Posts

~Setia~

Image
Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. selalu update blog hari Jumaat sbb rasa hari jumaat yg free ckit. Sekarang ni kandungan dah msuk minggu ke 28. Makin besaq dah perut. Alhamdulillah, kandungan ke 2 ni, krem kaki ada la dalam 4-5 kali je stakat ni dan xseteruk macam masa mengandungkan Qabil dulu. Sebab pe? Sbb memang amalkan sebelum tido sapu bam panas. Bam apa nak tau? Mesti la bam dari Jamu Susuk Dara ie Medicated Deep Heat Lotion.  Ni la bam dia. Bau dia best Lepas sapu bam tu, harus pakai stokin. Memang amalkan sejak lps kena krem masa mula2 pregnen. Seksa ooooo...sakit sampai nangis2. Lepas tu memang amalkan sebelum tido sapu bam ni dari betis smpai ke tapak kai & lepas tu pakai stokin. Tapi memandangkan sekarang perut dah makin besaq. Nak tunduk pakai stokin pun dh susah, maka datanglah pertolonngan dari putera kecil. Tiap-tiap malam Qabil setia memakaikan stokin untuk mamanya. Ni la pembantu kecil yang setia Harap dapat meneruskan baki k...

~Anniversary dgn Homemade Chicken Chop~

Image
Assalamualaikum Kami kan baru je sambut anniversary yg ke 7. Tak ada la apa yang sepesel pun. Tak larat nak keluar. Jadi kami pasangan rajin memasak ( kononnya ), buat la Chicken chop utk sambut anniversary kami. Makan la kami bertiga seekor ayam tu tau buat. Potong 4 je ayam tu. Punya la tamak. Makan hingga tersandar kekenyangan. Buat sendiri memang puas. Kos baru sikit je. Cuma remeh sbb naik buang tulang ayam tu la. Jadi tugas siang ayam adalah tuang si suami & tugas isteri, buang tulang ayam sbb boleh buat sambil duduk. Plating mesti cantik, Beria tau Dah siap siang semua, isteri masih lagi tugas duduk, membedakkan ayam & sang suami tolong goreng. Tapi memang sedap sbb moist je ayam dalam serbuk roti tu.  Dah siap kita makan....ada cerita kelakar tau. Akibat kena makan 1/4 dari seekor ayam seorang, Qabil sampai mengigau2 kekenyangan. Siap ckp " Mama, Qabil kenyang ". Kesian budak tu. Resepi Chicken Chop + Sos Lada Hitam Chicken Chop 1 e...

~Happy 7th Anniversary~

Image
Assalamualaikum Salam kemerdekaan. Tema 31 Ogos 2014 adalah  'DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA' Cewah. Sesuai sekali tema tahun ni sbb kami pun menyambut ulang tahun perkahwinan pada tarikh yg sama iaitu 31 Ogos. Tahun 2014, genap 7 tahun usia perkahwinan kami. Percintaan kami juga bermula pada 31 Ogos 2001. Sebab itulah kami sepakat untuk mengabadikan percintaan kami ke alam perkahwinan juga pada tarikh yang sama. Alhamdulillah 31 Ogos 2007 jatuh pada hari Jumaat yg mulia. Kami di satukan dengan ikatan pernikahan sebelum solat Jumaat.  Alam percintaan banyak dugaan. Alam pertunangan banyak godaan. Huhuhu..alhamdulillah segala rintangan dapat dihalangi & kami akhirnya disatukan. Semoga ikatan kasih, sayang & cinta antara kami semakin kukuh dengan adanya cinta hati kami berdua Muhammad Qabillah Ulwan & insya'allah akan hadir ahli baru dalam keluarga kami. Doakan segalanya selamat. AMIN Gambar edit. Kami jarang ambil gambar berdua.

~Happy Birthday to .....ME~

Image
Assalamualaikum Kembali bersiaran dalam penghujung Syawal.  Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menyambut ulang tahun kelahiran tahun ni. Ulang tahun ke berapa ?  Yang ke 34 tahun.  Alhamdulillah juga diberikn kesihatan yang baik. Kadang2 je pancit di sebabkan membawa seorang lagi khalifah Allah bersama2. Hope dapat bertahan sehingga akhirnya. Happy Birthday to ME!!!!!!!!

~Selamat Hari Raya Aidil Fitri~

Image
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI  MAAF ZAHIR DAN BATIN ~dari kami sekeluarga~

~Isteri Mengidam~

Image
Assalamualaikum Salam Ramadan. Huhuhu..dah ponteng puasa dah. Dah xcantik puasa, ada lubang, tapi bukan saja-sja kan. Dah terpaksa sampai badan menggigil sebab tak tahan sangat.  Pada suatu hari, seorang isteri yang xde selera makin akibat mengandung telah meminta si suami membelikan kue teow kerang, tanpa sayur. Pelik sang suami sebab setau dia si siteri tak makan kerang. Tapi di turutkan jugak, tapi...sedih sebab kue teow yang dibeli tak sedap. Maka, disebabkan rasa kasih kepada sang isteri yang tak ada selera makan, maka sang suami gigih menyediakan kue teow kerang seperti yang diminta si isteri. Hasil  air tangan sang suami untuk si isteri yang mengidam Macam orang dapat duit tu. Sedap sangat. Berjaya la habiskan sepinggang kue teow goreng. Kalu tak sebelum ni, sesenduk pun susah nak habiskan. Habis tau, puas hati betul. Kerang gemuk-gemuk Alhamdulillah. Ada jugak makanan masuk ke perut. Tq my Papa Bear.

~Sabarlah Sayang~

Image
Salam Ramadhan yang ke 5.  Hari ni hari ke 5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Tapi....hari ni dah 3 hari anak mama terpaksa ponteng puasa. Tak pe la. Qabil kecil lagi. Xberdosa pun kalu xpuasa. Yang penting Qabil solat. Qabil xboleh puasa sbb nak kena makan ubat sbb kena chicken pox. Kena makan ubat supaya cepat sihat.    Cian Qabil terpaksa ikut mama g ofis sbb nurseri tak nak bagi Qabil duduk sana. Kena cadangkan supaya nurseri buat bilik rawatan utk anak2 yg sakit supaya xde la ibu bapa kena usung anak ke ofis bila anak sakit . Rajin minum air kelapa ye sayang bagi cepat sihat.