Posts

Showing posts with the label Aku

~ Happy Birthday ~

HAPPY BE LATED BIRTHDAY to ME!!!!!  

~ Ceaser atau Normal ~

Assalamualaikum.  Hari ni genap sbulan Qayyim dilahirkan. Makin besar, makin banyak akal.  Tapi bukan nak cakap pasal Qayyim.  Hari ni nak cakap pasal proses bersalin. Mana satu pilihan korang. Ada yang pilih ceaser, ada yang pilih normal. Terpulang pada individu.  Tapi....kita tak setuju if orang cakap bsalin tak sakit tak kira la kaedah mana pun.  Kalu dah nama bsalin, memang rasa sakit.  Kita dah melalui keduanya. Bsalin Qabil secara ceaser, bsalin Qayyim secara normal. Keduanya sakit terutama fasa contraction. Memang rasa tak nak beranak dah lepas tu. Masa bsalin Qabil, kita alami contraction selama 2 hri. Kemudian dah tak tahan, g Hospital Ampang. Jalan tbuka hanya 2 cm. Then doktor pecahkn air ketuban utk cepatkan jalan tbuka dan msukkn ubat utk buang air besar. Sampai ke petang jalan still xterbuka. Still 2 cm. So, kna operation sebab jantung Qabil dah lemah. Doktor bius sekerat badan. So masa operation tu memang sedar la. Dengar...

~Jatuh~

Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal jatuh. Jatuh apa? Jatuh cinta? Bukan.... Jatuh yg betul adalah jatuh terlentang. Alah...tu pun nak kecoh kan? Ni bukan jatuh terlentang biasa. Jatuh terlentang masa mengandung.  Owh...tidak...merbahaya... Sakitnya hanya Allah yang tau. Tak tau la cmne boleh jatuh.  Tau2 dah terlentang. Amat menyakitkan, amat menyiksakan.  Dah seminggu jatuh tp kesannya still sakit sampai sekarang.  Paling seksa nak duduk & nak bangun. Tido pun boleh mengereng je.  Dugaan betul mengandung kali ni.  Masa mengandungkan Qabil dulu rilex je blh basuh baju guna tangan stok seminggu usung dari bilik air atas & jemur di bawah.  Mungkin effect dulu2 kot. Dulu pun ada gak selalu jatuh terlentang.  So kesannya sekarang baru rasa. Almaklum la kan. Usia bukan makin muda.  Harap dapat meneruskan kandungan dengan selamat.  Ada lagi 8 minggu to go. Amin.

~Happy Birthday to .....ME~

Image
Assalamualaikum Kembali bersiaran dalam penghujung Syawal.  Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menyambut ulang tahun kelahiran tahun ni. Ulang tahun ke berapa ?  Yang ke 34 tahun.  Alhamdulillah juga diberikn kesihatan yang baik. Kadang2 je pancit di sebabkan membawa seorang lagi khalifah Allah bersama2. Hope dapat bertahan sehingga akhirnya. Happy Birthday to ME!!!!!!!!

~Isteri Mengidam~

Image
Assalamualaikum Salam Ramadan. Huhuhu..dah ponteng puasa dah. Dah xcantik puasa, ada lubang, tapi bukan saja-sja kan. Dah terpaksa sampai badan menggigil sebab tak tahan sangat.  Pada suatu hari, seorang isteri yang xde selera makin akibat mengandung telah meminta si suami membelikan kue teow kerang, tanpa sayur. Pelik sang suami sebab setau dia si siteri tak makan kerang. Tapi di turutkan jugak, tapi...sedih sebab kue teow yang dibeli tak sedap. Maka, disebabkan rasa kasih kepada sang isteri yang tak ada selera makan, maka sang suami gigih menyediakan kue teow kerang seperti yang diminta si isteri. Hasil  air tangan sang suami untuk si isteri yang mengidam Macam orang dapat duit tu. Sedap sangat. Berjaya la habiskan sepinggang kue teow goreng. Kalu tak sebelum ni, sesenduk pun susah nak habiskan. Habis tau, puas hati betul. Kerang gemuk-gemuk Alhamdulillah. Ada jugak makanan masuk ke perut. Tq my Papa Bear.

~Dulu vs Sekarang~

Assalamualaikum Sekarang usia kandungan masuk 9 minggu. Terasa perit sangat walaupun ini yang ditunggu. Memang berbeza sangat pengalaman mengandung kali kedua ni jika di bandungkan dengan Qabil. Mungkin faktor usia jugak. Ye la, dlu 20-an. Sekarang dah 30-an. Tenaga dah makin kurang. Alahan kali ni terlalu teruk. Badan terlalu lemah, lembik. Makan xde selera. Air pun boleh minum air sirap/sirap limau. Air 0 langsung xboleh nak masuk. Memang terasa teruk sangat. Makan asam pun xjalan utk hilangkan loya.  Mengandung kali ni jiga kerap ambil mc. Sekali mc sampai 3 hari. Memang terbaring je la. nasib baik ada Cik Abang yg memahami. Dia la yang masak semua. Nak harapkan isteri, memang xmakan la. Memang rasa terharu sangat.  Alahai...dah tak larat. Nak baring dulu... Babai.

~Fake Test~

Image
Assalamualaikum Mood sekarang jatuh merudum di sebabkan result yg diperolehi dr sebuah klinik ni. Dah la dalam keadaan badan yg xbermaya. Makan pun xlalu, memang rasa down sgt. Nak tau sebab pe? Ni la sebab dia v v v v Tengok betapa clearnya result upt ni. Ha...gambar atas ni hasil daripada buat test sniri dekat ofis setelah 12 hari delay period. Ok la kn. Alhamdulillah la. Cadang2 bln depan la baru nak g cek dkt klinik. So Isnin lepas, memang rasa xsihat sgt. Dengan makan xselera. Badan lak sekejap panas, sekejap sejuk. Maka ajak la Papa Bear g klinik sbb dah tak tahan ( ingat best ke g klinik? xbest langsung. Sebab terpaksa je tau ). Dekat klinik kena buat upt lg skali, tau apa result dia? v v v v Result test kat klinik Boleh bayangkan x betapa rasa luluh hati. Doktor tu xmau scan, alasan awal lagi, xnampak. Blood test pun xnak buat. Just bg MC & suruh datang balik 2 minggu lagi. Ko pk aku nak datang lagi ke klinik ko? Memang tak...

~Sakit itu Ujian~

Alhamdulillah..hari ni badan semakin ok. Hari Jumaat lepas, bangun tido mmg rasa badan dah x ok. Rasa kepala memusing je, rasa meloya..semua ada la. Tapi gagahkan badan bangun..mandi bersiap nak g keje. Dah siap tu..baring kat kerusi d ruang tamu sambil peluk buah oren sbb hajat nak bwk buah oren tu g ofis, nak mkn bg hlgkn rasa meloya. Tapi...semuanya hanya angan2. Last langsung xlarat nak bangun. Qabil pun abah dia yg siapkan. Biasa la budak manja + mengada tu. So cik abg g keje & hntr Qabil g skolah. Dalam kul 11 dah rasa tak larat sgt..siap msg cik abg mintak dia keje half day je. Mmg serius langsung xde tenaga. Dalam pada dok tunggu dia balik, terlena. Tjaga dengan dia balik. Alhamdulillah...ada penyelamat. Cik abg la bwk air dgn buah naik bilik utk isterinya ni. Then turun bawah lak masak untuk isterinya. Waaa...terharunya. Sakit2 dapat sup memang best. Tapi sbbkan sakit..mana de selera kan. Makan gak la cikit utk alas perut. Malam tu memang tido tak lena. Rasa p...

~Happy 33rd Birthday to Me~

Image
Tanggal 19/8 adalah hari ulang tahun kelahiranku. Tahun ni, genap la usia 33 tahun. Dah 33 thn rupanya. Apalah ada pada angka kan. Semua tu tak penting.  Disebabkan pada 19/8 tahun ni abah kena g IJN, maka dapat la buat sambutan kecil2an ramai2. Ala...setakat mkn kek dgn pizza je dekat rumah. Tapi dengan adanya doa selamat dr abah & di aminkan oleh mama & lain2. Ahlamdulillah Yong ( panggilan dlm keluarga ) masih dapat doa restu dr mama & abah di ulang tahun kelahiran thn ni. Gambar kek nanti la upload ek sbb dlm HP Ee & dlm kamera DSLR. Xgodek lagi.  Tapi best gak ulang tahun kali ni. Siap dapat wish hepi besday dr Nurse dkt IJN lagi sbb mintak surat iringan sbb bwk abah ke IJN. Haaa..bkn senang nak dapat tau. Alhamdullilah..usia 33 tahun membesau dengan jayanya.. :P Haaa..kena diet balik ni. Posa turun 3 kilo. raya naik 5 kilo...

~RM 1.50 ~

Image
Salam Ramadhan masuk hari ke-10. Alhamdulillah masih lagi dapat menunaikan ibadah puasa. Menarik bagi my family, bulan puasa adalah bulan yang sangat jimat dalam hal makan, tapi dalam hal lain macam biasa la. My family x macam orang lain yg berpusu2 ke bazar bila petang untuk membeli juadah berbuka. My Papa Bear lebih suka makan yg di masak sendiri di rumah. So saya masak makanan berbuka, dia buat air. Haaaa...bulan puasa adalah bulan banyak menggunakan gula bagi kami tau. Sebab pe..bagi kami makanan tak penting. Air harus...pagi2 dah siap2 buat air letak dlm peti es spy sejuk untuk berbuka. Minimum air 3 jenis. Kan banyak menggunakan gula. Makanan pulak just ala kadar je. Ada sambal belacan, sayur masak air dgn ikan masin dah cukup. Just utk hero kami je ayam seketul. Apa kaitan gambar 3 keping 50 sen di atas? Sambung balik. Berasa gembira dengan diri sendiri sebab masuk hari ke 10 puasa, saya baru belanja RM 1.50 untuk membeli juadah berbuka iaitu 5 ketul kuih. KL kuih mah...

~Seminggu Puasa..Insya'allah~

Hari ni genap seminggu puasa. Tapi xblh kata seminggu lagi sampai la dah bbuka puasa. Insya'allah akan kesampaian. Baru seminggu puasa, dah xlalu nak makan bbuka or sahur. Air je yang banya minum & air yang wajib adalah Teh O yg disejukkan dlm peti es. Memang nikmat. Mula2 sahur menu adalah Nasi putih + peha ayam goreng + sambal kicap Hari 1st puasa  Berbuka : Nasi Carrot + Ayam Merah Madu + Cekodok Pisang Sahur : Sama  Hari 2nd  Berbuka : Nasi putih + Peha Ayam Goreng + Sayur Campur Sahur : Nasi Putih + Peha Ayam Goreng Hari 3rd Berbuka : Nasi goreng + Sambal tempe Sahur : Nasi putih + Peha Ayam goreng + Sambal tempe Hari 4th Berbuka : Roti Jala + Kari Kaki Ayam + Cucur Udang Sahur : Nasi Putih + Kari Kaki Ayam Hari 5th Berbuka : Pasembor + Kebab Pita Ayam Sahur : Kebab + Roti bakar (kes tak de selera) Hari 6th Berbuka : Mi Bandung + Cucur Udang Sahur : Nasi Putih + ikan gelama masin goreng dgn bawang besar + sam...

~Serabutnyaaaaaa...~

Image
Hadoi laaaaaaaaaaaaaaaaaaa Serabutnya kepala otak Serabut sangat. Tapi nasib baik dh settlekn gaji pekerja. Ni kalu agak nak cuti boleh ni. Tapi nak simpan cuti nak raya t. Cuti ada lg 17 hari. banyak tuuuu.. Serabutttttttt Serabutnya meja ku seserabutnya kepala otakku  

~Redeem Survey Lagiiiiii~

Image
Alhamdulillah...skrg ni dh ada mood nk kembali aktif menjawab survey lg. Tapi berbaloi la kan. Sbb just spend msa jwb survey yg d hntr ke email kita, kumpul point, blh redeem mata dgn voucher yg kita nak. Skrg target nk redeem point dptkn voucher giant je. Jadi blh shopping free d Giant.  Latest redeem 4000 point. So dapat la 4 x RM 10 voucher Giant. Ok la pe. Ada voucher KFC, Pizza Hut, Petronas. Tp rasanya voucher Giant yg berbaloi sbb blh guna bli brg dapur. Tq to AIP Survey. Surat dr AIP Survey Voucher Giant Lepas ni rajin2 lagi ye jwb survey...

~Sabah~

Image
Sekarang ni dapat job baru di Sipitang, Sabah. LOA dah keluar. So masa ni la bizi ckit cari bank utk dapatkan facilities di samping cari bank utk buat loan utk beli machinery & equipment. Memang mencabar sungguh. Pening kepala pun ada dgn orang2 atasan ni. Tapi, ada ke peluang lagi nak g Sabah. Kalu hantar untuk keje rasanya tak sanggup nak duduk di site dengan lelaki2. Baik la duduk di KL ni lagi la ok. Sekarang kan zaman dah maju. Semua boleh via pc & phone je. Gunakan la semua kemudahan yang cangih yang ada kan. Dah ada, rugi la xguna. Lain kali ada duit lebih nak g Sabah lagi la. Xpuas g hari tu.    Gambar di atas Jambatan Tamparuli. Gayat gak. Dah la time ni hujan. Air sungai tu punya la deras.  Ooooo Sabah. Nantikan kedatangan ku lagi

~Keliling Lelaki~

Bekerja dalam company Oil & Gas semestinya dikelilingi oleh lelaki. Tapi sebelum ni lelaki hanya ada di branch. Di HQ tempatku hanya ada seorang je lelaki. Bestnya dunia. Senang nak shopping online. Tapi dalam masa 2-3 bulan ni, ofis ni akan dipenuhi lelaki sebelum mereka ini akan dihumban ke Sipitang, Sabah untuk tempoh setahun 6bln. Owh...seksanya nak menempuh 3 bulan tu. Semuanya kena control. Nak tido time lunch pun xboleh. Hilang nikmak oooo. Cepat la diaorg ni g Sabah. Bosan giler...

~Mari Kita Membaca~

Image
Sekarang ni tabiat membaca novel kembali semula. Dulu kecik2 time sekolah letak hobi membaca. Tapi sekarang membaca ni boleh dijadikan mcm kegilaan. Bila time ada duit lebih cikit, mula la melilau ke kedai buku nak mencari novel. Tapi bagus pe membaca sbb dari membaca la boleh tau macam2 negara yang tak pernah kita jejak. Nak tgk tv pun jenjarang tgk. Cite Koreo pun skarang dah tak layan. Dok tgk Upin Ipin, Boboi Boy, CSI, Deadliest Catch, Oh, My English dan skarang terbaru...MasterChef Selebriti Musim 2.  Seronok membaca ni. Dulu time belum kawen sanggup tido lambat wp badan penat lepas tolong mama buat kue utk menega esoknya sbb nak habiskan baca novel. Sekarang dah keje, dah ada suami & anak..baca time lunch or time anah dgn suami tgk tv bila cite yg rasa xbest nk tgk. lantak la korang tgk tv.  Novel yang paling best setakat ni adalah ... Projek Memikat Suami Giler best novel ni. Sekarang ada dekat Nyah. Kalu dia kata tak dak dekat dia, harus la korbankan...

~Audit Week~

Image
Tugas sbg Finance Exec memerlukan aku terlibat semasa proses Audit. So minggu ni adalah minggu balik lambat. Penatnya... Ya Allah..berikan aku tenaga lebih untuk mengharungi minggu ini... Tak sabar nak tunggu Jumaat. Yes! Aku boleh!

~Sekolah~

Image
Kadanga-kadang boring time keje tringat time sekolah2 dulu. Best kan time sekolah. Tapi time sekolah dulu xde rasa best pun. Tambah time bergelar BUDAK ASRAMA. Memang boring. Semuanya ikut jadual.  Masa form 1-3 merasa la duduk hostel. Kdg2 rasa best. Kdg2 rsa xbest.  Masa form 1, 1st skolah dekat Tapah ie SM Hamid Khan. Tapi bukan kelas biasa. Aliran Arab lagi. Kononnya terer la. memang la terer dah kau sorang je yg ada basic arab. Al maklumla kan..time skolah rendah, pg g skolah biasa, ptg g skolah agama rakyat. Tu yg blaja bhasa arab tu. Tp kenangan je la. Skrg dh lupa. Takar nak ajar Achmad kira2 no dlm bhasa arab, bnda yg mudah2 tu boleh la. Kalu nak buat karangan, haram mmg xingt dah. Ni la kawan2 sekelas masa sekolah dekat Hamid Khan dulu. Semapat bersama slama 7 bulan je sbb lps tu dah pindah skolah. Kite no 2 dr kiri yg bdiri tu. Lepas skolah Hamid Khan, bln 8 pindah ke SMKA Slim River. Xtau la cmne boleh dapat pindah. Biasa la kan. Mesti la semua abah ...

~Voucher Survey Lagiiiii~

Image
Bulan lepas semangat nak jawab survey membuak2 datang kembali. Gigih menjawab semua survey2 yg dihantar oleh AIP. Tu la..kalu rajin menjawab survey2 yg dihntar, 2x sbulan boleh redeem point. Hasil tangkapan bulan lepas yg kedua. Tada.... Voucher Giant RM10 x 2 Lepas ni nak redeem point2 ke voucher Giant je la. Mau dah redeem ke voucher KFC sbb dh jemu mkn KFC. Voucher hri tu pn xguna lg. Kumpul point byk2, redeem ke voucher Giant. T blh beli brg xguna duit. Kan dah jimat. Ekonomi btl.. Tapi bulan ni semangat menurun utk jwb survey dsbbkan ksihatan tak memuaskan. Marilah kumpul semangat balik....Mari kumpul point.... Yeeeha

~Tabiat Ketika Sakit~

Image
Sakit..semua orang xnak sakit. Tapi kalu dah sakit, redha je la. Sakit tu penghapus dosa. Bila sakit, macam2 feel datang. Feel mengada, feel manja, feel pelik. "Buang tebian" kata Achmad. Ni dah 3 hari demam. Gara2 berjangkit dr Achmad. Si abah ckp "Kalu Achmad demam, t mesti mama dia pn akan demam" Nak buat cmne. Anak bujang tu kan anak manja mama.  Tabiat Achmad bila demam, mesti akan muntah. Tu macam tabiat mama masa kecik. Muntah sampai lembik.  Tapi dah tua ni xde la kot. Insya'Allah. Dah tua ni tabiat dah tukar. Masa x sihat je mesti nak duduk dalam bilik mandi. Duduk dalam bilik mandi lama2...sandar kat dinding, bukak air shower laju2...bg sampai kena kaki. Duduk la sampai mengeletar. Bila sampai seru baru la bangun, mandi. Konon amek semangat dr air tu bg sejuk badan, bagi segar la kunun... Bila sakit, duduk 'berehat' dalam bilik mandi ( xsemenggah btl. ada ka ddk berehat dlm bilik mandi) , mula la pikir, bestnya kalu bilik m...