Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Masih lagi dalam mood raya kan. Raya kan sebulan. Ada yang dah start puasa sunat ke? Mana yang berdiet tu, boleh sambung berpuasa untuk maintainkan berat badan. Sempena masih lagi dalam mood raya, kita upkan satu resepi biskut raya yang klasik iaitu Semperit Klasik yang menggunakan merjerin yang mak-mak kita guna dulu. Resepi ini adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang sangat terkenal dalam Facebook. Beliau sentiasa cuba mempelbagaokan resepi dan tidak lokek untuk berkongsi resepi tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Resepi ini memang sedap dan begitu gebu. Memang dah lama cari resepi semperit yang gebu macam ni sampaikan nak pegang pun kena berhati-hati.Suka sangat. Dah jatuh cinta dengan resepi semperit ni. Tahun depan boleh buat lagi. Tapi bercinta nak tekan bagi cantik. 1 adunan ni sampai 2 jam nak siapkannya gara-gara nak dapatkan bunga yang cantik. Tapi serius..memang berbaloi...digantikan kesedapan dan kenikmatan biskut ni. ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang dah mula musim hujan kan. Tengahari panas, petang je hujan. Jadi kawan-kawan jaga diri dan kesihatan elok-elok tau. Kalau rasa dah mula bersin-bersin, cuba minum lemon suam campur air panas. Petua ni kawan ofis yang bagi tau. Cuba la mana tau serasi. Kali ni kita sembang pasal Kek Keju Terbakar / Hangit aka Basque Burnt Cheesecake. Kek ni dah jadi fenomena tau dalam Instagram dan Facebook. Ramai yang dah cuba buat dan menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Nak tau sebabnya sebab kek ni guna bahan yang mahal oiiiii kalau nak dapatkan kek yang sedap. Saya tengok di bekeri dalam Intermark, sepotong RM 22 ringgit. Bayangkan la anak 5, beli sepotong, tak menangis ke dapat rasa sorang sesudu je. Jadi lebih baik buat sendiri. Saya cuba buat dulu loyang 5 inci sebab dekat rumah ni bukan penggemar kek. Maklum la kita sorang je perempuan. Yang lagi 3 org tu cucu cicit Hang Tuah. Jadi makan nasi dan cucoq je. Basque burnt cheese...
Salam Selasa yang aman. Cuaca pun redup je sempena menyambut puasa esok hari. Pagi ni godek2 la Cari Forum yang dah lama tak jengah. Terjumpa satu perkongsian ni dari Forumer lain. Rasanya info ni boleh di gunakan. Ye lakan...sbg pencinta kek, soda bikarbonat ni mesti ada kat rumah. Kadang2 tersimpan je. So lepas ni boleh la tau apa kegunaan Ni la dia soda bikarbonat. Ada macam2 jenama di pasaran Info dari Forum Cari - Petua & Kecantikan Perawatan rambut Tambah satu sudu teh baking soda ke dalam botol syampu yang biasa anda gunakan untuk menyingkirkan masalah rambut berminyak. Anda juga boleh menaburkan sedikit baking soda pada rambut kering anda dan kemudian menyisirnya untuk membantu mempertahankan kemilau rambut. Baking soda juga membantu dalam menghilangkan klorin dari rambut anda. Bilas rambut anda dengan campuran 1/2 sudu teh baking soda dan 1 cawan air untuk menghilangkan pigmentasi pada rambut yang umumnya disebabkan pengaruh klorin dalam air. ...
Comments
hahaa..