Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Masih lagi dalam mood raya kan. Raya kan sebulan. Ada yang dah start puasa sunat ke? Mana yang berdiet tu, boleh sambung berpuasa untuk maintainkan berat badan. Sempena masih lagi dalam mood raya, kita upkan satu resepi biskut raya yang klasik iaitu Semperit Klasik yang menggunakan merjerin yang mak-mak kita guna dulu. Resepi ini adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang sangat terkenal dalam Facebook. Beliau sentiasa cuba mempelbagaokan resepi dan tidak lokek untuk berkongsi resepi tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Resepi ini memang sedap dan begitu gebu. Memang dah lama cari resepi semperit yang gebu macam ni sampaikan nak pegang pun kena berhati-hati.Suka sangat. Dah jatuh cinta dengan resepi semperit ni. Tahun depan boleh buat lagi. Tapi bercinta nak tekan bagi cantik. 1 adunan ni sampai 2 jam nak siapkannya gara-gara nak dapatkan bunga yang cantik. Tapi serius..memang berbaloi...digantikan kesedapan dan kenikmatan biskut ni. ...
Assalamualaikum Kali ni saya nak review tentang homestay yang kami duduk minggu lepas. Hari Sabtu lepas, kami berangkat ke Banting, Morib bersama Mama, Mak Ndak (kakak mama), Alang satu keluarga dan anak-anak Nyah iaitu Maya dan Muqri. Plan kami adalah untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak adik Arwah Mak Tam iaitu Pak Anjang Di. Huhuhu..disebabkan semuanya dok betolak-tolak, semua hotel tak de kosong. Maka, bertawakal lah kami main terjah je. Pusing punya pusing masing-masing dah kepenatan. Anak-anak pun dah bising sebab lama sangat dalam kereta. Maka, Shira (isteri Alang) pun Google la. Terjumpa la web ni :- www.homestaymorib.com Web ni adalah kepunyaan Indah Morib Homestay. Dengan penuh aharapan, kami pun call la. Alang call tak berangkat. So...saya pun dengan semangat try call. Wallaaaa...sekali call terus dapat. Kebetulan masih ada apartment 2 bilik yang kosong tapi di tingkat atas. So, terus book dan minta arah untuk ke situ. Alhamdulillah....apartment tersebut...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rindu kepada nak menulis tapi masa selalu tak mengizinkan. Terlalu banyak komitment yang perlu ditunaikan. Harap kita semua sihat hendaknya. Pengerang.... Tahun ni dah 2 kali kita ke sana untuk kerja. Kali ni sebab nak kena attend meeting dengan client. Dapat la masuk dalam kawasan petronas. Tapi tak boleh ambil gambar ye. Bahaya tau. Musafir kali ni kita bermalam di Lotus Seaview Beach Resort, Pengerang. Resort ni nampak sunyi je. Yela kami 'check in' pukul 6 petang. Memang la sunyi. Mungkin orang lain tengah menghabiskan masa di pantai kami baru nak masuk. Papan tanda depan resort (masa ni dah nak balik. Cantik langit hari tu) Hari nak balik baru berpeluang ke pantai sebab hari kedua awal-awal pagi dah kena keluar sebab meeting...
Comments