Posts

Showing posts with the label Besday

~ Selamat Ulang Tahun Ratu Hatiku ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. di harap kawan-kawan sihat di samping keluarga. Mesti ramai yang menghabiskan masa cuti sekolah bercuti dan balik ke kampung menziarahi keluarga kan. Alhamdulillah...sama-sama kita memanfaatkan peluang yang masih ada. Tanggal 28 November adalah ulang tahun kelahiran Bonda tercinta yang ke 62. Ahlamdulillah mama masih lagi bersama kami dan kami masih berpeluang merasai kasih sayang mama. Seperti biasa sambutan ulang tahun hanyalah di kalangan ahli keluarga yang ada je. Kebetulan masa tu kami memang merancang nak balik kampung mencari pakaian sekolah anak-anak. Orang kata dah alang-alang, kita sambut la sekali.  Kali ni Az berpeluang menyediakan kek untuk ulang tahun mama. Dah lama tak buat kek ulang tahun mama. Selalunya sekadar ucapan dalam wassap je sebab tak balik ke kampung. Jadi tahun ni dah ada peluang, eksited la tunjuk bakat. Sekali buat sampai 2 biji.  Kek yang menjadi pilihan kali ini adalah 'Sweet ...

~ Happy 39th Birthday....SAYANG ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan semua. Bulan Jun 2019 tinggal lagi seminggu je...Bulan ni juga ada lagi 1 keraian iaitu ulang tahun kelahiran sang Suami......wawawa.....ingatkan double celebration. Rupanya triple.  14-Jun-2019 genap sang suami 39 tahun. Alhamdulillah kami masih lagi diberikan peluang untuk menyambutnya bersama-sama. Sambutan bersama anak-anak je sebab suami ni bukan jenis kisah pun. Tapi kita mana nak tau dalam hati dia sebenanya kisah ke tak walaupun luaran nampak tak kisah kan. Just beli kek dan makan dengan anak-anak je. Kek coklat macam biasa. Tapi bukan kek aiskrim sebab pakat batuk.  Tapi sedap weh kek ni Abah dan Qayyim.  Selamat ulang tahun kelahiran, ABG. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dapat bersama kami semua hingga akhirnya. Insya'Allah. 

~ Double Celebration ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih lagi dalam mood raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia serta dunia serta pembaca blog ini. Hari raya merupakan hari kemenangan kepada umat Islam melawan hawa nafsu. Bermula dari tahun 2016, raya pertama di sambut di rumah mama setelah Mak (ibu mertua) kembali ke rahmatullah. Tambah lagi lagi setlah abah juga kembali kepada penciptanya tahun 2017. Kami sebolehnya tak mahu mama sunyi dan sedih. Tahun ni yang beraya di rumah mama adalah family kami, Atam dan isteri serta adik Ooni (semestinya la sebab dia tak kawen lagi. Hehehe....) Sebahagian dari keluarga Mak Su Tema kami tahun ni hijau.......variasi hijau....tak de la nampak sedondon sepapan sangatkan. Keluarga kecil kami.Susah betul nak dapat gambar yang semenggah, Ada je spoilnya. Peluang bergambar berdua tidak boleh dilepaskan Tahun ini juga, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari yang sama ulang tahun kelahiran anak bujang...

~ Melangkah ke 4 tahun ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun ni anak ke 2 mama genap umur 4 tahun pada 19 Disember. Teringat detik-detik penghujung menunggu kelahiran Qayyim. Masa tu mama tengah stress, sedih dan nak balik kampung tengok Arwah tokwan yang dah sedar dari koma. 18 Disember 2014, mama pergi ke hospital sebab tak tahan sangat sakit 'contraction' masuk hari ke 3. Mama punya berdoa dan pujuk Qayyim supaya jangan keluar dulu sebab mama nak balik tengok tokwan sebab ikut perkiraan Qayyim akan lahir 1 Januari. Tapi, kuasa Allah melebihi segalanya. Tanggal 19 Disember 2014 jam 3.03 pagi Qayyim dilahirkan secara normal. Hari mama masuk hospital rupanya arwah tokwan dah dibenarkan keluar. Qayyim dilahirkan di Hospital Ampang. 3 hari mama menahan sakit contraction. Dan hari ke 3 mama pasrah pergi ke hospital. Masa cek up doktor tak galakkan mama bersalin normal. Jarak Qayyim dengan Abang Qabil terlalu jauh, 6 tahun dan abang Qabil dilahirkan secara pembedahan. Doktor bagi mama masa ...

~ Bertambah setahun lagi ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kita semua berada di dalam lindungan Allah s.w.t. Aaminnnn.. Alhamdulillah tanggal 19 Ogos merupakan hari ulangtahun kelahiranku. Tahun ini genap usia 38 tahun. Seperti biasa, ulang tahun disambut secara sederhana bersama keluarga kecilku. Sekadar ucapan ingatan dari suami, anak-anak dan adik-adik. Mama tahun ni sibuk mengerjakan ibadah haji. Jadi, doakan mama semoga dikurniakan haji yang mabrur. Kek tahun ni pilihan anak-anak. Sorang nak kek coklat, sorang nak kek aiskrim. Jadi kita gabung jadi kek aiskrim coklat ditaja oleh cik Abang. Kena la posing dengan kek kan birthday mama Jamoca Almond Fudge by Baskin Robin. Serius sedap giler. Abaikan tobek tu, terlanggag peti ais masa nak simpan Alhamdulillah...semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki bersama keluarga tersayang.

~ Selamat Ulang Tahun & Al Fatihah.....Abah.... ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya. Hehehe...ada ke pembaca? tak pe la. Sekadar nukilan aktiviti diri ini. Diharap kita semua berada di dalam keadaan sihat. 6 Januari dilalui setiap tahun dilalui dengan ucapan  "Happy birthday, ABAH. Semoga abah kembali sihat & bertenaga"sejak tahun 2007 hingga 2017. Selama 10 tahun kalimat itu sentiasa diucapkan.  Tapi...tahun 2018....ucapan itu diiringi dengan bacaan yasin dan ucapan "Selamat Ulang tahun kelahiran Abah. Semoga abah damai di sana & ditempatkan bersama insan yang beriman Tiada lagi sambutan, tiada lagi soalan abah nak makan pe hari ni. Hanya sepi yang menemani. Damailah abah di sana. Sesungguhnya kasih sayang Mama, Yong, adik-adik, menantu-menantu dan cucu-cucu sentiasa bersama abah. Gambar terakhir abah di Hospital Slim di mana abah menghembuskan nafas yang terakhir. Gambar di ambil pada 11 Mac 2017. Abah meniggalkan kami kerana komplikasi jantung.   A...

~ 3 Tahun Umurmu..... ~

Image
Assalamualaikum. Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Saya dah 2 minggu batuk berkahak. Dalm berbotol ubat telan. Batuk sampai urat terseliuh..sakitnya la dada dan belakang ni. Sekarang tengah cuba minum lemon dengan madu. Dah 2 hari cuba. Nampak macam serasi je. Harap menjadi la. Tak larat dah batuk lama-lama. Perit rasanya.  SAKIT ITU PEMBASUH DOSA Alhamdulillah pada 19 Disember 2017, anak kedua mama masuk ke usia 3 tahun. Lagi 10 hari adik dah nak masuk sekolah 4 tahun. Tak pe la. Adik hebat. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 3 buat QAYYIM. Semoga adik menjadi anak yang terbaik buat keluarga kita. Adik dah besar kan.  Tahun ni mama buatkan kek coklat lagi untuk adik sambut birthday dengan kawan-kawan di nurseri. Lepas ni adik dah pindah nurseri yang ada sekolah. Mama buat kek coklat yang simple je. Cadang nak buat kek susu, tapi abah cakap budak-budak lebih suka kek coklat. Jadi...menunya kek coklat. Abah pula buatkan spegeti goreng sebab adi...

~ Ulang Tahunmu.....Mama ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sejuk la cuaca sekarang ni. Dalam seminggu, ada la sehari je panas. Ini bermakna kita dah berada di ambang penghujung tahun 2017. November datang lagi. 28 November 1957 merupakan tarikh keramat. Tarikh ini merupakan tarikh kelahiran bonda tercinta. Hamishah Jab. Puteri bongsu pasangan En. Jab dan Pn. Nah.  Tahun 2017, genap umur mama 60 tahun. Tahun ini, pertama kali mama menyambut ulangtahunnya tanpa suami tercinta setelah 38 tahun bersama. Ah.....sedih pulak bila bercakap pasal arwah abah. Terbang segala idea. Nanti la sambung cerita. Selamat ulang tahun kelahiran, Mama. Semoga mama sentiasa di dalam lindungan Allah. Kami sayang mama.  Kek Aiskrim perisa jagung Tersenyum walaupun kami tahu dalam hati mama rindukan abah

~ Ulang Tahun Kelahiran-Mu, SYG ~

Image
Assalamualaikum & salam penghujung Ramadhan. Kita dah nak masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan dah. Sekejap je masa berlalu. Semoga kita semua berada di dalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya. 14 Jun datang lagi. Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada teman hidupku, En Khairul. Sayang doakan semoga abang sentiasa sihat, tak mau sakit gout. Semoga abang di murahkan rezeki, semoga abang gembira, semoga segala impian menjadi kenyataan. Tapi impian tambah "cawangan" tak mau yeeee. Kasih, sayang dan cinta sayang untuk abang.

~ 9 Tahun Sudah Usiamu, Anak ~

Image
Assalamualaikum. Sekejap saja masa berlalu. Sekarang umat Islam sudah menjalani separuh dari ibadah puasa. Mesti ramai yang dah mula membuat persiapan bagi menyambut Hari Lebaran yang mulia. Alhamdulillah, 6 Jun 2017 anakanda Muhammad Qabillah Ulwan genap umur 9 tahun. Sekejap je Qabil membesar dari baby menjadi anak remaja.  Qabil yang sweet, Qabil yang manja, Qabil yang bijak. Qabil...satu antara sejuta. Membesarkan Qabil adalah anugerah terindah buat mama. Tahun ni birthday Qabil jatuh pada bulan puasa. Jadi kita postpone sambut sekali dengan abah raya nanti la. Boleh sambut ramai-ramai dekat kampung nanti. Baru best makan kek. Mama nak Qabil tahu yang kasih sayang mama tak berkurang walaupun dah ada adik. Qabil tetap anak mama yang terbaik. Semoga Qabil terus membesar dengan sihat, bijak, soleh dan menjadi anak yang terbaik untuk mama.  Mama sayang Qabil sangat-sangat. Sekarang dah pandai bergaya macho

~ Happy Birthday ~

HAPPY BE LATED BIRTHDAY to ME!!!!!  

~Happy Birthday to .....ME~

Image
Assalamualaikum Kembali bersiaran dalam penghujung Syawal.  Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menyambut ulang tahun kelahiran tahun ni. Ulang tahun ke berapa ?  Yang ke 34 tahun.  Alhamdulillah juga diberikn kesihatan yang baik. Kadang2 je pancit di sebabkan membawa seorang lagi khalifah Allah bersama2. Hope dapat bertahan sehingga akhirnya. Happy Birthday to ME!!!!!!!!

~Happy 6th Berthday, Qabil~

Image
Assalamualaikum Agak terlewat update post ni. Tapi xpe la.  Pada 8 Jun 2014 kami sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran anakanda yg tersayang yg ke-6 yg sepatutnya pada 5 Jun 2014. Tak pe lewat sikit. Sambuttan yang biasa je. Kek beli kek aiskrim sbb mamanya xlarat nak buat kek yg dijanjikan sebelum ni. Kek Aiskrim Coklat. Full with coklat. memang sedap tp xhabis lagi smpai skrg. Ada lagi dlm peti es. Terlupa sebanarnya.  Happy Birthday Qabil. Smoga Qabil menjadi anak yg terbaik untuk keluarga. LOVE U very much.

~Hepi Besday Syam & Shira~

Image
Assalamualaikum Bulan 3 ni bulan Double Birthday utk My Lovely Bro & His Wife. Alang2 mama dgn abah dh dtg rumah dgn depa sbb abah nak g IJN, maka sambut je la skali. Lg pun adik2 lain pun ikut sama. Ok la tu kn. meriah la cikit. Sambut kat rumah je, just beli kek, abah baca doa.  Cheese kek beli dkt Kings je. Malas nak buat sebab air xde Paling best..sbb tengok budak tecit ni. Geram betul.  Punya la bersugguh di tengok kek tu. Macam la boleh mkn. Xblh ye syg. Just boleh rasa je. Tunggu Ika besaq. Hepi Birthday to Alang & Shira. Semoga bahagia selamanya. 

~ Birthday Berganda ~

Image
Salam Tahun Baru 2014. Apa azam tahun baru? Perlu ke? Rasanya buat azam hari2 lah senang. Bulan 1 adalah Sambutan Ulang Tahun Kelahiran berganda. Berganda? Berganda-ganda tau sbb ramai dalam family lahir bulan 1. Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat :- ABAH yang tersayang pada 6 Januari Acik yg trouble-trouble 5 Januari Adik Oni yg xtau la nak kata 1 Januari Firdaus..anak sedara yg pendiam sgt tp mama xingt tarikh Selamat ulang tahun kelahiran kpd semua. Semoga semuanya di rahmati Allah selamanya Sayang semua

~Hepi 55th Besday to My Beloved MAMA~

Image
Tahun ni umur mama genap 55thn pd 28-11-2012.  Tak sangka sbb mama awet muda. Opah maintain la kan. Sambutan tahun ni secara sederhana sbb xcukup sorang anak, sorang menantu & sorang cucu.  Sambutan besday mama tahun ni di sambut di Sajian Mak Su..sure la kan..besday tokey dia.  Love U, MAMA.  Semoga mama sentiasa sehat, gembira & ceria . Kek Icing Purple - Kek Ais Krim Keladi sponsored by EE Kek Icing Pink -  Strawberi Velvet Cake handmade by me & Qabil (xcukup lg 1 cucu xde)