~Biskut Raya Pertama 2013 - Biskut Conflakes~
Mood raya semakin terasa. Hari ni masuk hari ke 12 umat Islam seluruh dunia berpuasa. Di sebabkan hari Sabtu tak kerja,misi hari ni adalah membuat kuih raya. Kalu tak, bosan la melangut menunggu waktu berbuka puasa.
Sebenarnya biskut ni adalah rekaan disebabkan ada stok conflakes di rumah tapi telur dah habis. Pk punya pk, dapatla idea biskut tanpa telur. Biskut ni rasanya rapuh, rasanya seperti biskut kesihatan jenama IKO kata Papa Bear. Nampaknya menjadi la resepi rekaan sendiri.
Meh layan gambar dan resepinya.
Saja buat bentuk daun. Atas tu letak kuaci aka biji bunga matahari
Biskut Conflakes @ Azniezura
Bhn :-
1 cwn minyak sapi
3/4 cwn gula icing
1 cwn conflakes yg dikisar halus
1 cwn manik berwarna
1 cwn t. jagung
2 cwn t. gandum
Cara :-
1. Satukan gula dgn minyak sapi. Pukul hingga sebati (pakai wisk je)
2. Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum & gaul sebati
3. Masukkan t.gandum sedikit demi sedikit. Agak xmelekat d tangan, xperlu habiskan t. gandum. Kalu still melekat blh tambah t.gandum tp jangan terlalu keras
4. Canaikan adunan & bentukkan mengikut yg disukai. Boleh dihias ikut suka
5. Bakar suhu 170 darjah selama 20 minit / hingga masak ikut jenis oven
6. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas

Biskut ke dua yg akan menyusul...Semperit Susu....Tungguuuuuuuuuuuuuu
Comments