Posts

~ Janji ditepati .....Legoland....kami datang ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Macamana dengan cuti sekolah yang baru berlalu? Mesti masing-masing ada rancangan tersendiri bersama keluarha tersayang. Alhamdulillah, cuti sekolah seminggu pada bulan Mac lalu, kami sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke Legoland. Setahun mama kumpul duit nak ke Legoland ni sempena perjanjian dengan Qabil sempena peperiksaan akhir tahun lepas. Mama cakap, kalau Qabil dapat no 1 dalam exam akhir tahun dan semua subjek dapat A, mama akan bawa pergi ke Legoland. Ni semua gara-gara selalunya keputusan peperiksaan akhir tahun yang selalunya menurun. Alhamdulillah, Qabil berjaya. Jadi mama perlu menunaikan janji supaya Qabil lebih bersemangat dan berusaha lebih keras. Perangcangan awal nak pergi bulan 1. Tapi tengok promosi dan harga hotel, ditangguhkan. Bulan 2 pun mahal juga sebab cuti Tahun Baru Cina. Maka, lepas cuti Tahun Baru Cina, mama nekad booking hotel dan tiket awal untuk cuti sekolah di sana. Hahaha...nasib baik mama booki...

~ Muhammad Raihan Iskandar ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Habis sudah cuti sekolah selama 1 minggu. Sekejap je rasanya jika dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Haaa....tahun ni tahun kedatangan ahli baru dalam keluarga besar kami. Keluarga Abdul Aziz dan Hamisah. Kali ni, kedatangan ahli cilik yang kedua dalam tahun 2018. Tanggal 25 Febuari 2018 lahirlah seorang lagi ahli keluarga kami. Muhammad Raihan Iskandar, anak pertama Acik Hakim dan Cik Suria.  Selamat datang Raihan ke dalam keluarga kami. Semoga kehadiran Raihan menambahkan keceriaan dalam keluarga. Memperkenalkan....Muhammad Raihan Iskandar Ahlan wa sahlan.

~ Setahun berlalu tanpamu....ABAH ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan di bawah lindungan serta rahmat-Nya. Hari ni, tanggal 12 Mac 2018, genaplah setahun pemergian abah. Pemergian yang takkan kembali dan tiada gantinya. Kasih abah kami bawa hingga ke hujung nyawa. Tiada apa yang dapat kami persembahkan sebagai ganti pengorbanan serta kasih sayang yang abah curahkan. Hanya iringan doa serta bacaan Yaasin kami titipkan untuk abah di sana. Damailah abah di sana.  Al fatihah buat abah.

~ Coffee Caramel~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap kawan-kawan semua dalam keadaan sihat. Sekarang ni dah mula musim panas. Jadi, lebihkan minum air kosong untuk mengelakkan badan terhidrat dan kurang air. Panas-panas lat lit lat lit ni memang best makan benda yang sejuk-sejuk. Nyaman je lalu dekat tekak. Ni semua gara-gara tengok Martin Yan dalm AFC buat Gula Melaka Cappucina Caramel. Hahaha.... Maka terhasil la Coffee Caramel. Malas nak pi ketuk gula melaka bagi hancur. Ada ketoi yang besaq je. Lepas tu tak de cappucino, ada kopi 3in1 je. Belasah je la yang tu. Janji tak letak Kopi Anggun Pesona Susuk Dara dah la. Kang jadi lain pulak bila bagi cik abang makan karamel ni. Sedapnya la tengok. Jamu mata dulu. Resepi ni menggunakan kaedah bakar secara 'water bath' sebab cik abang tak suka yang kukus. Yang kulus ada lubang-lubang dia cakap. Uang bakar ni tekstur dia licin. Bak kata Chef Gordon Ramsay "Smooth like baby butt". Jangan kecam kay. Jom kita bele...

~ Wahidah Ezane ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat. Al maklum la sekarang ni masih lagi musim huja. Jadi penyakit seperti batuk, selsema dan demam mudah saja menghampiri. 12 Januari 2018, genap 10 bulan abah meninggalkan kami semua. Abah tetap dalam hati kami semua. Dalam mengingati abah, kami di sambut pula dengan berita kelahiran ahli keluarga baru. Kedatangan seorang puteri ke dalam keluarga kami. Cucu yang kesembilan dalam keluarga Abdul Aziz dan Hamishah. Wahidah Ezane, nama pilihan sang bonda kepada cucunya. Puteri kepada adinda Fitri dan Syazwani. Lahir pada 12 Januari 2018.  Selamat datang sang puteri. Semoga kehadiranmu menceriakan semua.

~ Selamat Ulang Tahun & Al Fatihah.....Abah.... ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya. Hehehe...ada ke pembaca? tak pe la. Sekadar nukilan aktiviti diri ini. Diharap kita semua berada di dalam keadaan sihat. 6 Januari dilalui setiap tahun dilalui dengan ucapan  "Happy birthday, ABAH. Semoga abah kembali sihat & bertenaga"sejak tahun 2007 hingga 2017. Selama 10 tahun kalimat itu sentiasa diucapkan.  Tapi...tahun 2018....ucapan itu diiringi dengan bacaan yasin dan ucapan "Selamat Ulang tahun kelahiran Abah. Semoga abah damai di sana & ditempatkan bersama insan yang beriman Tiada lagi sambutan, tiada lagi soalan abah nak makan pe hari ni. Hanya sepi yang menemani. Damailah abah di sana. Sesungguhnya kasih sayang Mama, Yong, adik-adik, menantu-menantu dan cucu-cucu sentiasa bersama abah. Gambar terakhir abah di Hospital Slim di mana abah menghembuskan nafas yang terakhir. Gambar di ambil pada 11 Mac 2017. Abah meniggalkan kami kerana komplikasi jantung.   A...

~ 3 Tahun Umurmu..... ~

Image
Assalamualaikum. Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Saya dah 2 minggu batuk berkahak. Dalm berbotol ubat telan. Batuk sampai urat terseliuh..sakitnya la dada dan belakang ni. Sekarang tengah cuba minum lemon dengan madu. Dah 2 hari cuba. Nampak macam serasi je. Harap menjadi la. Tak larat dah batuk lama-lama. Perit rasanya.  SAKIT ITU PEMBASUH DOSA Alhamdulillah pada 19 Disember 2017, anak kedua mama masuk ke usia 3 tahun. Lagi 10 hari adik dah nak masuk sekolah 4 tahun. Tak pe la. Adik hebat. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 3 buat QAYYIM. Semoga adik menjadi anak yang terbaik buat keluarga kita. Adik dah besar kan.  Tahun ni mama buatkan kek coklat lagi untuk adik sambut birthday dengan kawan-kawan di nurseri. Lepas ni adik dah pindah nurseri yang ada sekolah. Mama buat kek coklat yang simple je. Cadang nak buat kek susu, tapi abah cakap budak-budak lebih suka kek coklat. Jadi...menunya kek coklat. Abah pula buatkan spegeti goreng sebab adi...