Posts

~Happy Birthday to .....ME~

Image
Assalamualaikum Kembali bersiaran dalam penghujung Syawal.  Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menyambut ulang tahun kelahiran tahun ni. Ulang tahun ke berapa ?  Yang ke 34 tahun.  Alhamdulillah juga diberikn kesihatan yang baik. Kadang2 je pancit di sebabkan membawa seorang lagi khalifah Allah bersama2. Hope dapat bertahan sehingga akhirnya. Happy Birthday to ME!!!!!!!!

~Selamat Hari Raya Aidil Fitri~

Image
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI  MAAF ZAHIR DAN BATIN ~dari kami sekeluarga~

~Isteri Mengidam~

Image
Assalamualaikum Salam Ramadan. Huhuhu..dah ponteng puasa dah. Dah xcantik puasa, ada lubang, tapi bukan saja-sja kan. Dah terpaksa sampai badan menggigil sebab tak tahan sangat.  Pada suatu hari, seorang isteri yang xde selera makin akibat mengandung telah meminta si suami membelikan kue teow kerang, tanpa sayur. Pelik sang suami sebab setau dia si siteri tak makan kerang. Tapi di turutkan jugak, tapi...sedih sebab kue teow yang dibeli tak sedap. Maka, disebabkan rasa kasih kepada sang isteri yang tak ada selera makan, maka sang suami gigih menyediakan kue teow kerang seperti yang diminta si isteri. Hasil  air tangan sang suami untuk si isteri yang mengidam Macam orang dapat duit tu. Sedap sangat. Berjaya la habiskan sepinggang kue teow goreng. Kalu tak sebelum ni, sesenduk pun susah nak habiskan. Habis tau, puas hati betul. Kerang gemuk-gemuk Alhamdulillah. Ada jugak makanan masuk ke perut. Tq my Papa Bear.

~Sabarlah Sayang~

Image
Salam Ramadhan yang ke 5.  Hari ni hari ke 5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Tapi....hari ni dah 3 hari anak mama terpaksa ponteng puasa. Tak pe la. Qabil kecil lagi. Xberdosa pun kalu xpuasa. Yang penting Qabil solat. Qabil xboleh puasa sbb nak kena makan ubat sbb kena chicken pox. Kena makan ubat supaya cepat sihat.    Cian Qabil terpaksa ikut mama g ofis sbb nurseri tak nak bagi Qabil duduk sana. Kena cadangkan supaya nurseri buat bilik rawatan utk anak2 yg sakit supaya xde la ibu bapa kena usung anak ke ofis bila anak sakit . Rajin minum air kelapa ye sayang bagi cepat sihat. 

~Happy 6th Berthday, Qabil~

Image
Assalamualaikum Agak terlewat update post ni. Tapi xpe la.  Pada 8 Jun 2014 kami sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran anakanda yg tersayang yg ke-6 yg sepatutnya pada 5 Jun 2014. Tak pe lewat sikit. Sambuttan yang biasa je. Kek beli kek aiskrim sbb mamanya xlarat nak buat kek yg dijanjikan sebelum ni. Kek Aiskrim Coklat. Full with coklat. memang sedap tp xhabis lagi smpai skrg. Ada lagi dlm peti es. Terlupa sebanarnya.  Happy Birthday Qabil. Smoga Qabil menjadi anak yg terbaik untuk keluarga. LOVE U very much.

~Dulu vs Sekarang~

Assalamualaikum Sekarang usia kandungan masuk 9 minggu. Terasa perit sangat walaupun ini yang ditunggu. Memang berbeza sangat pengalaman mengandung kali kedua ni jika di bandungkan dengan Qabil. Mungkin faktor usia jugak. Ye la, dlu 20-an. Sekarang dah 30-an. Tenaga dah makin kurang. Alahan kali ni terlalu teruk. Badan terlalu lemah, lembik. Makan xde selera. Air pun boleh minum air sirap/sirap limau. Air 0 langsung xboleh nak masuk. Memang terasa teruk sangat. Makan asam pun xjalan utk hilangkan loya.  Mengandung kali ni jiga kerap ambil mc. Sekali mc sampai 3 hari. Memang terbaring je la. nasib baik ada Cik Abang yg memahami. Dia la yang masak semua. Nak harapkan isteri, memang xmakan la. Memang rasa terharu sangat.  Alahai...dah tak larat. Nak baring dulu... Babai.

~Fake Test~

Image
Assalamualaikum Mood sekarang jatuh merudum di sebabkan result yg diperolehi dr sebuah klinik ni. Dah la dalam keadaan badan yg xbermaya. Makan pun xlalu, memang rasa down sgt. Nak tau sebab pe? Ni la sebab dia v v v v Tengok betapa clearnya result upt ni. Ha...gambar atas ni hasil daripada buat test sniri dekat ofis setelah 12 hari delay period. Ok la kn. Alhamdulillah la. Cadang2 bln depan la baru nak g cek dkt klinik. So Isnin lepas, memang rasa xsihat sgt. Dengan makan xselera. Badan lak sekejap panas, sekejap sejuk. Maka ajak la Papa Bear g klinik sbb dah tak tahan ( ingat best ke g klinik? xbest langsung. Sebab terpaksa je tau ). Dekat klinik kena buat upt lg skali, tau apa result dia? v v v v Result test kat klinik Boleh bayangkan x betapa rasa luluh hati. Doktor tu xmau scan, alasan awal lagi, xnampak. Blood test pun xnak buat. Just bg MC & suruh datang balik 2 minggu lagi. Ko pk aku nak datang lagi ke klinik ko? Memang tak...