~Bersama Keluarga ~

Assalamualaikum
Sekejap je masa berlalu. Dah tengah bln Feb 2016. Tak terkejar rasanya. Tahun Baru Cina baru je lepas. Mesti ramai yang meluangkan masa bersama keluarga. 

Kali ni cuti balik ke Sungkai. Huhuhu... Gaya macam la byk sangat kampung. Pi mai pi mai, situ jugak la dah Cik Abg pn orang sana.

Sebenarnya aktiviti ni rancangnya nak pegi ke tempat lain nak bawak anak-anak mandi manda. Tetiba adik yg no 2 bagi idea g tempat ni. So gigih la call tanya pasal tiket & boleh bawak makanan ke tak.

Akhirnya.....
Kami di sini. Refarm Park.

Tempat ni baru je bukak. Tiket RM 10 utk dewasa & RM 5 utk kanak-kanak.


Boleh bawak makanan tau. Sebab tu kami datang sini.

Tempatnya selesa sebab tak ramai orang lagi. Kami boleh main air dengan aman.

Seronok anak-anak mandi. Dah ada anak kecik, maknya wajib basah la jugak.

Qabil dgn sepupunya Princess Maya & Ultraman Muqri

Si kecik pun tak ketinggalan. Main dekat kolam dewasa hokay. Apa kelas nak kolam budak-budak

Tengok ostrich pulak

Oh ya. Tempat ni ada buat macam zoo mini. Tapi tak complete lagi. Setakat ni ada ostrich, kambing, ikan, kura-kura, kuda, ayam dan itik.

Jom naik kambing

Laluannya dipayungi oleh pokok markisa

Secara keseluruhan... Tempat ni ok. Boleh datang lagi

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~