy buat promo free Pohotobook Mini Softcover. Just bayar postage je 8 hengget. Haaaa..dah org nak bagi free kan..amek la peluang ni. Bukan senang ooo..Kalu sniri nak print. Mau berpuluh hengget gak. Tq to Pixajoy. Lepas ni buat la promo lagi selalu. Untung langgan Groupun la,  My Sale la, MyDeal la kn. Memang memenuhkan email tapi berbaloi... Comel je buku dua tau. Dapat2 senyum spanjang hari sbb terlalu happy. Puas hati dgn kuali kertas dia.      Kalu ada promo lagi nak buat lagi. Skrg tengah dok tunggu utk family punya & 1 lagi dlm proses nak buat.  

~Talam Pandan & Sagu~

Image
Selamat Tahun Baru Cina. Tahun ni Tahun Kuda? Sapa yg lahir tahun kuda ni mesti kuat lari kan? Jangan lari dari rumah dah la kan. Hari ni saya nak share resepi 1 kuih. Kuih ni adalah gabungan kuih Tepung Talam & Kuih Sagu. Nak buat Tepung Talam, Gula merah habis, nak buat kuih sagu, sagu ada sikit sangat. Jadi, gabungkan la kedua2 kuih ni menjadi la Talam Pandan & Sagu. Saya buat kuih ni kurang manis. Gula kan mahal. Cantik pulak tengok gabungan warna kuih ni. Hijau & merah walaupun sebenarnya pati sirap ros tu tertumpah. Tu yg terang je kaler dia. Tapi nasib baik la kan. Setakat kaler je, jadi bau dia pun lebih wangi dengan bau pandan & pati ros. Meh kita goda dengan gambar dia.... Meriah kan kaler dia.... Cara buat diapun senang. Meh share resepi dia. Talam Pandan & Sagu Bawah :- 1 ½ cwn gula pasir 5 helai daun pandan di blender dgn 2 cwn air 3 cwn santan cair 2 cwn tepung gandum Sedikit kapur makan (just skadar hjg sudu kec...

~ Komplen ~

Assamualaikum..hari Isnin yang huru hara di pejabat. Situasi ni terjadi semasa tengah kunch semalam kat rumah.  Minggu ni xde keluar ke mana2 sbb cik abg bz. Huhuhu...melayan bosan kat rumah sambil berebut main game Hidden Object dgn Qabil. Eksen ooo budak tu. Main game org besaq. Semalam masak simple je. Asam pedas ikan kembung + bendi, Sayur buncis + tauhu , last skali daging bakar. Daging kambing tau. Murah je, beli dkt Jusco yg ada sale 50%. Sedap sbb dia dh perap dgn black paper & lembut sangat. Balik rumah bakar je. Beli minggu lepas pun. Ok la, rezeki utk semalam.  Macam biasa la sambil makan sambil sembang2. Tetiba cik abg bersuara... Cik Abg : Abg pernak komplen x syg punya masakan? Me : X pernah. Knapa? Ada nak komplen ke? Cik Abg : Xde la. Xpernak komplen ek. Ok la tu. Me : Ingatkan nak komplen pe2 tadi. Cik Abg : Tapi kalu order mcm2 ada kan? Me : Ada..Redha je la. Kalu reti syg msk la. Xreti pun, google search je la cari resepi mcm y...