Posts

Showing posts with the label Kek

~ Coffee Walnut Cake ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah masuk bulan ke 2 alam persekolahan. Mesti anak-anak dan ibu bapa dah membiasakan diri mengatur jadual harian untuk anak-anakkan. Lupakan jap hal anak-anak, kita layan tekak mak dia, Nak reward jugak untuk diri sendiri. Lama pulak tak buat kek..tangan gatal. Kali ni kita try resepi Coffee Walnut Cake dari Mimpicakes...Buat penggemar kopi, resepi ni mesti dicuba. Sedap, moist dan lembut. Tak rasa tercekik lah makan kek ni. Kek berperisa kopi dengan taburan walnut di atasnya memang mengasyikkan tatkala menjamahnya. Hilang seketika penat menguruskan kerja, keluarga dan anak-anak. Kawan-kawan mesti cuba resepi ni tau. Memang memang menyesal cuba buat sebab sedap dan rasa tak boleh berenti makan. Coffee Walnut Cake yang memggoda rasa Jom tengok resepinya. Bahan pun mudah. Kalau tak de walnut, tabut la kacang apa pun. Tapi tukar la nama dia ye Coffee Walnut Cake Bahan A 250gm Pure Butter 190gm caster sugar Esen vanilla 1 ...

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang dah mula musim hujan kan. Tengahari panas, petang je hujan. Jadi kawan-kawan jaga diri dan kesihatan elok-elok tau. Kalau rasa dah mula bersin-bersin, cuba minum lemon suam campur air panas. Petua ni kawan ofis yang bagi tau. Cuba la mana tau serasi. Kali ni kita sembang pasal Kek Keju Terbakar / Hangit aka Basque Burnt Cheesecake. Kek ni dah jadi fenomena tau dalam Instagram dan Facebook. Ramai yang dah cuba buat dan menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Nak tau sebabnya sebab kek ni guna bahan yang mahal oiiiii kalau nak dapatkan kek yang sedap. Saya tengok di bekeri dalam Intermark, sepotong RM 22 ringgit. Bayangkan la anak 5, beli sepotong, tak menangis ke dapat rasa sorang sesudu je. Jadi lebih baik buat sendiri. Saya cuba buat dulu loyang 5 inci sebab dekat rumah ni bukan penggemar kek. Maklum la kita sorang je perempuan. Yang lagi 3 org tu cucu cicit Hang Tuah. Jadi makan nasi dan cucoq je.  Basque burnt cheese...

~ Kek Gulung Marble ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Ada yang masih bercuti lagi ke sempena Tahun Baru Cina? Seronok kan menghabiskan masa bersama keluarga. Kami semua tak pergi mana pun cuti Tahun Baru Cina ni. Papa Bear pancit. Tak tau la salah urat ke gout. Atau mungkin kedua-duanya. Salah duduk pun boleh jadi sakit kat bahagian pinggul dia tu. Dulu pun pernah jadi camtu. Arwah Abah bawak pergi berurut, alhamdulillah baik. Tapi sekarang tukang urutnya pun dah meninggal dulu sebelum Abah. Al-Fatihah untuk Abah dan pak cik tukang urut. Oleh sebab tak pergi mana-mana, maka tangan pun gatal nak makan benda manis. Dah lama teringin nak buat kek gulung ni. Bahan semua ada. Memang la lagi gatal tangan. Telur pun ada....memang cantek la. Tu yang bahaya bila ada telur dan cuti tak pergi mana-mana tu. Mula la sesi menternak lemak pun bermula. Jadi kali ni kita cuba buat kek gulung. Resepi kita derhaka. resepi dari Cikgu Azlina yang femes tu. Resep...

~ Fruit Pastry Cake Yang Viral ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sihat ke kawan-kawan semua? Masih dalam mood tahun baru ke? Alhamdulillah, kita dah masuk ke tahun 2019. Dekat dah nak ke tahun 2020. Dulu masa zaman sekolah kita bayangkan zaman 2020 tu ada kereta terbang. Hahaha....ni tak ada kereta terbang. Tapi kereta bertebaran di atas kepala. Fly over kan banyak. Yang masih dalam pembinan pun ada. Ok, tahun baru ni saya sambut dengan kek yang pernah viral. Orang lain dah jemu dah. Kita baru nak try. Sebanarnya saya ni tak makan strawberi sebab tak tahan bau dia yang tersangat wangi. Bau dia pun dah rasa pening. Tapi masa pergi Tesco baru-baru ni, ada la Tesco jual Bueberry dengan Strawbery yang clearance stok. Buah cantik tapi sebab ada 2 kotak je jenama tu, tu yang Tesco nak clearkan kot. So sambar la dua-dua kotak Blueberry dan Strawberry. Kalau ikut harga biasa, memang fengsan la. Tau la kan biasa harga dia paling murah pun RM 9 sekotak cenonit tu. Lepas tu ada la Italian Sweet Kiwi pun murah. So b...

~Brownies Full of Chocolate~

Image
Dah lama dah terasa nak makan brownies. Tapi seru nak membuatnya asyik tertangguh je. Sedangkan nak membuatnya punya la senang. Masuk je semua dalam besen,kacau...siap. Bakar..Xpayah susah susah nak kuakan mixer bagai. Kacau pakai wisker je. Kalu lagi malas, kacau pakai garfu pun boleh. Jadi...semalam kuatkan la semangat membuat brownies ni setelah masak lauk. Abah balik keje lambat. Masak la lauk ayam masak kicap untuk hero ni. Untuk abah ingat nak masak sambal sotong. Tapi seru tak sampai lagi...tunggu seru datang baru buat sambal sotong.  Jadi...siap2 masak lauk, cakap la dekat hero tu:- Mama : Qabil, kita buat kek nak? Qabil : Nak nak nak. Kite nak buat kek apa? Mama : Kite buat kek senang je. Mama sedia semua, Qabil masuk semua dalam besen, Qabil kacau. Boleh? Qabil : Boleh. Senang je . Jadi..mama pun sediakan la bahan, suruh hero masukkan semua dalam besen, suruh dia kacau. Sambil dia dok kac au bagi sebati, panaskan oven, lapik loyang dgn baking paper, sap...

~ Kek Karamel Pelangi ~

Image
Assalamualaikum. Dah 2 minggu berturut-turut hari Isnin Cuti Umum. Jadi takde la Monday Blues kan? Hahaha..best jugak cuti lama cket. Kadang-kadang tak rasa pun cuti. Sabtu sebok dengan mendobi baju seminggu dengan menyental baju sekolah stok seminggu anak bujang. Ahad pulak hari g beli barang dapur dengan seterika baju stok seminggu. Almaklum la perempuan. Kerja tak pernah habis. Tapi alhamdulillah Cik Abang sedia membantu. Urusan memasak boleh diserahkan kepadanya. Sekarang ni mood membaking dan mencuba resepi baru berkobar-kobar. Hari cuti ada je idea nak masak benda baru walaupun dekat rumah ni semuanya perut Hang Tuah. Perut lebih suka makan nasik. Jadi kalau nak cuba benda baru, kena buat dalam kuantiti yang sedikit. Minggu ni try buat Kek Karamel Pelangi. Tapi tak buat pun sampai 7 kaler. Buat 2 kaler je. Biru dan pink. Ada ke pelangi kaler pink? Pedulik pe...janji suka. Berdebar-debar weh buat kek ni sebab dah pernah ada pengalaman buat kek yang guna meringue j...

~ Carrot Cake with Cream Cheese Frosting ~

Image
Assalamualaikum & salam Jumaat.  Minggu ni Bizi sikit sebab ada audit 2016. Tapi makan tetap makan khen.... Dah lama xbuat kek. Dok buat cupcake je untuk Qayyim bawak bekal g skolah. Anak bujang kecik ni kena bagi bekal. Kalau tak dia susah nak masuk sekolah.  Jadi....seru rajin lebih sikit mai minggu ni. Dah lama nak buat carrot cake ni. Sebelum ni makan yang Secret Receipe je. Pernah beli tempat lain tapi tak sesedap SR. Dah nama pun SR khen.... Dok tengok resepi Carrot Cake dok lalu lalang dalam group Aku Masak Kau Yang Panas dalam FB.  Carrot pun dok beli, cheese pun ada. Jadi....paksa diri untuk buat kek ni. Tengok resepi senang je. Tunggu hero kecik tu tido...kita start mixer.   Carrot Cake with Cream Cheese Frosting.  Kuning & putih. Lupa carrot kaler Oren. Abaikan deco sememeh. Jenuh berperang dengan hero kecik, dia pun nak deco sama.   Resepi kek ni senang je. Tak de nak kena asingkan putih & kuning ma...

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

Image
Assalamualaikum Sapu sawang sebulan dua tiga kali ok la kot kan.... Kali ni kita muncul dengan Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe. Dah jatuh chenta dengan kek ni. Sedap ya amat rasanya masa try beli dekat Secter Receipe tahun lepas..haaa..ingat lagi tu rasa dia walaupun makan tahun lepas...padahal tahun 2016 baru berlalu dalam 20 hari.  Disebabkan dah jatuh chenta dengan kek ni, maka gigih la mencari dari en Goole resepi dia. mahal oiii sekeping kek ni beli dari Secret Receipe tau. Godek punya godek, jumpa resepi dalam web Kraft. Senang ya amat.  So check it out resepi dia. Tengok kaler dia yang menggoda tuh....cair deit kay... Cream Brulee' Cheesecake Resepi asal dr web Kraft Olahan ikut tekak Azniezura Loyang 6 inci Bahan based :- 20 keping biskut tiger - dihancurkan  2 sudu besar butter - dicairkan - satukan biskut dengan butter cair & gaul sebati - masukkan ke dalam loyang & ratakan hingga padat - bakar seb...

~ Lemon & Chia Seeds Càke ~

Image
Assalamualaikum Rindu dekat blog ni..tp bz sgt dengan kehadiran ahli keluarga yg ke 4 nih. Dok nk bdukung je. Penat dgn keje lg. Balik keje dok nk mengulit je. Redha je la walaupun kdg2 tahap kesabaran dh tinggal 0.  Dah lama jugak tak membaking. Rindu pada hobi ni. Nak buat cucur pn payah. Ni kan pulak nak baking. Tapi alhamdulillah minggu ni ada kesempatan sementelah hujung minggu xde g mana2 sbb org yg bawak pancit.  Sebenarnya lama dah terasa nk makan kek ni. Godek2 resepi terjumpa resepi Kek Lemon dlm blog kak Novelis aka Masterchef. Sapa lg. Kak Shariah la. Kebetulan lemon pun ada. Boleh la try. Chia seeds tu sj seniri tambah sbb pak cik Google ckp byk khasiat. Mmg ada beli pn sbb nak try. T lain kali kite cite pasal chia seeds ni. Ni la kek tuh. Masam2… yg hitam tu la chia seeds. Kek ni simple & kurang mañis. Sapa yg xsuka manis mmg sesuai mkn kek ni. Tambah lak sapa yg suka lemon & mkanan yg masam. Memang tbaik la masam dia. Jom kita int...

~Kek Cheese Leleh~

Image
Assalamualaikum Proses mencuci sawang la...Wawawa...Cuci sawang 6 bln skali...X patut sungguh. Dah la slalu cuci sawang plus skali cuci perut...Lagi la x patut. Kali ni kita cuci perut dengan..... Kek  Cheese Leleh Memang meleleh2 lemak bertambah tu... Memang dah lama nak buat. Kek dia pakai la kek apa pun xkisah. Yang buat ni dlam dia kek pandan + jagung.  Yang penting heese leleh dia. Walla...tbayang-bayang je lebihan kek time g keje buat x sabar nak balik makan. Resepi Cheese Leleh :- 250g cream cheese 1/2 cwn sus pekat manis 1/4 cwn whipping cream 1/4 cwn susu cair ( boleh tambah kalau nak lebih leleh) - Blander je smua semua bahan hinga sebati. Tuang je atas kek tu Topping dia Parut kan cheddar cheese ke atas dia. Banyak mama? Ikut sedap tekak la. Nak habiskan sebuku pun boleh. Yg ni pakai 1/2 buku je. Misi seterusnya..Kek coklat moist cheese leleh...Waa...dah tbayang2 ni...

~ Kek Kukus Horlicks ~

Image
Salam Hari Jumaat. Sekarang musim hujan datang balik. Hujan kan rahmat. Alhamdulillah. Kali ni kita layan Kek Kukus Horlicks. Selalu buat Kek Kukus Coklat. Tukar citarasa pulak kan. Daripada horlicks tu terbiar je dalam peti ais, lebih baik jadikan ia sesuatu yg boleh di makan. Sebenarnya resepi dia sama je dengan kek kukus coklat. Rasanya lepas ni kalu nak buat kek kukus horlicks ni kena kurangkan sukatan gula sebab terasa macam manis pulak. Sedap tau kek ni. Bau dia wangi je masa masak. Nak buat pun senang. Bila2 masa je blh try buat kalu dh xtau nak masak apa utk minum petang. Jom layan.. Menyelerakan... Kek Kukus Horlick Bahan :- 1 cwn tepung naik sendiri 1 cwn horlick original ¾ cwn susu pekat manis ½ cwn minyak jagung / minyak masak 1/3 cwn susu tepung ½ cwn air panas mendidih 2 biji telur 1 sk garam Warna pilihan (jik asuka) Cara :- 1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan butter & taburka nsedikit tepung spy x melekat 2. Pukul ...

~Eggless Choc Cake ~

Image
Salam hari Jumaat yg penuh mulia. Lama dah xjenguk blog ni. Bukan lupa, tapi sibuk sangat. Minggu lps cuti sbb nurseri Qabil tutup. Time tu Qabil pulak xsihat, cirit birit, muntah2 dengan demam sekali. Memang lembik btul dia. Cian sgt tengok. Minum air pun muntah balik. Hanya bagi dia makan pear, mkn ckit2. Air pun minum 1-2 teguk je skali minum. Lepas 10 minit bg lagi 1-2 teguk sbb nak elak dia muntah & air kurang dalam badan. Alhamdulillah, Qabil sehat, mak dia lak yg amek turn. Cuti dr Jumaat ke Selasa menjadi sambung dengan MC sampai ke Jumaat. Alhamdulillah sekarang semuanya dah sihat. Disebabkan dah sihat, maka selera nak makan pun ada balik. Makanya...terasa la nak makan kek coklat. Tapi telur pulak xde. Gigih la bukak fail. Nasib baik la jumpa resepi kek coklat tak payah pakai telur. Menarik untuk dicuba. Menarik je sebab kek ni nampak cantik & berkilat. Memang sedap & moist sangat Kek ni mudah disediakan. Hanya gunakan wisk je. tak payah nak kuak...

~Kek Coklat Horlicks Lembab ke Lembap ?~

Image
Salam Isnin semua. Sekarang ni punya la panas kan. Dah agak lama x mbuat kek. Mood buat ke dah ke laut. Tekak dah terasa je kesedapan Kek Coklat Moist. Nak beli trasa rugi sangat. rasa tak berbaloi beli spotong ke coklat harga 5 hengget sdgkan untuk membuatnya amatlah mudah sampaikan Qabil pun boleh buat. Lagi pun bahan2 sememagnya dah ada ke rumah. Jadi semalam dh siap kemas blik yang dah berabuk, mula la mengadun kek ni. Sebenarnya mama dia jadi mandor je. Qabil la yang tukang buat dia.  Buat kek coklat ni teramat la mudah. langsung xpakai mixer. Kalau malas tahap dewata raya datang, bancuh je dalam loyang, trus je kukus. Tu memang malas tahap tak ingat la. Tapi rasa melampau la pulak kan. Akhirnya....setelah di gagahkan diri...terhasil la Kek Coklat Horlicks yang moist sangat. Dah tak menahan dah. Panas2 potong sebab dah terliur sangat. lega bila dapat makan. memang heaven. Layannnnn Sedap oooo...tak terkata...sapa nak Kek Coklat Horlick 2 cwn tepung n...

~Kek Coklat Putih Marble~

Image
Lama jugak rasanya tak buat kek. Dok kek kek kek..badn pun dah bulat. Kali ni tergoda dengan resepi dari fb Wahidah Jais. tengok bahan pun senang. Yang paling penting, tak perlu nak guna mixer. Memang dasar pemalas punya orang. Tau nak makan je. Hei..kalu tau nak mkn je, xde la dok try macam2 resepi tau. Kek Coklat Putih ni memang senang. Bahan pun simple. Yang paling penting, ada stok coklat putih kat rumah. Tu yang nak try buat kek ni. Ada lebih coklat putih masa buat biskut Ais Krim buat dengan Achmad dulu tu. Tamak, beli secara banyakkan. Lepas tu duduk la dalam tong bahan2 buat kek. Kek ni sedap gak. Tapi tak boleh lawan la Kek Coklat Moist. memang lagi heaven la. Heaven sangat la kau. Asal kaler kek ni putih suci sbb nama pun Kek Coklat Putih. tapi dah dasar gatai tangan, mesti nak letak kaler2 gak la. Tambah ada assistant Co-Chef yang tolong buat. Mak dia tukang arah je. So kena la ikut cakap dia nak letak kaler pe. Kek ni so simple sampai Achmad pun boleh buat, d...

~Kek Kukus Susu Berkeju~

Image
Kek Kukus Susu memang sedap ok. Dah try buat 2x sebelum ni masa mama mama buat open kedai raya thn lepas. Tak dapat balik time tu, kebetulan mama dtg sbb along xsihat, so buat bg dekat mama. Tapi tak amek lak gamba time tu. 2nd time buat masa nyah peknen. Ngidam mak labu masa peknen ke apek @ Muqri. Buat pun last minit.  Dia kata xcukup mkn masa open kedai mama. So gigih la buat balik dr pasar sbb time tu dia dh ada dekat zoo. Nasib baik sempat.   Ni la kek yg buat bagi mak labu time tu. Tapi kali ni buat untuk tekak sendiri & diubah suai dr resepi asal kak Azlita @ Masam Manis.Resepi kali ni tambah cream cheese sbb dulu beli konon nak buat kek coklat yg ada cream cheese. Sampai sekarang seru buat kek tu xsampai. Sebab malas sbnanya nak buat kek yg lece2 ni. Nak kena adun 2x. Jadi terhasillah  KEK KUKUS SUSU BERKEJU..... Comey kan kaler dia. Kaler bendera kedah la pulak. Hijau kuning. Di tambah cikit2 kaler cekelet. Kek ni memang sedap. Ti...

~Kek Choc+Strawberi+Chipsmore~

Image
Minggu lepas adalah hari melepak dr hari Khanis sampai Isnin. Best giler dapat cuti lama2. Tak sangka betul. Khamis - Maulid Nabi Jumaat - Amek Annual leave 2012 yg ada balance 3 hari Sabtu & Ahad - memang la cuti oiii Isnin - 4wad cuti Taipusan hari Ahad Memang puas sangat. Tambahan hari Jumaat duduk rumah sorang2 sbb Papa Bear keje & Acmad g skolah. Jahat giler mama dia. Mama cuti pun hntar Achmad g skolah. Xpe la kan. Bukan slalu mama dpt berehat sorang2. Maka dengan itu bermulalah episod membaking tanpa pembantu. Sebenarnya resepi asal adalah Kek Coklat. Tapi disebabkan ada 2 paket Stoberi Papa Bear beli konon nak buat Jus utk sakit Gout yg dok tperam dlm peti es, jadi mama songlap la cikit utk masukkan dalam kek. Best gak ada rasa masam2. Biskut chipsmore lak sbb dah lama letak dlm beg skolah Achmad, tp dia xmakan2, dh hncur lebur. Dari dbazirkan, lebih baik dijadikan sesuatu yg bermanfaat & dpt dimakan. Makanya lahirlah ~Kek Choc+Strawberi+Chipsmore...

~Kek Lapis Oreo & Pisang~

Image
Hari sabtu adalah hari yang bizi. Semua nak buat hari sabtu. Anak bujang tu pun, hari sabtu la kalut je. Pantang mama ada dekat rumah, mesti nak buat kek. Jenuh nak pikir buat kek apa lagi. Dah la butter xdak. Jadi..akhirnya nampak la pisang berangan 3 bijik dok tgolek atas meja dh hitam kulit. Biskut oroe pulak dah masuk angin sebab si bujang ni dah makan krim, tinggal biskut terkontang kanting. Makanya lahirlah....... ~KEK LAPIS OREO & PISANG~ ( hehehe...gatai2 tangan edit gamba ) Kek Lapis Oreo & Pisang Bahan : 3 bj pisang berangan / 5 bj pisang emas – dilenyek 10 keping biskut oroe – buang krim & ramas kasar ¾ cwn gula 3bj telur 1 st ovellate 1 ¾ cwn tepung gandum 1 st soda bikarbonat 1 cwn minyak Cara-cara: 1.        Panaskan oven, lengserkan loyang dengan marjerin & taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. 2.        Ayakkan tepung bersama soda bikarbona...