Posts

Showing posts from June, 2019

~ Happy 39th Birthday....SAYANG ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan semua. Bulan Jun 2019 tinggal lagi seminggu je...Bulan ni juga ada lagi 1 keraian iaitu ulang tahun kelahiran sang Suami......wawawa.....ingatkan double celebration. Rupanya triple.  14-Jun-2019 genap sang suami 39 tahun. Alhamdulillah kami masih lagi diberikan peluang untuk menyambutnya bersama-sama. Sambutan bersama anak-anak je sebab suami ni bukan jenis kisah pun. Tapi kita mana nak tau dalam hati dia sebenanya kisah ke tak walaupun luaran nampak tak kisah kan. Just beli kek dan makan dengan anak-anak je. Kek coklat macam biasa. Tapi bukan kek aiskrim sebab pakat batuk.  Tapi sedap weh kek ni Abah dan Qayyim.  Selamat ulang tahun kelahiran, ABG. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dapat bersama kami semua hingga akhirnya. Insya'Allah. 

~ Ice Cream Cookies ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Masih dalam mood raya. So kita cerita lagi pasal biskut raya. Kali ni kita buat biskut kegemaran anak-anak. Kalau dah letak coklat dan manik gula tu, budak la yg suka kan. Biskut ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari cucu-cucu Mak Ndak masa mereka berkunjung ke rumah mama raya pertama hari tu. Menggodakan biskut ni. Dengan warna kuning terang, manik-manik gula berwarna. Memang kegemaran kanak-kanak Cara membuatnya pun mudah kerana tak perlu mixer bagai. Guna wisk je dah cukup. Ye la kan. Kita bukan nak buat kek yang perlukan nak pukul marjerin dengan gula sampai kembang berganda. Jadi kita kongsikan resepi untuk pembaca yang nak cuba untuk raya tahun depan (waaaa.....lambat lagi tu) Ice Cream Cookies Bahan :- 2 1/2 @ 3 cwn tepung gandum (masukkan dulu 2 cwn. Kalau dah ok, xperlu guna lg 1 cwn sbb sy guna cwn air jeeee) 1 sudu kecil baking powder 1 cawan tepung jagung 1 cwn marjerin 1 cwn gula halus 1 bj t

~ Double Celebration ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih lagi dalam mood raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia serta dunia serta pembaca blog ini. Hari raya merupakan hari kemenangan kepada umat Islam melawan hawa nafsu. Bermula dari tahun 2016, raya pertama di sambut di rumah mama setelah Mak (ibu mertua) kembali ke rahmatullah. Tambah lagi lagi setlah abah juga kembali kepada penciptanya tahun 2017. Kami sebolehnya tak mahu mama sunyi dan sedih. Tahun ni yang beraya di rumah mama adalah family kami, Atam dan isteri serta adik Ooni (semestinya la sebab dia tak kawen lagi. Hehehe....) Sebahagian dari keluarga Mak Su Tema kami tahun ni hijau.......variasi hijau....tak de la nampak sedondon sepapan sangatkan. Keluarga kecil kami.Susah betul nak dapat gambar yang semenggah, Ada je spoilnya. Peluang bergambar berdua tidak boleh dilepaskan Tahun ini juga, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari yang sama ulang tahun kelahiran anak bujang