Posts

Showing posts with the label Qayyim

~Selamat Datang 2020 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat datang tahun 2020.  Banyak persiapan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk persekolahan anak-anak kan? Biasa la. Kita sebagai ibu bapa sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tahun 2020 ni Qabil dah menjejakkan kaki ke tahun 6. Tahun yang mencabar bagi alam sekolah rendah. Peperiksaan UPSR.....sekolah agama pulak, PSRA. 2 peperiksaan besar. Semoga Qabil dapat meneruskan kecemerlangan di tahun 2020. Si adik pulakkkkkkkkk....Qayyim da bom. Tahun ni Qayyim melangkah ke alam persekolahan rasmi. Pukul 7.20 pagi dah kena ada sekolah. Qayyim sekarang bersekolah sama dengan abang Qabil. Alhamdulillah. Merasa la sekolah sama dengan abang selama setahun.  Anak-anak mama dah besar. Sekerang ni semua kena keluar rumah pukul 7.05 pagi selewatnya kalau tak nak jem la kan sebab kena sampai sekolah sebelum 7.20 pagi. Mama pun pukul 7.30 pagi dah sampai ofis. Cemerlang betul. Wawawa...... Semoga anak-...

~ Bila Besar Nanti ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan semua. Anak-anak kita sekarang ni disekolah mesti musim peperiksaan akhir tahun kan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tenang, tepat dan padat. Tapi mama bukan nak cerita pasal periksa. Nak cerita pasal aktiviti sekolah Qayyim. Bulan lepas, sekolah Qayyim ada menjalankan aktiviti yang di panggil "When I Grow Up" atau dalam masa Melayunya "Bila Besar Nanti". Nak senang cerita, cita-cita saya la. Tu lagi senang. Balik-balik rumah, riuh suara si Qayyim ni bagitau yang teacer dia kata nanti kena pakai baju Askar ke, baju Doktor ke, Baju Bomba ke. So mama cakap la kat dia, adik pakai jubah, jadi ustaz dah la. Lagi pun ubah abang dia ada. Apa lagi, bising la si Kenit tu tak mau.Dia nak jadi Askar dia kata. Jadi gigih la mama cari. Nasin baik terjumpa dalam Shoppe dan seller tu boleh pos keesokan harinya. Alhamdulillah. Jadi mama dapat merealisasikan impian Qayyim nak p...

~ Melangkah ke 4 tahun ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun ni anak ke 2 mama genap umur 4 tahun pada 19 Disember. Teringat detik-detik penghujung menunggu kelahiran Qayyim. Masa tu mama tengah stress, sedih dan nak balik kampung tengok Arwah tokwan yang dah sedar dari koma. 18 Disember 2014, mama pergi ke hospital sebab tak tahan sangat sakit 'contraction' masuk hari ke 3. Mama punya berdoa dan pujuk Qayyim supaya jangan keluar dulu sebab mama nak balik tengok tokwan sebab ikut perkiraan Qayyim akan lahir 1 Januari. Tapi, kuasa Allah melebihi segalanya. Tanggal 19 Disember 2014 jam 3.03 pagi Qayyim dilahirkan secara normal. Hari mama masuk hospital rupanya arwah tokwan dah dibenarkan keluar. Qayyim dilahirkan di Hospital Ampang. 3 hari mama menahan sakit contraction. Dan hari ke 3 mama pasrah pergi ke hospital. Masa cek up doktor tak galakkan mama bersalin normal. Jarak Qayyim dengan Abang Qabil terlalu jauh, 6 tahun dan abang Qabil dilahirkan secara pembedahan. Doktor bagi mama masa ...

~ Homemade Playdoh ~

Image
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Selamat bersantai bersama keluarga yang tersayang. Apa aktiviti hujung minggu anda semua? Pergi bercuti atau menghabiskan masa bersama keluarga di rumah? Keluarga saya biasanya kalau hari Sabtu adalah hari mendobi. Hari Ahad pula, hari mencari barang dapur dan bawa anak-anak keluar. Kesian pula budak-budak ni. Isnin hingga Jumaat terperuk di sekolah dan nurseri je. So hari Ahad, bawa keluar walaupun hanya bawa pergi makan ais krim. Tak tau kenapa, hari ni si Qayyim dok berzikir nak playdoh je. Tambah pergi Mr. Diy nak beli barang. Tapi kami tak belikan pun sebab takut beli nanti dia main, masuk dalam mulut. Makanya mama pun alihkan perhatian dia dengan ais krim. Nampaknya berjaya buat masa sekarang. Jadi, boleh sambung beli barang. Misi ke Jusco sebenarnya nak beli telur sebab telur gred A murah di Jusco. Dah pergi Jusco, mesti la masuk Mr. Diy tu. Untuk masa sekarang, masalah zikir playdoh dah selesai. Bawa anak-anak makan dan bal...

~ 3 Tahun Umurmu..... ~

Image
Assalamualaikum. Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Saya dah 2 minggu batuk berkahak. Dalm berbotol ubat telan. Batuk sampai urat terseliuh..sakitnya la dada dan belakang ni. Sekarang tengah cuba minum lemon dengan madu. Dah 2 hari cuba. Nampak macam serasi je. Harap menjadi la. Tak larat dah batuk lama-lama. Perit rasanya.  SAKIT ITU PEMBASUH DOSA Alhamdulillah pada 19 Disember 2017, anak kedua mama masuk ke usia 3 tahun. Lagi 10 hari adik dah nak masuk sekolah 4 tahun. Tak pe la. Adik hebat. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 3 buat QAYYIM. Semoga adik menjadi anak yang terbaik buat keluarga kita. Adik dah besar kan.  Tahun ni mama buatkan kek coklat lagi untuk adik sambut birthday dengan kawan-kawan di nurseri. Lepas ni adik dah pindah nurseri yang ada sekolah. Mama buat kek coklat yang simple je. Cadang nak buat kek susu, tapi abah cakap budak-budak lebih suka kek coklat. Jadi...menunya kek coklat. Abah pula buatkan spegeti goreng sebab adi...

~ Dah 2 Tahun ? ~

Image
Assalamualaikum.. Salam Isnin, salam awal minggu. Hari ni 19-12-2016. Maka jam 3.03 pagi genap umur anakanda ke-2, Muhammad Qayyim Al Wafiq 2 tahun. Dah 2 tahun anak mama. Sekejap je masa berlalu. Fizikal adik kecik tapi....gaya adik dah macam budak besar. Bercakap....penat mama melayan. Selalu buat mama geram. Tapi marah tu reda bila adik ucap "aceh" (terima kasih) & "me-me" (sama-sama) bila dapat apa yang adik minta.  Adik memang suka bas & stereng. Sampaikan asyik nak main stereng Reza bila kita balik tumpang Auntie Bella.  Jadi....mama dah jumpa hadiah untuk adik...akhirnya jumpa di Eon Big. Punya lama cari.  Jangan rebut Reza punya dah tau. Kalau tak, naik kereta Auntie Bella dah tak mau turun. Mama doakan semoga adik sentiasa sihat, adik menjadi anak yang terbaik, adik berjaya dalam hidup adik. Mama nak adik sentiasa ingat yang mama sayangkan adik walaupun mama selalu marah adik sebab adik suka buat mama naik darah. Geram...

~ Fasa Membesar ~

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera. Semoga semuanya sihat & gembira menjalani kehidupan seharian.    Sekarang ni fasa anak-anak tengah membesar. So selera tengah ada. Qabil makanan dia senang, nasi & ayam. Sekarang ni baru nak makan mi goreng.  Qayyim pun tengah nak makan. Asyik nak g dapur nak bukak peti ais. Sampai sekarang peti ais tu kena lock. Huhuhuhu So mama sekarang rajin nak masak macam-macam cuppies untuk Qayyim bawak g skolah. Qabil macam biasa...nasik. Qabil & Qayyim. Masa baik mau la dia share dgn abang sebab yang abang dia nak, yang dia punya, dia tak bagi Qabil makan nasi & roti canai   Qayyim dgn nasi goreng.  Tak kisah la anak-anak nak makan apa. Mama dengan abah akan usaha buatkan. Yang penting, nak makan. Semoga anak-anak mama & abah sihat & ceria.

~ Dah besar dah dia ~

Image
Assalamualaikum.... Salam hari Khamis. Alhamdulillah skrg dah start hujan balik. Boleh dikatakan hari-hari KL hujan.  Haaaa....dah hujan mesti la sejukkan tido malam. Sapa yang ada anak kecik mesti dah biasa kena jemur tilam, kena basuh cadar hari-hari pun ada.  Qayyim pun macam tu la jugak. Bocor pampersnya. Mungkin jugak sbb sblm tido dah minum susu sebotol. Lepas tu kul 4 sebotol lagi. Tu tak masuk susu cap gantung lagi. Huhuhu...patutnya mamanya kena alert la kn kul 4 tu bagi susu, tukar pampers. Makanya....pagi tadi bangun si abahnya bagi tau Qayyim dah bocor. Huhuhu....kena la mandi ye nak sebelum g skolah. Takkan la nak g skolah bau hancing. Slalu kalu tak bocor pun mesti mama akan tukarkan pampers sebelum hantar g taska. Disebabkan terpaksa mandi awal, mama gigih naik ke bilik Abg Qabil untuk ambil baju tadika Abg utk bagi Qayyim pakai. Muat la walaupun besar cikit. Seluar longgar sikit. Mama jahit la pinggang tu sikit sebab mama eksited nak bagi Qay...

~Qayyim - Terserlah Keketuaanñya ~

Image
Assalamulaikum Bz bebenor tuan belog ni kan. Alhamdulillah, hari ni Qayyim genap 10 bulan. Setiap bulan adalah penuh cabaran. Tiap kali nak masuk bulan baru je, ada je olah dia. Nak masuk buln ke 10 ni lagi la punya cabaran. Dia xmau makan, nak melekat je. Menangis smpai serak suara. Tido pun macam main aci-aci je. Sungguh menguji kesabaran. Tapi nurseri cakap dekat nurseri baik je. Alahai adik, punya la nak melekat dengan mama ye. Sampaikan abang pun xboleh nak dekat dengan mama. Punya kuat cemburu adik. Adik terlalu manja dengan mama. Adik kuat cemburukan abang bila abang rapat dengan mama. Adik suka menyanyi & menari. Adik lasak & xserik. Abang lebih lembut & penyayang. Adik ni suka buli abang. Tapi adik suka sangat bila abang angkat dia. Mula la dia senyum lebar bila abang angkat dia. Adik...dah masuk 10 bulan ni mama harap adik behave ok. Jadi anak yang terbaik utk mama & abah serta adik yang terbaik utk abang. Semua orang sayang adik.

~Qayyim 3 bulan~

Image
Assalamualaikum Masa untuk membersihkan sawang. Kononnya la kan. Dah hampir sebulan masuk keje balik. Punya la menimbun keje. Qayyim pun dah 3 bulan. Kejap je masa berlalu.  Xde idea la nak cerita apa. Nanti la sambung

~ Ceaser atau Normal ~

Assalamualaikum.  Hari ni genap sbulan Qayyim dilahirkan. Makin besar, makin banyak akal.  Tapi bukan nak cakap pasal Qayyim.  Hari ni nak cakap pasal proses bersalin. Mana satu pilihan korang. Ada yang pilih ceaser, ada yang pilih normal. Terpulang pada individu.  Tapi....kita tak setuju if orang cakap bsalin tak sakit tak kira la kaedah mana pun.  Kalu dah nama bsalin, memang rasa sakit.  Kita dah melalui keduanya. Bsalin Qabil secara ceaser, bsalin Qayyim secara normal. Keduanya sakit terutama fasa contraction. Memang rasa tak nak beranak dah lepas tu. Masa bsalin Qabil, kita alami contraction selama 2 hri. Kemudian dah tak tahan, g Hospital Ampang. Jalan tbuka hanya 2 cm. Then doktor pecahkn air ketuban utk cepatkan jalan tbuka dan msukkn ubat utk buang air besar. Sampai ke petang jalan still xterbuka. Still 2 cm. So, kna operation sebab jantung Qabil dah lemah. Doktor bius sekerat badan. So masa operation tu memang sedar la. Dengar...

~Ahlan Wa Sahlan Qayyim ~

Image
Assalamualaikum.  Jumaat ni genap 2 minggu kelahiran putera ke 2 kami Muhammad Qayyim Al Wafiq bin Khairul Anuar. Alhamdulillah.  Qayyim dilahirkan secara normal pada 19/12/14 hari Jumaat pada jam 3.03 pagi di Hospital Ampang setelah mengalami contraction selama 3 hari. Proses kelahiran Qayyim agak mencabar kerana kelahiran si abang sebelum ini ada secara ceaser. Doktor hanya memberikan tempoh selama 8 jam untuk kelahiran secara normal. Jika lebih dari itu, perlu melalui pengalaman seperti si abang juga secara ceaser.  Akhirnya, segalanya telah selamat.  Alhamdulillah.