Posts

Showing posts with the label Qabil

~ Bye Bye PRS.... Hello Prefect ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan Januari 2020 sudah berakhir dan bulan Febuari sudah menjelma. Sekejap je dah beralih bulan. Ada lagi ke yang masih kucar kacir? Mesti ada kan bila mana ada yang anak berubah jadual waktunya. Bermula dari bulan Febuari ni Abah kena kerja lebih sikit sebab Abang Qabil kena sampai sekolah sebelum 6.50 pagi sebab ada kelas tambahan Sinar pagi untuk calon UPSR 2020. Qayyim pulak kena sampai sekolah sebelum 7.20 pagi. Kena 2 trip la. Balik pun sama gak sebab Qayyim balik 11.30 pagi & Qabil balik 1.10 petang. Bulan 2 juga peralihan Qabil dari jawatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke Pengawas. Lantikan terlewat sebab ada faktor tertentu yang membuatkan Ustazah menariknya dari PRS ke Pengawas. Jadi budget tahun ni lebih sebab kena beli baju skolah 2 kali. Mama pasrah. Qabil Jan 2020 & Feb 2020 Mama harap Qabil berusaha bersungguh-sungguh. Doa mama sentiasa mengiringi langkah Qabil

~Selamat Datang 2020 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat datang tahun 2020.  Banyak persiapan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk persekolahan anak-anak kan? Biasa la. Kita sebagai ibu bapa sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tahun 2020 ni Qabil dah menjejakkan kaki ke tahun 6. Tahun yang mencabar bagi alam sekolah rendah. Peperiksaan UPSR.....sekolah agama pulak, PSRA. 2 peperiksaan besar. Semoga Qabil dapat meneruskan kecemerlangan di tahun 2020. Si adik pulakkkkkkkkk....Qayyim da bom. Tahun ni Qayyim melangkah ke alam persekolahan rasmi. Pukul 7.20 pagi dah kena ada sekolah. Qayyim sekarang bersekolah sama dengan abang Qabil. Alhamdulillah. Merasa la sekolah sama dengan abang selama setahun.  Anak-anak mama dah besar. Sekerang ni semua kena keluar rumah pukul 7.05 pagi selewatnya kalau tak nak jem la kan sebab kena sampai sekolah sebelum 7.20 pagi. Mama pun pukul 7.30 pagi dah sampai ofis. Cemerlang betul. Wawawa...... Semoga anak-...

~ Semoga Kau Terus Berjaya ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sesi persekolahan 2020 telah bermula. Pasti ibu bapa sibuk mengiriskan hal-hal pendaftaran anak-anak kan. Mama pun macam tu la. 2 bujang mama pun dah memulakan sesi persekolahan tahun 2020. Abang Qabil dah menjejakkan kaki ke tahun 6. Tahun bermulanya peperiksaan besar. UPSR dan PSRA.  Adik Qayyim pula menjejakkan kaki ke alam Pra Sekolah. Alhamdulillah, Qayyim dapat sekolah yang sama dengan abang.  Tahun yang mencabar. Tahun ni Qabil perlu berusahan lebih untuk melayakkan Qabil ke MRSM atau sekolah Sains yang Qabil impikan. Mama dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama. Kali ni mama lambat update. Mama ucapkan tahniah diatas kejayaan Qabil di dalam peperiksaan tahun 2019. Qabil berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan UPKK dan mendapat tempat pertama sekaligus menjadi pelajar terbaik aliran Qabil. Alhamdulillah Qabil berjaya menrangkul 5 anugerah termasuk terbaik di dalam matapelajaran sekaligus menjadi ...

~ Sambutan Hari Kanak-Kanak Qabil ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. Bertemu lagi kita di alam maya. Hahaha...macam la glamer kan. Ada ke yang sudi baca blog saya ni. Sekarang orang main Facebook la, Instagram la, Twitter la. Kalau ada yang sudi, alhamdulillah. Musim peperiksaan telah berakhir. Sekarang banyak pulak la aktiviti akhir tahun. Cikgu-cikgu dalam dok pulun menanda kertas peperiksaan, sempat lagi mengadakan aktivit untuk anak-anak kita. Hebat cikgu di Malaysia ni. Minggu lepas sekolah Qabil mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak. Tahun ini tema sambutan adalah "Arabic". Syeikh to be...Insya'Allah. Qabil dalam jubah Arwah Tok Wan Qabil, guru-guru dan kawan-kawan Girls la best sebab boleh melaram Peserta pertandinga pakaian beragam Alhamdulillah Qabil dan kawan-kawan enjoy. Dah habis exam kan. semoga Qabil dan anak-anak lain berjaya di dalam peperiksaan yang lepas. Aminnnnn

~ Double Celebration ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih lagi dalam mood raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia serta dunia serta pembaca blog ini. Hari raya merupakan hari kemenangan kepada umat Islam melawan hawa nafsu. Bermula dari tahun 2016, raya pertama di sambut di rumah mama setelah Mak (ibu mertua) kembali ke rahmatullah. Tambah lagi lagi setlah abah juga kembali kepada penciptanya tahun 2017. Kami sebolehnya tak mahu mama sunyi dan sedih. Tahun ni yang beraya di rumah mama adalah family kami, Atam dan isteri serta adik Ooni (semestinya la sebab dia tak kawen lagi. Hehehe....) Sebahagian dari keluarga Mak Su Tema kami tahun ni hijau.......variasi hijau....tak de la nampak sedondon sepapan sangatkan. Keluarga kecil kami.Susah betul nak dapat gambar yang semenggah, Ada je spoilnya. Peluang bergambar berdua tidak boleh dilepaskan Tahun ini juga, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari yang sama ulang tahun kelahiran anak bujang...

~ Kejayaan 2018, Qabil ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari pertama musim cuti telah bermula. Apa perancangan cuti sekolah anak-anak semua? Qabil dah selamat balik kampung ikut Auntie Norli dia. Tak bagi pun kesian jugak. Minggu- minggu terakhir sesi persekolahan adalah sesi meraikan pencapaian anak-anak kita. Mana yang berjaya meraih tempat, tahniah diucapkan. Mana yang kurang berjaya, boleh cuba lagi. Pembelajaran merupakan proses yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, pengakhiran sesia 2018 adalah peningkatan bagi Qabil. Memang mama terharu sangat sebab selalunya akhir tahun selalunya result menurun. Tapi tahun ni pencapaian Qabil meningkat sangat berbanding pertengahan tahun. Alhamdulillah. Mama memang dah cakap dekat Qabil dari lepas dapat result exam pertengahan tahun yang mama teringin nak tengok Qabil buat persembahan sebab Qabil ada mewakili sekolah di dalam persembahan Melodian di KLIA. Mama juga ada cakap yang mama nak tengok Qabil naik pentas lagi ambil hadiah...

~ Pengalaman Pertama ~

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera. Kejap je dah sampai pertengahan cuti sekolah kan. Kemana ibu bapa bawa anak bercuti? Mesti ramai yang bawa keluarga bercuti sempena cuti sekolah akhir tahun kan.  Ok la. Sempenan kejayaan Qabil di dalam peperiksaan akhir tahun dan kesungguhan Qabil memenuhi permintaan mama nak tengok Qabil naik pentas ambil hadiah sempena kecemerlangan di dalam pelajaran, abah dengan berbesar hati belanja Qabil buat pasport bagi memenuhi permintaan Qabil untuk ke Thailand mengikut Uncle Mahyudin dan Auntie Noly pulang ke kampung uncle. Tengok, bila Qabil berjaya, mama dan abah dengan senang hati memenuhi permintaan Qabil. Seronok dia dapat pergi ke sana sebab sebelum ni dah banyak kali dia buat permintaan ni tapi sentiasa di tolak. Jadi, untuk tak menhampakan Qabil dan sebagai galakan untuk terus berjaya. Tak sangka kami boleh melepaskan Qabil ke luar Malaysia walaupun ke Thailand je pun tanpa kami berdua. Waaaa...anak mama dah besar. Mama tk ...

~ Hasil Setahun ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rindu dekat blog ni. Terperam dah 2 bulan. Sekejap je dah nak sampai hujung tahun. Anak-anak pun dah nak start cuti sekolah kan. Bila sebut nak cuti sekolah, mesti kena tempuh exam akhir tahun kan. Lepas tu result...anak lelaki ni diaorg bukan kisah sangat pasal result ni. Selalunya ibu bapa la yang lebih. Macam kami. Mama set target Qabil dapat no 1. Abah pulak...hampeh. katanya tak boleh. Silap-silap impian nak tengok Qabil naik pentas ambil hadiah pun bakal berkubur 😥😥😥. Sekarang ni hari- hari dok tengok web Kementerian Pendidikan sebab result exam sekolah kerajaan kan boleh tengok online.  Meh tengok la result anak Boboyot mama ni. Tak dapat no 1. Still no 2. Peratusan naik sikit. Tapi...bm penulisan...walaupun still A, tapi bawah 90.  Setelah dapat result ni, kesimpulannya kena banyak buat latihan karangan dan buat ayat 😖😖😖. Tahun depan kena usaha lebih sebab dah naik tahap 2. Alhamdulillah...Qabil st...

~ 9 Tahun Sudah Usiamu, Anak ~

Image
Assalamualaikum. Sekejap saja masa berlalu. Sekarang umat Islam sudah menjalani separuh dari ibadah puasa. Mesti ramai yang dah mula membuat persiapan bagi menyambut Hari Lebaran yang mulia. Alhamdulillah, 6 Jun 2017 anakanda Muhammad Qabillah Ulwan genap umur 9 tahun. Sekejap je Qabil membesar dari baby menjadi anak remaja.  Qabil yang sweet, Qabil yang manja, Qabil yang bijak. Qabil...satu antara sejuta. Membesarkan Qabil adalah anugerah terindah buat mama. Tahun ni birthday Qabil jatuh pada bulan puasa. Jadi kita postpone sambut sekali dengan abah raya nanti la. Boleh sambut ramai-ramai dekat kampung nanti. Baru best makan kek. Mama nak Qabil tahu yang kasih sayang mama tak berkurang walaupun dah ada adik. Qabil tetap anak mama yang terbaik. Semoga Qabil terus membesar dengan sihat, bijak, soleh dan menjadi anak yang terbaik untuk mama.  Mama sayang Qabil sangat-sangat. Sekarang dah pandai bergaya macho

~ Qabil oh Qabil ~

Image
Assalamualaikum Hari ni Isnin minggu pertama bulan April 2017. Sekejap je masa berlalu. Qabil pun sekarang dah darjah 3. Still di kelas pertama, 3 Utarid. Sebelum cuti penggal pertama hari tu, semua sekolah di Malaysia (eceh) akan mengadakan Ujian 1 bagi menguji penguasaan tahap pelajar sepanjang 3 bulan pertama persekolahan. Mama tak tau la apa yang abah cakap pada Qabil sebab Qabil nampak takut nak tunjuk kertas exam bila mama minta. Asyik cakap cikgu tak bagi lagi. Mama pun pelik. Jadi mama amek inisiatif cek online dekat web yang pernah mama tunjuk sebelum ni. Alhamdulillah result Qabil bagus. Semua subjek 90% dan ke atas dan Qabil dapat no 3 dalam kelas dan keseluruhan. Setelah mama ugut, baru Qabil bagi mama kertas exam Qabil. Sedih mama bila Qabil buat perangai camtu.  Setelah mama selidik, rupanya abah ada cakap dekat Qabil kalau tak dapat semua subjek 100% abah nak rotan. Ya Allah! Sampai macam tu sekali Qabil punya pressure. Kesian Qabil. Mama faham s...

~ Selangkah ke Alam Dewasa ~

Image
Assalamualaikum... Cepat je masa berlalu. Sekarang dah di penghujung bulan November dan hari ni dah berada di pertengahan minggu. Cuti sekolah pun bermula.... Bagi ibu yang bekerja, cuti sekolah rileks sikit sebab tak bergegas terlalu awal nak hantar anak ke sekolah. Jalan pun tak la jem pagi-pagi time cuti ni. Plan pertama untuk Qabil cuti ni adalah BERSUNAT...bersunat wajib bagi semua lelaki beragama Islam dan adalah baik untuk kebersihan diri. Jadi...hari mula-mula cuti, kita sunat dulu. Nak berjalan ke apa lepas baik sunat kay. Maka, Isnin mama pun bercuti sebab nak temankan Qabil bersunat. Tapi mama tak masuk sekali masa potong. Ngeri. So abah je yang temankan Qabil untuk melangkah ke alam dewasa fasa pertama. Sebelum sunat Qabil cool je. Takde pun gemuruh p e. Siap cakap tak de rasa pe pun bila cakap nak sunat.  Dah sunat time ni. Masa ni dah makan ubat tahan sakit.  Masa lepas sunat Qabil still boleh senyum..ubat bius ada lagi kan...jalan ...

~ Zaman Dunia Di Hujung Jari ~

Image
Assalamualaikum.  Semoga semuanya sihat & gembira. Pejam celik pejam celik dah hampir hujung tahun. Sekarang ni musim ibu bapa dok risau fikirkan keputusan peperiksaan anak-anak la kan. Anak-anak pulak mesti kecut perut fikir yang ibu bapa akan pergi ke sekolah untuk amek report kad. Mana yang rajin study tu, mesti steady kan?   Kadang-kadang sesetangah ibu bapa fikir cikgu ni menyusahkan je ibu bapa kena ambil cuti untuk amek report kad anak-anak. Tapi sebenarnya, masa ni la ibu bapa nak kenal dengan cikgu & nak tau prestasi anak-anak di sekolah. Ye la kan...mana ibu bapa yang kera, kadang-kadang terlepas pandang pasal pelajaran & perkembangan anak di sekolah. Anak kaki buli ke, anak kena buli ke...anak rajin ke, anak suka main ke dalam kelas.....jadi masa ni la masa yang paling tepat untuk kita tau pasal anak kita di sekolah. Tapi...sekarang zaman dah mudah. Sebelum ibu bapa pergi amek report kad di sekolah, dah boleh tengok result exam anak. ...

~ Fasa Membesar ~

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera. Semoga semuanya sihat & gembira menjalani kehidupan seharian.    Sekarang ni fasa anak-anak tengah membesar. So selera tengah ada. Qabil makanan dia senang, nasi & ayam. Sekarang ni baru nak makan mi goreng.  Qayyim pun tengah nak makan. Asyik nak g dapur nak bukak peti ais. Sampai sekarang peti ais tu kena lock. Huhuhuhu So mama sekarang rajin nak masak macam-macam cuppies untuk Qayyim bawak g skolah. Qabil macam biasa...nasik. Qabil & Qayyim. Masa baik mau la dia share dgn abang sebab yang abang dia nak, yang dia punya, dia tak bagi Qabil makan nasi & roti canai   Qayyim dgn nasi goreng.  Tak kisah la anak-anak nak makan apa. Mama dengan abah akan usaha buatkan. Yang penting, nak makan. Semoga anak-anak mama & abah sihat & ceria.

~Satu Permulaan ~

Image
Assalamualaikum Jumaat minggu lepas diadakan Hari Penyampaian Hadiah Kecermelangan Skolah Agama Qabil. Alhamdulillah, ada peningkatan di dalam pelajaran Qabil. Majlis sekali dgn khatam Quran murid tahun 6 Qabil dapat no 3 Keputusan exam Qabil Qabil dgn kawannya Semoga Qabil lebih berjaya di masa hadapan

~Qayyim - Terserlah Keketuaanñya ~

Image
Assalamulaikum Bz bebenor tuan belog ni kan. Alhamdulillah, hari ni Qayyim genap 10 bulan. Setiap bulan adalah penuh cabaran. Tiap kali nak masuk bulan baru je, ada je olah dia. Nak masuk buln ke 10 ni lagi la punya cabaran. Dia xmau makan, nak melekat je. Menangis smpai serak suara. Tido pun macam main aci-aci je. Sungguh menguji kesabaran. Tapi nurseri cakap dekat nurseri baik je. Alahai adik, punya la nak melekat dengan mama ye. Sampaikan abang pun xboleh nak dekat dengan mama. Punya kuat cemburu adik. Adik terlalu manja dengan mama. Adik kuat cemburukan abang bila abang rapat dengan mama. Adik suka menyanyi & menari. Adik lasak & xserik. Abang lebih lembut & penyayang. Adik ni suka buli abang. Tapi adik suka sangat bila abang angkat dia. Mula la dia senyum lebar bila abang angkat dia. Adik...dah masuk 10 bulan ni mama harap adik behave ok. Jadi anak yang terbaik utk mama & abah serta adik yang terbaik utk abang. Semua orang sayang adik.

~ Ceaser atau Normal ~

Assalamualaikum.  Hari ni genap sbulan Qayyim dilahirkan. Makin besar, makin banyak akal.  Tapi bukan nak cakap pasal Qayyim.  Hari ni nak cakap pasal proses bersalin. Mana satu pilihan korang. Ada yang pilih ceaser, ada yang pilih normal. Terpulang pada individu.  Tapi....kita tak setuju if orang cakap bsalin tak sakit tak kira la kaedah mana pun.  Kalu dah nama bsalin, memang rasa sakit.  Kita dah melalui keduanya. Bsalin Qabil secara ceaser, bsalin Qayyim secara normal. Keduanya sakit terutama fasa contraction. Memang rasa tak nak beranak dah lepas tu. Masa bsalin Qabil, kita alami contraction selama 2 hri. Kemudian dah tak tahan, g Hospital Ampang. Jalan tbuka hanya 2 cm. Then doktor pecahkn air ketuban utk cepatkan jalan tbuka dan msukkn ubat utk buang air besar. Sampai ke petang jalan still xterbuka. Still 2 cm. So, kna operation sebab jantung Qabil dah lemah. Doktor bius sekerat badan. So masa operation tu memang sedar la. Dengar...

~Tahniah Anak Mama~

Image
Assalamualaikum Berjanggut dah baru nak update. Bizi sangat kebelakangan ni. Ahlamdulillah anak mama dah tamat alam sekolah tadika. Tak sangka dah besar anak mama ni. Rasa mcm baru je hantar masuk kelas EDP. Syukur alhamdulillah tahun ni Qabil dapat 100% dalam semua subjek & berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam kelas seperti tahun-tahun sebelum ni. Tahun ni juga ada anugerah baru iaitu Award of Excellence. Anugerah ni baru diperkenalkan kerana sehingga hari ni Qabil adalah 1st student yg sentiasa dapat no 1 dr kelas EDP (3 tahun) hingga ke kelas Hibiscus (6 tahun) Piala yg Qabil dapat Qabil dah grad Semoga Qabil berjaya sentiasa.

~Setia~

Image
Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. selalu update blog hari Jumaat sbb rasa hari jumaat yg free ckit. Sekarang ni kandungan dah msuk minggu ke 28. Makin besaq dah perut. Alhamdulillah, kandungan ke 2 ni, krem kaki ada la dalam 4-5 kali je stakat ni dan xseteruk macam masa mengandungkan Qabil dulu. Sebab pe? Sbb memang amalkan sebelum tido sapu bam panas. Bam apa nak tau? Mesti la bam dari Jamu Susuk Dara ie Medicated Deep Heat Lotion.  Ni la bam dia. Bau dia best Lepas sapu bam tu, harus pakai stokin. Memang amalkan sejak lps kena krem masa mula2 pregnen. Seksa ooooo...sakit sampai nangis2. Lepas tu memang amalkan sebelum tido sapu bam ni dari betis smpai ke tapak kai & lepas tu pakai stokin. Tapi memandangkan sekarang perut dah makin besaq. Nak tunduk pakai stokin pun dh susah, maka datanglah pertolonngan dari putera kecil. Tiap-tiap malam Qabil setia memakaikan stokin untuk mamanya. Ni la pembantu kecil yang setia Harap dapat meneruskan baki k...

~Sabarlah Sayang~

Image
Salam Ramadhan yang ke 5.  Hari ni hari ke 5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Tapi....hari ni dah 3 hari anak mama terpaksa ponteng puasa. Tak pe la. Qabil kecil lagi. Xberdosa pun kalu xpuasa. Yang penting Qabil solat. Qabil xboleh puasa sbb nak kena makan ubat sbb kena chicken pox. Kena makan ubat supaya cepat sihat.    Cian Qabil terpaksa ikut mama g ofis sbb nurseri tak nak bagi Qabil duduk sana. Kena cadangkan supaya nurseri buat bilik rawatan utk anak2 yg sakit supaya xde la ibu bapa kena usung anak ke ofis bila anak sakit . Rajin minum air kelapa ye sayang bagi cepat sihat. 

~Happy 6th Berthday, Qabil~

Image
Assalamualaikum Agak terlewat update post ni. Tapi xpe la.  Pada 8 Jun 2014 kami sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran anakanda yg tersayang yg ke-6 yg sepatutnya pada 5 Jun 2014. Tak pe lewat sikit. Sambuttan yang biasa je. Kek beli kek aiskrim sbb mamanya xlarat nak buat kek yg dijanjikan sebelum ni. Kek Aiskrim Coklat. Full with coklat. memang sedap tp xhabis lagi smpai skrg. Ada lagi dlm peti es. Terlupa sebanarnya.  Happy Birthday Qabil. Smoga Qabil menjadi anak yg terbaik untuk keluarga. LOVE U very much.