~ Cita-Cita Qabil ~
Salam hari Rabu. Dah msuk pertengahan minggu bekerja rupanya. Sekejap saja masa berlalu. Tahun 2013 pun dah sampai penghujung. Walaupun sekolah bercuti, tapi Qabil tetap kena pergi nurseri. Maklum la xde siapa nak jaga Qabil kat rumah. Sorry sayang. Mama kena kerja. Selalunya memang bila naik kereta Qabil akan bacakan Doa naik kenderaan supaya perjalanan kami semua selamat & dilindungi. Alhamdulillah, berkat doa yang dibacakan oleh permata hati kami, kami semua dilindungi Allah kerana telah beberapa kali kami terselamat dibawah lindungan Allah berkat amalam membaca doa ini. Tetiba pagi ni ada a dialong antara Ibu dan Anak yang menarik setelah semua naik kereta sebelum memulakan perjalanan.... Mama : Tok Imam, sila baca doa Qabil : Jangan la panggil macam tu Mama : Dah tu, nak panggil apa? Qabil : Panggil la IMAM MUDA Qabil . Tok Imam tu dah tua. Qabil ni muda lagi Mama : Ok la. IMAM MUDA Qabil , tlg baca doa naik kenderaan. Qabil : Bagus...bagu...