Posts

Showing posts from November, 2018

~ Kejayaan 2018, Qabil ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari pertama musim cuti telah bermula. Apa perancangan cuti sekolah anak-anak semua? Qabil dah selamat balik kampung ikut Auntie Norli dia. Tak bagi pun kesian jugak. Minggu- minggu terakhir sesi persekolahan adalah sesi meraikan pencapaian anak-anak kita. Mana yang berjaya meraih tempat, tahniah diucapkan. Mana yang kurang berjaya, boleh cuba lagi. Pembelajaran merupakan proses yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, pengakhiran sesia 2018 adalah peningkatan bagi Qabil. Memang mama terharu sangat sebab selalunya akhir tahun selalunya result menurun. Tapi tahun ni pencapaian Qabil meningkat sangat berbanding pertengahan tahun. Alhamdulillah. Mama memang dah cakap dekat Qabil dari lepas dapat result exam pertengahan tahun yang mama teringin nak tengok Qabil buat persembahan sebab Qabil ada mewakili sekolah di dalam persembahan Melodian di KLIA. Mama juga ada cakap yang mama nak tengok Qabil naik pentas lagi ambil hadiah

KL Bird Park

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Ok, semalam cuti umum seluruh Malaysia sempena Deepavali kan. Apa aktiviti yang kawan-kawan lakukan? Melepak dirumah ke? Sempenan cuti umum semalam, sementelah dah bosan pusing mall, kami pergi ke KL Bird Park. Dah 11 tahun duduk di KL, tak pernah pergi pun. Semalam pun cuaca mendung dan semua ahli keluarga di dalam keadaan sihat. Sebenarnya dah lama plan nak pergi tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Tak dapat ambil gambar dekat pintu masuk, dekat photobooth pun jadi la asalkan ada perkataan KL Bird Park tu KL Bird Park terletak di Jalan Cenderawasih, berdekatan dengan Taman Botani dan Taman Orkid. Kami tak pergi pun sebab dah penat. Harga tiket masuk pula adalah : Dewasa (Standard) : RM 63 Kanak-kanak (Standard) : 42 Bagi pemegang MyKad dan Mykid, senang kata untuk warganegara Malaysia, lain pulak. Tapi kena tunjuk Mykad dengan Mykid tau untuk dapat harga di