Posts

Showing posts with the label Us

~ Aidil Fitri 2021, Kita Jaga Kita ~

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aznie harap kita semua dalam keadaan sihat.   Tahun ni tahun kedua kita semua meraikan Aidil Fitri di dalam keadaan dikelilingi wabak pandemik Covid 19. Jahat betul virus ni kan. Tak dapat kita semua maraikan Aidil Fitri kali ini sekali lagi bersama Ibu Bapa, Adik Beradik, Anak-Anak Saudara, Jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan.   Tapi rasanya tahun 2021 ni lagi teruk kan sebab kita semua di larang dari amalan berziarah walaupun jiran sebelah rumah demi menjaga keselamatan kita dan keluarga kita. Jadi kita duduk rumah, makan dan layan rancangan tv.  Makanya tahun ni, macam tahun lepas, Aznie meraikan Aidil Fitri bersama keluarga kecil Aznie. Aznie dikelilingi 3 hero pujaan dan kesayangan. Walaupun 3, rumah tetap tak sunyi dengan kerenah si kecik yang dah tak kecil. Tanpa dia, rumah akan sunyi. Ada je kerenah dia yang buat mama dan abah panas je. tengok la gambar raya pun. Rasanya ni la kot yang terbaik. ok la, ...

~ 11 Tahun Bersamamu ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua sihat kan? Cuaca tak menentukan sekarang ni. Mudah untuk kita dan anak-anak demam. Tanggal 31 Ogos 2007 merupakan tarikh keramat peralihan fasa anak gadis kepada seorang isteri. Tarikh inilah status telah bertukar menjadi Puan.  Akad nikah.2 kali baru lepas Tema perkahwinan sebelah lelaki Alhamdulilah, perjalanan hidup kami bersama melangkau ke usia 11 tahun. Dalam 11 tahun melayari alam perkahwinan, kami telah dikurniakan 2 orang putera yang comel. Buah hati mama dan abah Selamat ulang tahun perkahwinan kita, Sayang...semoga kita sentiasa bersama hingga ke Jannah. Aminnnn

~ Janji ditepati .....Legoland....kami datang ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Macamana dengan cuti sekolah yang baru berlalu? Mesti masing-masing ada rancangan tersendiri bersama keluarha tersayang. Alhamdulillah, cuti sekolah seminggu pada bulan Mac lalu, kami sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke Legoland. Setahun mama kumpul duit nak ke Legoland ni sempena perjanjian dengan Qabil sempena peperiksaan akhir tahun lepas. Mama cakap, kalau Qabil dapat no 1 dalam exam akhir tahun dan semua subjek dapat A, mama akan bawa pergi ke Legoland. Ni semua gara-gara selalunya keputusan peperiksaan akhir tahun yang selalunya menurun. Alhamdulillah, Qabil berjaya. Jadi mama perlu menunaikan janji supaya Qabil lebih bersemangat dan berusaha lebih keras. Perangcangan awal nak pergi bulan 1. Tapi tengok promosi dan harga hotel, ditangguhkan. Bulan 2 pun mahal juga sebab cuti Tahun Baru Cina. Maka, lepas cuti Tahun Baru Cina, mama nekad booking hotel dan tiket awal untuk cuti sekolah di sana. Hahaha...nasib baik mama booki...

~ Family Time..... Zoo Negara ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Di harap semuanya dalam keadaan sihat. Lenguhnya kaki dan tangan. Dah lama tak buat aktiviti berjalan lama macam ni. Aktiviti apa??? Tawaf Zoo Negara. Almaklum lah kan....anak dah 2. Dah 10 tahun menetap di KL, sekalipun tak pernah jejak ke Zoo Negara ni. Sementara Qabil masih lagi boleh enjoy ke tempat macam ni, boleh la bawa. Nanti dia dah besar, mesti dia bosan dengan tempat macam ni. Zoo adalah pilihan terakhir sebab cuaca pada awal pagi tu nampak macam nak hujan. Lagi pun takut jugak Mr H sakit kaki. Masuk Zoo kena la banyak berjalan kan. Mr H dah la baru baik dari sihat.Tapi alhamdulillah, hajat dapat ditunaikan untuk bawa anak-anak ke Zoo Negara. Selamat datang ke Zoo Negara. Ni bukan selamat datang..ni dah selamat pulang. Amek gambar dah habis jelajah Zoo. Tu yang budak baju merah tu main duduk je depan-depan zoo tu. Dah petang tak de orang. Dia pun dah kepenatan berjalan. Tiket masuk untuk Warganegara ...