Posts

Showing posts from May, 2020

~ Salam Aidil Fitri 2020 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan semua. Semkga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Stay safe & stay health. Kita masih dalam fasa PKPB Covid 19. Jadi mari kita sama-sama melawan pandemik ini. Kita boleh, kita pasti menang. Tahun ni buat pertama kalinya kami beraya di rumah sendiri setelah 13 tahun perkahwinan. Waaaa... Bertungkus lumus mengemas rumah. Buat la persiapan serba sedikit sebab sepanjang perkahwinan tak pernah tukar sarung sofa, lapik meja semua. Nasib la zaman ada duit, semua dihujung jari. Pilih-pilih, bayar, zassss barang sampai rumah. Alhamdulillah. Persiapan kami sekeluarga sederhana sahaja. Banyak buat persiapan mengemas rumah sebab rumah kami jadi port. Maklum la kami kan suami isteri tukang masak. Jadi kena la lebihkan kemas rumah sebab nak jemput adik beradik suami datang. 3 orang je pun. Tapi takkan nak biar rumah berselerak kan. Tukang kemas rumah, suami la. Dia memang rajin mengemas. Baju raya pula hanya belikan utk Qabi