~ Asam Pedas Daging Tetel ~

Assalamualaikum
Salam Isnin. Still terasa mengantuk walaupun jam dah hampir 12 tengahari. Mana tak ngantuk. Lapar nih. 

Hari Sabtu adalah hari untuk cleaning dan mencuba resepi baru. Resepi yang dicuba adalah ASAM PEDAS DAGING TETEL. Kecur dah air liur. Tambah tengah lapar. First time cuba masa pegi Melaka hujunh tahun lepas. Makan dekat Pahlawan Mall. Sedap. Memang tak menyesal la try. Tapi harga tak ingat. Rasany harga dia ok. So kali ni nekad nal try masak sendiri.

Asam pedas daging tetel ni bahan basic dia macam asam pedas ikan jek. Cuma ada beberapa bahan yang ditambah untuk hilanglan dan kurangkan rasa daging yang kuat. Daging tetel tu pulak bermaksud daging yang ada lemak-lemak dan urat-urat yg kenyal-kenyal tu. Kalau daging saja tak berapa best.

Sedap oooo...tengok la kuah dia yang merah menggoda tu. Tak tahan...

Jom tengok bahan yang digunakan


Asam Pedas Daging Daging Tetel

Bahan :-
1kg daging tetel
Cili yg diblander dengan bawang putih & bawang merah - ikut suka nak pedas mana
2 sk serbuk lengkuas
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk ketumbar
1bj buah keras ditumbuk halus
5 sk belacan serbuk
2 sk serbuk kunyit
2 inci halia - dihiris nipis
5 batang serai diketuk
4 bj tomato
Daun kesum
Bunga kantan - dihiris nipis
Minyak untuk menumis
10 keping asam - ikut suka tahap masam
Garam secukup rasa

Cara :-
1. Rebuskan daging
2. Tumiskan halia & serai hingga kekuningan
3. Masukkan bahan blander & 2 biji tomato yg di potong halus. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ke dalam daging yang sedang direbus
4. Masukkan belacan, serta segala macam serbuk yang dinyatakan di dalam bahan di atas tadi. Kacau supaya semua serbuk tak berketul
5. Masukkan daun kesum, bunga kantan & asam keping. Biarkan sehingga daging empuk & kuah ikut suka nak banyak mana. Tapi kalau pekat lagi best
6. Apabila daging empuk, masukkan garam secukup rasa & 2 biji tomato yang dipotong 6 (nak potong 4 pun boleh)
7. Tutup api & boleh dihidangkan dengan nasi panas.


Selamat menjamu selera

Comments

Eh! Pop Media said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~