Posts

Showing posts with the label Family

~ Aidil Fitri 2021, Kita Jaga Kita ~

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aznie harap kita semua dalam keadaan sihat.   Tahun ni tahun kedua kita semua meraikan Aidil Fitri di dalam keadaan dikelilingi wabak pandemik Covid 19. Jahat betul virus ni kan. Tak dapat kita semua maraikan Aidil Fitri kali ini sekali lagi bersama Ibu Bapa, Adik Beradik, Anak-Anak Saudara, Jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan.   Tapi rasanya tahun 2021 ni lagi teruk kan sebab kita semua di larang dari amalan berziarah walaupun jiran sebelah rumah demi menjaga keselamatan kita dan keluarga kita. Jadi kita duduk rumah, makan dan layan rancangan tv.  Makanya tahun ni, macam tahun lepas, Aznie meraikan Aidil Fitri bersama keluarga kecil Aznie. Aznie dikelilingi 3 hero pujaan dan kesayangan. Walaupun 3, rumah tetap tak sunyi dengan kerenah si kecik yang dah tak kecil. Tanpa dia, rumah akan sunyi. Ada je kerenah dia yang buat mama dan abah panas je. tengok la gambar raya pun. Rasanya ni la kot yang terbaik. ok la, ...

~ Salam Aidil Fitri 2020 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan semua. Semkga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Stay safe & stay health. Kita masih dalam fasa PKPB Covid 19. Jadi mari kita sama-sama melawan pandemik ini. Kita boleh, kita pasti menang. Tahun ni buat pertama kalinya kami beraya di rumah sendiri setelah 13 tahun perkahwinan. Waaaa... Bertungkus lumus mengemas rumah. Buat la persiapan serba sedikit sebab sepanjang perkahwinan tak pernah tukar sarung sofa, lapik meja semua. Nasib la zaman ada duit, semua dihujung jari. Pilih-pilih, bayar, zassss barang sampai rumah. Alhamdulillah. Persiapan kami sekeluarga sederhana sahaja. Banyak buat persiapan mengemas rumah sebab rumah kami jadi port. Maklum la kami kan suami isteri tukang masak. Jadi kena la lebihkan kemas rumah sebab nak jemput adik beradik suami datang. 3 orang je pun. Tapi takkan nak biar rumah berselerak kan. Tukang kemas rumah, suami la. Dia memang rajin mengemas. Baju raya pula hanya belikan utk Qabi...

~ Double Celebration ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih lagi dalam mood raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia serta dunia serta pembaca blog ini. Hari raya merupakan hari kemenangan kepada umat Islam melawan hawa nafsu. Bermula dari tahun 2016, raya pertama di sambut di rumah mama setelah Mak (ibu mertua) kembali ke rahmatullah. Tambah lagi lagi setlah abah juga kembali kepada penciptanya tahun 2017. Kami sebolehnya tak mahu mama sunyi dan sedih. Tahun ni yang beraya di rumah mama adalah family kami, Atam dan isteri serta adik Ooni (semestinya la sebab dia tak kawen lagi. Hehehe....) Sebahagian dari keluarga Mak Su Tema kami tahun ni hijau.......variasi hijau....tak de la nampak sedondon sepapan sangatkan. Keluarga kecil kami.Susah betul nak dapat gambar yang semenggah, Ada je spoilnya. Peluang bergambar berdua tidak boleh dilepaskan Tahun ini juga, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari yang sama ulang tahun kelahiran anak bujang...

~ Santai sekeluarga ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua sihat kan? Habis dah cuti sekolah seminggu. Ke mana anda semua? Kita cuti hari tu balik kampung sebab mama buat tahlil untuk arwah Abah. Diam tak diam dah 2 tahun abah meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk abah. Dah ada peluang bercuti, kita pun nak la luangkan masa dengan keluarga. Kebetulan ada 4 orang anak sedara dekat rumah, dah tak tau nak buat apa. Ajak la mama dan adik-adik yang ada pergi berkelah. Nak pergi Cameron mesti jalan jem. Mau ada yang lembik longlai nanti. Percutian yang singkat tapi menyeronokkan walaupun ada sedikit cerita tak best dan tak puas hato. Tapi, jangan biarkan parasit merosokkan mood kita kan. Nasib baik la yang tak best tu dah masa nak balik. Buat tak reti je la. Yang penting niat nak buat mama hepi. Perkelahan kami simple je. Semuanya on the spot. Kebetulan Alang tak bukak kedai sebab tukang masak cuti, Adik Oni pun cuti sebab konon nak pegi Penang tapi tak jadi, Acik pun baby yang dia jaga tak datang seb...

~ Mi Udang Pak Ya ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Tidak terlewat lagi rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga kita semua diberkati dan beroleh kesejahteraan yang berganda di tahun ini. Cuti sekolah dah habiskan. Mesti tak sabar nak plan untuk percutian seterusnya. Kalau dah namanya cuti, mood nak makan pun berganda. Habis semua diet yang diusahakan selama 11 bulan. Hahaha...konon sangat. Ok, sesi memenuhkan perut selepas balik dari Teluk Kemang diteruskan ke Pak Ya Bistro & Catering yang terletak di Ulu Slim, Slim River, Perak. Alah....google je. Lepas tu, waze pulak untuk tau arah ke sana. Senang je. Pak Ya Bistro & Catering ni pun ada Facebook tau. Cari je.  Gambar dari FB Pak Ya Bistro & Catering Kami ke sini disebabkan oleh......mama la. Dok bercerita sedap mi udang di sini, udang fresh, adik suka makan udang galah goreng. Mama ni jenis cerewet, kalau dia kata sedap, maknanya sedap. Maka kami pun bertolak la dari rumah mama ke Sl...

~ Santai Bersama Keluarga ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti 2018 sudah sampai penghujung. Kemana kawan-kawan semua meluangkan masa bersama anak-anak, bonda, adik beradik dan ahli keluarga? Mesti menarikkan dapat meluangkan masa bersama. Alhamdulillah, penghujung cuti kami dapat meluagkanasa bersama. Percutian tanpa dirancang. Bak kata omputeh 'on the spot'. Kebetulan adik bongsu pun ambil cuti hari sebelum Krismas, maka kami melarikan mama ke Teluk Kemang dan Teluk Batik.  Dah tak rancang, just bawa je bekal baju kalau ada homestay yang kosong. Kalau tak ada, selepas berkelah dan mandi manda di laut, balik la semula ke Sungkai untuk bermalam di teratak bonda tercinta. Kami bertolak dari Sungkai jam 11 pagi. Jalan memang tak tau. Ikut je la cik waze bagi arahan sebab yang pernah pergi sini mama, adik, Atam dan Arwah Abah. Arwah abah memang teror la bab jalan ni. Jalan Sabah pun dia boleh ingat walaupun lepas 10 tahun. Sampai di Teluk Kemang, Ya Allah...ramainya orang. Dah la deng...

KL Bird Park

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Ok, semalam cuti umum seluruh Malaysia sempena Deepavali kan. Apa aktiviti yang kawan-kawan lakukan? Melepak dirumah ke? Sempenan cuti umum semalam, sementelah dah bosan pusing mall, kami pergi ke KL Bird Park. Dah 11 tahun duduk di KL, tak pernah pergi pun. Semalam pun cuaca mendung dan semua ahli keluarga di dalam keadaan sihat. Sebenarnya dah lama plan nak pergi tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Tak dapat ambil gambar dekat pintu masuk, dekat photobooth pun jadi la asalkan ada perkataan KL Bird Park tu KL Bird Park terletak di Jalan Cenderawasih, berdekatan dengan Taman Botani dan Taman Orkid. Kami tak pergi pun sebab dah penat. Harga tiket masuk pula adalah : Dewasa (Standard) : RM 63 Kanak-kanak (Standard) : 42 Bagi pemegang MyKad dan Mykid, senang kata untuk warganegara Malaysia, lain pulak. Tapi kena tunjuk Mykad dengan Mykid tau untuk dapat harga di ...