Posts

~ Kejayaan 2018, Qabil ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari pertama musim cuti telah bermula. Apa perancangan cuti sekolah anak-anak semua? Qabil dah selamat balik kampung ikut Auntie Norli dia. Tak bagi pun kesian jugak. Minggu- minggu terakhir sesi persekolahan adalah sesi meraikan pencapaian anak-anak kita. Mana yang berjaya meraih tempat, tahniah diucapkan. Mana yang kurang berjaya, boleh cuba lagi. Pembelajaran merupakan proses yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, pengakhiran sesia 2018 adalah peningkatan bagi Qabil. Memang mama terharu sangat sebab selalunya akhir tahun selalunya result menurun. Tapi tahun ni pencapaian Qabil meningkat sangat berbanding pertengahan tahun. Alhamdulillah. Mama memang dah cakap dekat Qabil dari lepas dapat result exam pertengahan tahun yang mama teringin nak tengok Qabil buat persembahan sebab Qabil ada mewakili sekolah di dalam persembahan Melodian di KLIA. Mama juga ada cakap yang mama nak tengok Qabil naik pentas lagi ambil hadiah...

KL Bird Park

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Ok, semalam cuti umum seluruh Malaysia sempena Deepavali kan. Apa aktiviti yang kawan-kawan lakukan? Melepak dirumah ke? Sempenan cuti umum semalam, sementelah dah bosan pusing mall, kami pergi ke KL Bird Park. Dah 11 tahun duduk di KL, tak pernah pergi pun. Semalam pun cuaca mendung dan semua ahli keluarga di dalam keadaan sihat. Sebenarnya dah lama plan nak pergi tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Tak dapat ambil gambar dekat pintu masuk, dekat photobooth pun jadi la asalkan ada perkataan KL Bird Park tu KL Bird Park terletak di Jalan Cenderawasih, berdekatan dengan Taman Botani dan Taman Orkid. Kami tak pergi pun sebab dah penat. Harga tiket masuk pula adalah : Dewasa (Standard) : RM 63 Kanak-kanak (Standard) : 42 Bagi pemegang MyKad dan Mykid, senang kata untuk warganegara Malaysia, lain pulak. Tapi kena tunjuk Mykad dengan Mykid tau untuk dapat harga di ...

~ Salted Egg Chilli Crab ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Musim hujan datang lagi....bermakna dah nak dekat cuti sekolah. Mana-mana mak budak sekarang tengah berperang dok membebel dekat anak suruh belajar sebab dah nak periksa akhir tahun. Selalunya periksa akhir tahun ni yang jadi penentu boleh naik pentas ambil hadiah ke tak.  Ok...hari ni bukan nak cerita pasal anak periksa pun. Nak cerita pasal lauk yang dimasak semalam. Lama dah tak update resepi. Sekarang tuan tanah tengah dalam misi menguruskan badan. Jadi tak ada buat kek bagai sekarang ni. Mood pun kelaut semedang.  Hujung minggu tadi tak de nafsu nak makan luar. Bosan dah. Jadi misi menyepahkan dapur.  Si suami nak makan sup ekor....pegi ke Segi beli ekor lembu. Lepas tu pergi ke Aeonbig sebab nak beli seterika. Seterika rosak. Seterika spare jenis yang ringan, tak best. Buat guna untuk panaskan bunjut tuam pusat Qayyim masa besalin dulu. Jadi misi mencari seterika berat.  Dah dapat seterika, pergi bah...

~ Rindu Mama ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kita semua berada di dalam keadaan sihat terutamanya di dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Selalunya sekarang ni sebelah petang hujan akan turun membasahi bumi. Alhamdulillah, pada 13 September 2018 mama telah selamat kembali ke Malaysia dengan gelaran 'Hajjah'. Memang eksited sangat nak tunggu mama balik.  Mulanya mama dijadualkan sampai pada pukul 5.30 petang masa pergi dulu. Kemudian, 4 hari sebelum tarikh bertolak meninggalkan Jeddah, masa ketibaan bertukar ke pukul 9. 25 malam. Tak pe la kan.  Pukul 8.15 malam kami pergi ke KLIA untuk menjemput mama. Kami tu 3 orang je. Kita, Alang (adik lelaki sulung) dan Mak Ndak (kakak mama). Perjalanan dari rumah ke KLIA memakan masa lebih kurang 1 jam.  Alhamdulillah kami sampai ke KLIA jam 9.15 malam. Mencari juga tempat jemaah akan keluar sebab sepupu bagi tau Pintu 2. Rupanya dah ditukar ke Pintu Ketibaan Penumpang Domestik. Sampai di situ, papan ken...

~ 11 Tahun Bersamamu ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua sihat kan? Cuaca tak menentukan sekarang ni. Mudah untuk kita dan anak-anak demam. Tanggal 31 Ogos 2007 merupakan tarikh keramat peralihan fasa anak gadis kepada seorang isteri. Tarikh inilah status telah bertukar menjadi Puan.  Akad nikah.2 kali baru lepas Tema perkahwinan sebelah lelaki Alhamdulilah, perjalanan hidup kami bersama melangkau ke usia 11 tahun. Dalam 11 tahun melayari alam perkahwinan, kami telah dikurniakan 2 orang putera yang comel. Buah hati mama dan abah Selamat ulang tahun perkahwinan kita, Sayang...semoga kita sentiasa bersama hingga ke Jannah. Aminnnn

~ Bertambah setahun lagi ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kita semua berada di dalam lindungan Allah s.w.t. Aaminnnn.. Alhamdulillah tanggal 19 Ogos merupakan hari ulangtahun kelahiranku. Tahun ini genap usia 38 tahun. Seperti biasa, ulang tahun disambut secara sederhana bersama keluarga kecilku. Sekadar ucapan ingatan dari suami, anak-anak dan adik-adik. Mama tahun ni sibuk mengerjakan ibadah haji. Jadi, doakan mama semoga dikurniakan haji yang mabrur. Kek tahun ni pilihan anak-anak. Sorang nak kek coklat, sorang nak kek aiskrim. Jadi kita gabung jadi kek aiskrim coklat ditaja oleh cik Abang. Kena la posing dengan kek kan birthday mama Jamoca Almond Fudge by Baskin Robin. Serius sedap giler. Abaikan tobek tu, terlanggag peti ais masa nak simpan Alhamdulillah...semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki bersama keluarga tersayang.

~ Panggilan Kaabah ~

Image
Bulan Haji Telah tiba lagi Untuk kita menunaikan ibadah Haji di Baitullah.... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingat tak lagu di atas? Lupa dah. Rasa macam betul dah tu liriknya. Musim haji telah tiba lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tempat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Seramai 30,200 jemaah dari negara kita bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini mengikut sumber dari Tabung Haji. Penerbangan pertama telah pun berlepas pada 14 Julai 2018 dan penerbangan terakhir dijangka berlepas pada 14 Ogos 2018.  Alhamdulillah, tahun ini mama terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji. Mama berangkat ke Madinah pada 29 Julai 2018. Insya'Allah mama akan tiba di Malaysia pula pada 13 September 2018. 45 hari kami berjauhan dari mama.  Jelas terpancar keceriaan di wajah mama Buat pertama kalinya tahun ini jemaah haji dari Lembah Kelang dan sekitarnya berlepas dari tempat baru iaitu Kompleks TH Sepang...