~ Upside Down Art Gallery Port Dickson ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa cerita hujung minggu anda semua? Semoga ianya penuh dengan keceriaan. Hujung minggu lalu, kami adik beradik bersama mama pergi melawat Tok Long di Port Dickson. Tok Long mendapat serangan stroke ketika mencabut rumput dirumah baru beliau. 4 bulan lepas beliau telah menjalani pembedahan membuang darah beku di Prince Court Hospital, KL. Alhamdulillah, Tok Long dalam proses pemulihan dan sudah boleh berjalan sedikit tanpa bantuan. Alang-alang dah pergi PD, mesti la mandi laut kan. Tapi tak ada gambar sebab tak ada jurugambar. Abah budak-budak ni tak ikut sebab ada aral, jadi mama la nak mengawal 2 beradik yang sukakan air ni. Si adik pun tak takutkan ombak. Berlari sendirian sambil di awasi mama. Pelangi selepas hujan di pagi Ahad di pantai Port Dickson. Cantik sangat. Dah lama tak tengok pelangi penuh Kami sekeluarga menginap di Corus Apartment. Memandangkan main terjah je, apartment yang kosong hanya tinggal yang 2 bi...