~ Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharapnya kita semua berada di dalam keadaan sihat.

Alhamdulillah, umat Islam di seluruh dunia telah sempurna menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Kita tiba saatnya kita meraikan kedatangan Syawal yang penuh mulia bagi meraikan kejayaan kita.

Syawal kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Syawal kali ini disambut tanpa seorang insan yang bergelar ABAH. 

Syawal kali ini genap 105 hari abah pergi meninggalkan kami semua. Walaubagaimanapun, kami semua redha dengan pemergian abah kerana abah telah lama bertarung dengan penyakit jantungnya. 

Orang yang paling terkesan sekali adalah mama. Kami semua sedaya upaya untuk mengembirakan mama di Syawal ini. Tapi...abah tetap dihati. Seringkali diungkap kegemaran abah tatkala Ramadhan dan Syawal. 

38 tahun 2 bulan 12 hari tempoh mereka bersama-sama. Segala pahit manis mereka tempuhi bersama.

Alhamdulillah, Syawal kali ini hampir kesemua adik-beradik berkumpul dirumah mama kecuali EE. Memang riuh rendah teratak mama dengan suara cucu-cucu dan anak-anak perempuan bergurau senda sambil usik mengusik mama. Tambahan pula mama jenis melatah, lagi la gamat suasana.

My big family. Semua cucu mama ada bersama

My family. Pink Theme. Susah betulla budak kecik ni nak pandang kamera

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin






Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~