Posts

Showing posts from February, 2019

~ Kek Gulung Marble ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Ada yang masih bercuti lagi ke sempena Tahun Baru Cina? Seronok kan menghabiskan masa bersama keluarga. Kami semua tak pergi mana pun cuti Tahun Baru Cina ni. Papa Bear pancit. Tak tau la salah urat ke gout. Atau mungkin kedua-duanya. Salah duduk pun boleh jadi sakit kat bahagian pinggul dia tu. Dulu pun pernah jadi camtu. Arwah Abah bawak pergi berurut, alhamdulillah baik. Tapi sekarang tukang urutnya pun dah meninggal dulu sebelum Abah. Al-Fatihah untuk Abah dan pak cik tukang urut. Oleh sebab tak pergi mana-mana, maka tangan pun gatal nak makan benda manis. Dah lama teringin nak buat kek gulung ni. Bahan semua ada. Memang la lagi gatal tangan. Telur pun ada....memang cantek la. Tu yang bahaya bila ada telur dan cuti tak pergi mana-mana tu. Mula la sesi menternak lemak pun bermula. Jadi kali ni kita cuba buat kek gulung. Resepi kita derhaka. resepi dari Cikgu Azlina yang femes tu. Resep