~ Kejayaan 2018, Qabil ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari pertama musim cuti telah bermula. Apa perancangan cuti sekolah anak-anak semua? Qabil dah selamat balik kampung ikut Auntie Norli dia. Tak bagi pun kesian jugak. Minggu- minggu terakhir sesi persekolahan adalah sesi meraikan pencapaian anak-anak kita. Mana yang berjaya meraih tempat, tahniah diucapkan. Mana yang kurang berjaya, boleh cuba lagi. Pembelajaran merupakan proses yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, pengakhiran sesia 2018 adalah peningkatan bagi Qabil. Memang mama terharu sangat sebab selalunya akhir tahun selalunya result menurun. Tapi tahun ni pencapaian Qabil meningkat sangat berbanding pertengahan tahun. Alhamdulillah. Mama memang dah cakap dekat Qabil dari lepas dapat result exam pertengahan tahun yang mama teringin nak tengok Qabil buat persembahan sebab Qabil ada mewakili sekolah di dalam persembahan Melodian di KLIA. Mama juga ada cakap yang mama nak tengok Qabil naik pentas lagi ambil hadiah...