Posts

Showing posts from 2016

~ Dah 2 Tahun ? ~

Image
Assalamualaikum.. Salam Isnin, salam awal minggu. Hari ni 19-12-2016. Maka jam 3.03 pagi genap umur anakanda ke-2, Muhammad Qayyim Al Wafiq 2 tahun. Dah 2 tahun anak mama. Sekejap je masa berlalu. Fizikal adik kecik tapi....gaya adik dah macam budak besar. Bercakap....penat mama melayan. Selalu buat mama geram. Tapi marah tu reda bila adik ucap "aceh" (terima kasih) & "me-me" (sama-sama) bila dapat apa yang adik minta.  Adik memang suka bas & stereng. Sampaikan asyik nak main stereng Reza bila kita balik tumpang Auntie Bella.  Jadi....mama dah jumpa hadiah untuk adik...akhirnya jumpa di Eon Big. Punya lama cari.  Jangan rebut Reza punya dah tau. Kalau tak, naik kereta Auntie Bella dah tak mau turun. Mama doakan semoga adik sentiasa sihat, adik menjadi anak yang terbaik, adik berjaya dalam hidup adik. Mama nak adik sentiasa ingat yang mama sayangkan adik walaupun mama selalu marah adik sebab adik suka buat mama naik darah. Geram

~ Selangkah ke Alam Dewasa ~

Image
Assalamualaikum... Cepat je masa berlalu. Sekarang dah di penghujung bulan November dan hari ni dah berada di pertengahan minggu. Cuti sekolah pun bermula.... Bagi ibu yang bekerja, cuti sekolah rileks sikit sebab tak bergegas terlalu awal nak hantar anak ke sekolah. Jalan pun tak la jem pagi-pagi time cuti ni. Plan pertama untuk Qabil cuti ni adalah BERSUNAT...bersunat wajib bagi semua lelaki beragama Islam dan adalah baik untuk kebersihan diri. Jadi...hari mula-mula cuti, kita sunat dulu. Nak berjalan ke apa lepas baik sunat kay. Maka, Isnin mama pun bercuti sebab nak temankan Qabil bersunat. Tapi mama tak masuk sekali masa potong. Ngeri. So abah je yang temankan Qabil untuk melangkah ke alam dewasa fasa pertama. Sebelum sunat Qabil cool je. Takde pun gemuruh p e. Siap cakap tak de rasa pe pun bila cakap nak sunat.  Dah sunat time ni. Masa ni dah makan ubat tahan sakit.  Masa lepas sunat Qabil still boleh senyum..ubat bius ada lagi kan...jalan masuk ket

~ Zaman Dunia Di Hujung Jari ~

Image
Assalamualaikum.  Semoga semuanya sihat & gembira. Pejam celik pejam celik dah hampir hujung tahun. Sekarang ni musim ibu bapa dok risau fikirkan keputusan peperiksaan anak-anak la kan. Anak-anak pulak mesti kecut perut fikir yang ibu bapa akan pergi ke sekolah untuk amek report kad. Mana yang rajin study tu, mesti steady kan?   Kadang-kadang sesetangah ibu bapa fikir cikgu ni menyusahkan je ibu bapa kena ambil cuti untuk amek report kad anak-anak. Tapi sebenarnya, masa ni la ibu bapa nak kenal dengan cikgu & nak tau prestasi anak-anak di sekolah. Ye la kan...mana ibu bapa yang kera, kadang-kadang terlepas pandang pasal pelajaran & perkembangan anak di sekolah. Anak kaki buli ke, anak kena buli ke...anak rajin ke, anak suka main ke dalam kelas.....jadi masa ni la masa yang paling tepat untuk kita tau pasal anak kita di sekolah. Tapi...sekarang zaman dah mudah. Sebelum ibu bapa pergi amek report kad di sekolah, dah boleh tengok result exam anak. Tapi rasa maca

~ Fasa Membesar ~

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera. Semoga semuanya sihat & gembira menjalani kehidupan seharian.    Sekarang ni fasa anak-anak tengah membesar. So selera tengah ada. Qabil makanan dia senang, nasi & ayam. Sekarang ni baru nak makan mi goreng.  Qayyim pun tengah nak makan. Asyik nak g dapur nak bukak peti ais. Sampai sekarang peti ais tu kena lock. Huhuhuhu So mama sekarang rajin nak masak macam-macam cuppies untuk Qayyim bawak g skolah. Qabil macam biasa...nasik. Qabil & Qayyim. Masa baik mau la dia share dgn abang sebab yang abang dia nak, yang dia punya, dia tak bagi Qabil makan nasi & roti canai   Qayyim dgn nasi goreng.  Tak kisah la anak-anak nak makan apa. Mama dengan abah akan usaha buatkan. Yang penting, nak makan. Semoga anak-anak mama & abah sihat & ceria.

~ Kuih Lapis Tradisi ~

Image
Kuih Lapis Tradisi Bahan :- 6 cawan santan 3 cawan tepung beras 1 senduk nasi tepung gandum 1 1/2 cawan gula 1 sk garam Sirap ros utk warna merah Cara :- - Panaskan kukusan & loyang disapu minyak - Campurkan semua bahan kecuali sirap ros - Sebatikan supaya gula larut & tepung tidak berketul - Tapiskan adunan - Bahagikan kpd 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dgn sirap ros - Tuangkan 1 1/2 cwn aduan putih ke dlm loyang. Kukus api sederhana selama 10 minit atau nampak bahagian atas dah berkilat, boleh masuk adunan merah 1 1/2 cwn di atasnya. Kukus 10 minit seperti yg putih - Ulang sehingga adunan habis. Lapisan last kukus dlm 20 minit or sehingga masak - Sejukkan sebelum di potong - Potong dgn pisau plastik spy potongan cantik & tak melekat di pisau Assalamualaikum...haaaa kali ni kita bagi terus resepi.

~ Asam Pedas Daging Tetel ~

Image
Assalamualaikum Salam Isnin. Still terasa mengantuk walaupun jam dah hampir 12 tengahari. Mana tak ngantuk. Lapar nih.  Hari Sabtu adalah hari untuk cleaning dan mencuba resepi baru. Resepi yang dicuba adalah ASAM PEDAS DAGING TETEL. Kecur dah air liur. Tambah tengah lapar. First time cuba masa pegi Melaka hujunh tahun lepas. Makan dekat Pahlawan Mall. Sedap. Memang tak menyesal la try. Tapi harga tak ingat. Rasany harga dia ok. So kali ni nekad nal try masak sendiri. Asam pedas daging tetel ni bahan basic dia macam asam pedas ikan jek. Cuma ada beberapa bahan yang ditambah untuk hilanglan dan kurangkan rasa daging yang kuat. Daging tetel tu pulak bermaksud daging yang ada lemak-lemak dan urat-urat yg kenyal-kenyal tu. Kalau daging saja tak berapa best. Sedap oooo...tengok la kuah dia yang merah menggoda tu. Tak tahan... Jom tengok bahan yang digunakan Asam Pedas Daging Daging Tetel Bahan :- 1kg daging tetel Cili yg diblander dengan bawang putih & b

~ Buah Rotan - Kue Tradisional ~

Image
Assalamualaikum. Lama tak update resepi kue raya. Kali ni kite cite pasal kue Buah Rotan. Tapi jangan tertipu tau. Selalu kalau sebut kue, dia lembut. Yang ni tak lembut. Dia rangup dan lemak-lemak manis.  Buah rotan ni sedap. Sebab dia rangup. Ye la kan, bukan semua orang suka biskut moden ni.  Bahan untuk buah rotan ni mudah sangat. Nak buat dia pum senang tapi renyah. Apa yang renyah nya? Renyah sebab nak kena gentel bulat-bulat, comey-comey. Kalu malas, buat la besaq gedabak. Tapi jangan komplen la tak masak dalam dia. Kena pulak goreng api sederhana sebab nak make sure dalam dia masak dan kaler dia cantik. So, jom tengok resepi dia. Lepas tu boleh try buat. Comey kan dia posing   Resepi Buah rotan :- 1paket kecil t.pulut 4 bj telur 1cwn gula 1/2 cwn santan Bijan RM 3 Cara :- 1. Blander gula + telur hga hancur 2. Masukkan ke dlm tepung 3. Kacau sambil masukkan santan hingga xmelekat di tgn 4. Bentukkan sebesar hjg jari kelinking

~ Susu oh Susu ~

Image
Assalamualaikum. Salam Monday blues. Blues la sgt. Semalam dah maraton g sopim complex dari pagi sampai ke petang. Kali ni mak-mak cite pasal susu anak la pulak. Alhamdulillah Qayyim sampai sekarang still bf. Tapi bf saja tentula tak cukup untuk budak selasak dia. Qabil dulu bf sampai besday yang ke-4. Tu pun setelah bagi segala macam alasan. Tapi sekarang ni bukan nak cakap pasal bf. Nak cakap pasal susu tambaha. Actually dulu Qabil juga minum susu tepung sampai umo 1 tahun, kitaorg decide tukar susu. Lepas tukar susu, Qabil langsung tak mau minum susu. Dia boleh cakap susu tak sedap. Sentap ke tak dengar macam tu. Kalau nak tau, Qabil start bercakap umur 8 bulan dan tak pelat. Masa tu memang menyesal. Tukar balik ke susu lama pun dia dah tak nak. Tapi susu yang Qabil minum, pemerhatian kami memang bagus untuk IQ anak. Selain dari tu pemakanan lain juga perlu di ambil kira la kan. No sweets...no candy...no junk food. Chocolate, fruits...yes. Qabil memang suka buah & c

~ Keluarga Adalah Segalanya ~

Image
Assalamualaikum. Mood lemau2 mengantuk je. Ye la kan, seminggu bercuti. Dah lama tak dapat cuti panjang yg banyak masa duduk di rumah mama abah. Kali ni memang seminggu cuti terperam je kat Sungkai. Tapu xde la sampai tak g mana2 kan. Mau jadi gaban. Alhamdulillah ada rezeki kali ni. Cuti ni bawak mama, abah & adik2 g makan2. Tapi almaklum lah Raya kan...kedai pun banyak tutup. Rancangan nak ber 'shell out' pn hampa sbb set dah habis. Jadi...kami makan makanan Siam je la di Tanjung Malim. Nama kedai lupa la plak. Tak semua ada. Yang tak de Atam (dah balik Cameron sebab kena keje), Nyah (balik rumah mertua) & Acik (balik rumah mertua. Dia ni xde pun xde. Suria org Siam, xheran makanan Siam. Hahaha) Terliur dak? Siakap masak apa ntah nama dia. Nama Siam, xreti nak sebut. Tomyam seafood sudah semestiny. Telur dadar utk budak kecik 2 org - Qayyim & Maryam. Sotong celup tepung, sayur kailan ikan masin, kerabu sotong, ketam kulit lembut masak butter

~ Dah besar dah dia ~

Image
Assalamualaikum.... Salam hari Khamis. Alhamdulillah skrg dah start hujan balik. Boleh dikatakan hari-hari KL hujan.  Haaaa....dah hujan mesti la sejukkan tido malam. Sapa yang ada anak kecik mesti dah biasa kena jemur tilam, kena basuh cadar hari-hari pun ada.  Qayyim pun macam tu la jugak. Bocor pampersnya. Mungkin jugak sbb sblm tido dah minum susu sebotol. Lepas tu kul 4 sebotol lagi. Tu tak masuk susu cap gantung lagi. Huhuhu...patutnya mamanya kena alert la kn kul 4 tu bagi susu, tukar pampers. Makanya....pagi tadi bangun si abahnya bagi tau Qayyim dah bocor. Huhuhu....kena la mandi ye nak sebelum g skolah. Takkan la nak g skolah bau hancing. Slalu kalu tak bocor pun mesti mama akan tukarkan pampers sebelum hantar g taska. Disebabkan terpaksa mandi awal, mama gigih naik ke bilik Abg Qabil untuk ambil baju tadika Abg utk bagi Qayyim pakai. Muat la walaupun besar cikit. Seluar longgar sikit. Mama jahit la pinggang tu sikit sebab mama eksited nak bagi Qayyim pakai

~ Lemon & Chia Seeds Càke ~

Image
Assalamualaikum Rindu dekat blog ni..tp bz sgt dengan kehadiran ahli keluarga yg ke 4 nih. Dok nk bdukung je. Penat dgn keje lg. Balik keje dok nk mengulit je. Redha je la walaupun kdg2 tahap kesabaran dh tinggal 0.  Dah lama jugak tak membaking. Rindu pada hobi ni. Nak buat cucur pn payah. Ni kan pulak nak baking. Tapi alhamdulillah minggu ni ada kesempatan sementelah hujung minggu xde g mana2 sbb org yg bawak pancit.  Sebenarnya lama dah terasa nk makan kek ni. Godek2 resepi terjumpa resepi Kek Lemon dlm blog kak Novelis aka Masterchef. Sapa lg. Kak Shariah la. Kebetulan lemon pun ada. Boleh la try. Chia seeds tu sj seniri tambah sbb pak cik Google ckp byk khasiat. Mmg ada beli pn sbb nak try. T lain kali kite cite pasal chia seeds ni. Ni la kek tuh. Masam2… yg hitam tu la chia seeds. Kek ni simple & kurang mañis. Sapa yg xsuka manis mmg sesuai mkn kek ni. Tambah lak sapa yg suka lemon & mkanan yg masam. Memang tbaik la masam dia. Jom kita intai resepi

~ Nak Raya Korban Dah Oiiiiii ~

Image
As Salamualaikum Hahaha...bizi sungguh la skarang ni. Nak update blog pun xsempat. Ni dah nak Raya Haji. Baru nak update gambar raya posa...Nasib baik xmasuk raya posa tahun depan...waaaaa Belanja sekeping dah la gambar. Susah nak amek gambar dengan Mat Saleh celup tuh. Xreti diam. Nanti raya Korban kita letk gambar lain pulak tau.

~ Happy Birthday ~

HAPPY BE LATED BIRTHDAY to ME!!!!!  

~Kek Cheese Leleh~

Image
Assalamualaikum Proses mencuci sawang la...Wawawa...Cuci sawang 6 bln skali...X patut sungguh. Dah la slalu cuci sawang plus skali cuci perut...Lagi la x patut. Kali ni kita cuci perut dengan..... Kek  Cheese Leleh Memang meleleh2 lemak bertambah tu... Memang dah lama nak buat. Kek dia pakai la kek apa pun xkisah. Yang buat ni dlam dia kek pandan + jagung.  Yang penting heese leleh dia. Walla...tbayang-bayang je lebihan kek time g keje buat x sabar nak balik makan. Resepi Cheese Leleh :- 250g cream cheese 1/2 cwn sus pekat manis 1/4 cwn whipping cream 1/4 cwn susu cair ( boleh tambah kalau nak lebih leleh) - Blander je smua semua bahan hinga sebati. Tuang je atas kek tu Topping dia Parut kan cheddar cheese ke atas dia. Banyak mama? Ikut sedap tekak la. Nak habiskan sebuku pun boleh. Yg ni pakai 1/2 buku je. Misi seterusnya..Kek coklat moist cheese leleh...Waa...dah tbayang2 ni...

~Bersama Keluarga ~

Image
Assalamualaikum Sekejap je masa berlalu. Dah tengah bln Feb 2016. Tak terkejar rasanya. Tahun Baru Cina baru je lepas. Mesti ramai yang meluangkan masa bersama keluarga.  Kali ni cuti balik ke Sungkai. Huhuhu... Gaya macam la byk sangat kampung. Pi mai pi mai, situ jugak la dah Cik Abg pn orang sana. Sebenarnya aktiviti ni rancangnya nak pegi ke tempat lain nak bawak anak-anak mandi manda. Tetiba adik yg no 2 bagi idea g tempat ni. So gigih la call tanya pasal tiket & boleh bawak makanan ke tak. Akhirnya..... Kami di sini. Refarm Park. Tempat ni baru je bukak. Tiket RM 10 utk dewasa & RM 5 utk kanak-kanak. Boleh bawak makanan tau. Sebab tu kami datang sini. Tempatnya selesa sebab tak ramai orang lagi. Kami boleh main air dengan aman. Seronok anak-anak mandi. Dah ada anak kecik, maknya wajib basah la jugak. Qabil dgn sepupunya Princess Maya & Ultraman Muqri Si kecik pun tak ketinggalan. Main dekat kolam dewasa hokay. Apa k