~Kuih Siput ...Testing~
Kuih Siput..Lama giler tak makan. Sebabnya...malas la nak gentel utk membuatnya. Bercinta ooo nak tenyeh dia. Lenguh. Tapi disebabkan Cik Abg nak..maka buat juga. Mula2 semangat la dia nak menenyeh..tapi last...tinggal la dok hadap sorang2. Nasib baik la dia dengan rela hati tolong goreng. Ok la kan. Kerja yang berat menjadi ringan.
Sebenarnya Cik Abg suka kuih siput yg keras. Gigi dia kuatkan. Dia siap bg tau awal2 xnk yg gebu. Ikutkan hati nak letak marjerin banyak2 sbb gebu sang la nak mkn. Kalu yang keras, dia sorg la mkn. Hakikatnya...mmg dia sorg yg mkn la sbb dia nak yg keras.
Alhamdulillah, menjadi juga kiuh siput ni. Dah bertahun2 xbuat. Lain kali blh buat lagi. Kalu rajin la.
Tada...ni la dia hasilnya. Wangi rempah masa goreng. Best
Kiuh Siputku....Macam2 bentuk sbb 3 org yg gentel tmasuk hero kecil
Meh tengok resepi dia. Mana tau boleh cuba
Kuih Siput
Bahan :-
1kg tepung gandum
7 sudu cili yg di blander dgn bawang putih & merah
6 sk garam
2 sb gula
1 sk serbuk pati ayam
3 sb serbuk kari ayam
1 bj telur
3 sb campuran jintan putih & jintan manis
Daun kari secukupnya cincang halus
1 ½ gelas air / secukupnya sampai xmelekat di tangan
Marjerin
Minyak utk menggoreng & daun kari utk goring spy wangi
Cara-cara :-
1. Campurkan semua bahan kecuali tepung, air dan merjerin. Kacau sebati
2. Masukkan tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit. Hingga adunan tak melekat di tangan.
3. Kemudian, masukkna merjerin sambil uli hingga licin. Kalu nak keras, letak marjerin sikit je. Kalu nak gebu, letak merjerin banyak.
4. Bentukkan dengan acuan kuih siput
5. Goreng hingga masak, sambil goring boleh masukkan daun kari untuk bagi lebih wangi
6. Sejukkan sebelum disimpan dlm bekas kedap udara

Comments