Posts

Showing posts from December, 2018

~ Santai Bersama Keluarga ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti 2018 sudah sampai penghujung. Kemana kawan-kawan semua meluangkan masa bersama anak-anak, bonda, adik beradik dan ahli keluarga? Mesti menarikkan dapat meluangkan masa bersama. Alhamdulillah, penghujung cuti kami dapat meluagkanasa bersama. Percutian tanpa dirancang. Bak kata omputeh 'on the spot'. Kebetulan adik bongsu pun ambil cuti hari sebelum Krismas, maka kami melarikan mama ke Teluk Kemang dan Teluk Batik.  Dah tak rancang, just bawa je bekal baju kalau ada homestay yang kosong. Kalau tak ada, selepas berkelah dan mandi manda di laut, balik la semula ke Sungkai untuk bermalam di teratak bonda tercinta. Kami bertolak dari Sungkai jam 11 pagi. Jalan memang tak tau. Ikut je la cik waze bagi arahan sebab yang pernah pergi sini mama, adik, Atam dan Arwah Abah. Arwah abah memang teror la bab jalan ni. Jalan Sabah pun dia boleh ingat walaupun lepas 10 tahun. Sampai di Teluk Kemang, Ya Allah...ramainya orang. Dah la deng

~ Acar Rampai ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharapkan semua kawan-kawan di dalam keadaan sihat. Cuti-cuti ni memang banyak jemputan kenduri. Dekat rumah pun macam-macam permintaan di tekak yang teringin nak makan makanan kenduri. Satu hari tu, cik abang tiba-tiba cakap teringin nak makan sayur yang macam dekat kenduri. Tapi dia tak bagi tau sayur apa. Dia hanya cakap macam acar yang letak biji sawi, yang ada timun tu. Jadi, automatik si isteri teringatkan acar rampai. Ala....benda mudah je rupanya. Bahan pun ada. Boleh la buat. Jadi tengahari tu, masak la acar rampai yang simple je. Makan dengan nasi putih sebab rumah ni kureng sikit nasi berperisa ni. Gu dengan ayam goreng je. Makan berdua je pun sebab Qabil dekat kampung. Jom kita tengok bahan-bahan dia. Tapi tak ada sukatan tau sebab lauk-lauk ni sebenarnya bahan dia ikut selera dan kuantiti. Acar Rampai Bahan kisar:- Cili kering Bawang merah Bawang putih Bahan lain :- Serbuk kari Biji sawi Cuka

~ Melangkah ke 4 tahun ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun ni anak ke 2 mama genap umur 4 tahun pada 19 Disember. Teringat detik-detik penghujung menunggu kelahiran Qayyim. Masa tu mama tengah stress, sedih dan nak balik kampung tengok Arwah tokwan yang dah sedar dari koma. 18 Disember 2014, mama pergi ke hospital sebab tak tahan sangat sakit 'contraction' masuk hari ke 3. Mama punya berdoa dan pujuk Qayyim supaya jangan keluar dulu sebab mama nak balik tengok tokwan sebab ikut perkiraan Qayyim akan lahir 1 Januari. Tapi, kuasa Allah melebihi segalanya. Tanggal 19 Disember 2014 jam 3.03 pagi Qayyim dilahirkan secara normal. Hari mama masuk hospital rupanya arwah tokwan dah dibenarkan keluar. Qayyim dilahirkan di Hospital Ampang. 3 hari mama menahan sakit contraction. Dan hari ke 3 mama pasrah pergi ke hospital. Masa cek up doktor tak galakkan mama bersalin normal. Jarak Qayyim dengan Abang Qabil terlalu jauh, 6 tahun dan abang Qabil dilahirkan secara pembedahan. Doktor bagi mama masa

~ Kasih Sayang Yang Tiada Sempadan.....Agnesia ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Dah masuk minggu kedua cuti sekolah. Rumah tunggang langgang tu biasa. Anak-anak bergaduh pun biasa.  Apa plan cuti sekolah mommy sekelian? Cuaca tak menentu kan sekarang ni Tambah kalau anak jenis kulit sensitif. Salah sikit je mula la bergaru.  Oleh itu, Agnesia Malaysia telah memperkenalkan Set Kasih Sayang. Dalam set ini Agnesia telah menawarkan 3 botol Mini Agnesia setipa satunya seberat 30g. Set Kasih Sayang ini menawarkan 3 haruman dalam 1 set iaitu Klasik yang mana yang kita semua sedia maklum, Lavender dan Ros. Dah ada bau baru....best betul.  Set Kasih Sayang dengan moto Kasih Sayang Yang Tiada Sempadan sesuai untuk perlindungan keluarga kita setiap hari. Haaa....kalau ada ruam tu, gatal ke tiba-tiba, sapu je. Memang selesa. Bedak Agnesia ini juga mengandungi 25% zinc oxide yang bertujuan menyerap kelembapan air yang berlebihan dan membantu mencegah ruam panas. Memang bagus untuk anak-anak yang jenis mudah berpelu