Posts

Showing posts from 2020

~ Salam Aidil Fitri 2020 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan semua. Semkga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Stay safe & stay health. Kita masih dalam fasa PKPB Covid 19. Jadi mari kita sama-sama melawan pandemik ini. Kita boleh, kita pasti menang. Tahun ni buat pertama kalinya kami beraya di rumah sendiri setelah 13 tahun perkahwinan. Waaaa... Bertungkus lumus mengemas rumah. Buat la persiapan serba sedikit sebab sepanjang perkahwinan tak pernah tukar sarung sofa, lapik meja semua. Nasib la zaman ada duit, semua dihujung jari. Pilih-pilih, bayar, zassss barang sampai rumah. Alhamdulillah. Persiapan kami sekeluarga sederhana sahaja. Banyak buat persiapan mengemas rumah sebab rumah kami jadi port. Maklum la kami kan suami isteri tukang masak. Jadi kena la lebihkan kemas rumah sebab nak jemput adik beradik suami datang. 3 orang je pun. Tapi takkan nak biar rumah berselerak kan. Tukang kemas rumah, suami la. Dia memang rajin mengemas. Baju raya pula hanya belikan utk Qabi

~ Variasi Ais Krim Homemade ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan di alam maya. Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan ni, diharap akwan-kawan semua mematuhi arahan kerajaan supaya kekal di rumah supaya kita dapat memutuskan rangkaian penularan penyakit Covid-19. Rasanya dah lama blog ni bersarang. Jadi kita godek blog ni pulak. Kali ni kita share Variasi Ais Krim Homemade yang kita buat sendiri. Bahan yang mudah sebab memang sentiasa ada stok di rumah. Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya yang mudah sangat. Seronok tau anak-anak bila ada stok asi krim ni. Rumah ni sekali buat tahan seminggu je. Ais Krim Homemade Bahan :- 500ml susu segar 1/2 tin susu pekat manis 3 sudu besar coffemate (kalau ada utk lebih rasa bersusu) 2 sudu besar ovellate  Esen vanila (kalau tak de pun tak pe) Bahan-bahan tambahan bagi menentukan perisa seperti :- - Milo - Coklat - Kopi - Oreo crumb - Hirisan badam - Pewarna makanan  Bahan hiasan seperti coklat urai, manik g

~ Bye Bye PRS.... Hello Prefect ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan Januari 2020 sudah berakhir dan bulan Febuari sudah menjelma. Sekejap je dah beralih bulan. Ada lagi ke yang masih kucar kacir? Mesti ada kan bila mana ada yang anak berubah jadual waktunya. Bermula dari bulan Febuari ni Abah kena kerja lebih sikit sebab Abang Qabil kena sampai sekolah sebelum 6.50 pagi sebab ada kelas tambahan Sinar pagi untuk calon UPSR 2020. Qayyim pulak kena sampai sekolah sebelum 7.20 pagi. Kena 2 trip la. Balik pun sama gak sebab Qayyim balik 11.30 pagi & Qabil balik 1.10 petang. Bulan 2 juga peralihan Qabil dari jawatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke Pengawas. Lantikan terlewat sebab ada faktor tertentu yang membuatkan Ustazah menariknya dari PRS ke Pengawas. Jadi budget tahun ni lebih sebab kena beli baju skolah 2 kali. Mama pasrah. Qabil Jan 2020 & Feb 2020 Mama harap Qabil berusaha bersungguh-sungguh. Doa mama sentiasa mengiringi langkah Qabil

~ Coffee Walnut Cake ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah masuk bulan ke 2 alam persekolahan. Mesti anak-anak dan ibu bapa dah membiasakan diri mengatur jadual harian untuk anak-anakkan. Lupakan jap hal anak-anak, kita layan tekak mak dia, Nak reward jugak untuk diri sendiri. Lama pulak tak buat kek..tangan gatal. Kali ni kita try resepi Coffee Walnut Cake dari Mimpicakes...Buat penggemar kopi, resepi ni mesti dicuba. Sedap, moist dan lembut. Tak rasa tercekik lah makan kek ni. Kek berperisa kopi dengan taburan walnut di atasnya memang mengasyikkan tatkala menjamahnya. Hilang seketika penat menguruskan kerja, keluarga dan anak-anak. Kawan-kawan mesti cuba resepi ni tau. Memang memang menyesal cuba buat sebab sedap dan rasa tak boleh berenti makan. Coffee Walnut Cake yang memggoda rasa Jom tengok resepinya. Bahan pun mudah. Kalau tak de walnut, tabut la kacang apa pun. Tapi tukar la nama dia ye Coffee Walnut Cake Bahan A 250gm Pure Butter 190gm caster sugar Esen vanilla 1

~Selamat Datang 2020 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat datang tahun 2020.  Banyak persiapan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk persekolahan anak-anak kan? Biasa la. Kita sebagai ibu bapa sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tahun 2020 ni Qabil dah menjejakkan kaki ke tahun 6. Tahun yang mencabar bagi alam sekolah rendah. Peperiksaan UPSR.....sekolah agama pulak, PSRA. 2 peperiksaan besar. Semoga Qabil dapat meneruskan kecemerlangan di tahun 2020. Si adik pulakkkkkkkkk....Qayyim da bom. Tahun ni Qayyim melangkah ke alam persekolahan rasmi. Pukul 7.20 pagi dah kena ada sekolah. Qayyim sekarang bersekolah sama dengan abang Qabil. Alhamdulillah. Merasa la sekolah sama dengan abang selama setahun.  Anak-anak mama dah besar. Sekerang ni semua kena keluar rumah pukul 7.05 pagi selewatnya kalau tak nak jem la kan sebab kena sampai sekolah sebelum 7.20 pagi. Mama pun pukul 7.30 pagi dah sampai ofis. Cemerlang betul. Wawawa...... Semoga anak-anak mama

~ Semoga Kau Terus Berjaya ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sesi persekolahan 2020 telah bermula. Pasti ibu bapa sibuk mengiriskan hal-hal pendaftaran anak-anak kan. Mama pun macam tu la. 2 bujang mama pun dah memulakan sesi persekolahan tahun 2020. Abang Qabil dah menjejakkan kaki ke tahun 6. Tahun bermulanya peperiksaan besar. UPSR dan PSRA.  Adik Qayyim pula menjejakkan kaki ke alam Pra Sekolah. Alhamdulillah, Qayyim dapat sekolah yang sama dengan abang.  Tahun yang mencabar. Tahun ni Qabil perlu berusahan lebih untuk melayakkan Qabil ke MRSM atau sekolah Sains yang Qabil impikan. Mama dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama. Kali ni mama lambat update. Mama ucapkan tahniah diatas kejayaan Qabil di dalam peperiksaan tahun 2019. Qabil berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan UPKK dan mendapat tempat pertama sekaligus menjadi pelajar terbaik aliran Qabil. Alhamdulillah Qabil berjaya menrangkul 5 anugerah termasuk terbaik di dalam matapelajaran sekaligus menjadi Tokoh Harapan