Posts

Showing posts from October, 2019

~ Bila Besar Nanti ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan semua. Anak-anak kita sekarang ni disekolah mesti musim peperiksaan akhir tahun kan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tenang, tepat dan padat. Tapi mama bukan nak cerita pasal periksa. Nak cerita pasal aktiviti sekolah Qayyim. Bulan lepas, sekolah Qayyim ada menjalankan aktiviti yang di panggil "When I Grow Up" atau dalam masa Melayunya "Bila Besar Nanti". Nak senang cerita, cita-cita saya la. Tu lagi senang. Balik-balik rumah, riuh suara si Qayyim ni bagitau yang teacer dia kata nanti kena pakai baju Askar ke, baju Doktor ke, Baju Bomba ke. So mama cakap la kat dia, adik pakai jubah, jadi ustaz dah la. Lagi pun ubah abang dia ada. Apa lagi, bising la si Kenit tu tak mau.Dia nak jadi Askar dia kata. Jadi gigih la mama cari. Nasin baik terjumpa dalam Shoppe dan seller tu boleh pos keesokan harinya. Alhamdulillah. Jadi mama dapat merealisasikan impian Qayyim nak p

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang dah mula musim hujan kan. Tengahari panas, petang je hujan. Jadi kawan-kawan jaga diri dan kesihatan elok-elok tau. Kalau rasa dah mula bersin-bersin, cuba minum lemon suam campur air panas. Petua ni kawan ofis yang bagi tau. Cuba la mana tau serasi. Kali ni kita sembang pasal Kek Keju Terbakar / Hangit aka Basque Burnt Cheesecake. Kek ni dah jadi fenomena tau dalam Instagram dan Facebook. Ramai yang dah cuba buat dan menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Nak tau sebabnya sebab kek ni guna bahan yang mahal oiiiii kalau nak dapatkan kek yang sedap. Saya tengok di bekeri dalam Intermark, sepotong RM 22 ringgit. Bayangkan la anak 5, beli sepotong, tak menangis ke dapat rasa sorang sesudu je. Jadi lebih baik buat sendiri. Saya cuba buat dulu loyang 5 inci sebab dekat rumah ni bukan penggemar kek. Maklum la kita sorang je perempuan. Yang lagi 3 org tu cucu cicit Hang Tuah. Jadi makan nasi dan cucoq je.  Basque burnt cheesecake