~ Family Time..... Zoo Negara ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Di harap semuanya dalam keadaan sihat.

Lenguhnya kaki dan tangan. Dah lama tak buat aktiviti berjalan lama macam ni. Aktiviti apa??? Tawaf Zoo Negara. Almaklum lah kan....anak dah 2. Dah 10 tahun menetap di KL, sekalipun tak pernah jejak ke Zoo Negara ni. Sementara Qabil masih lagi boleh enjoy ke tempat macam ni, boleh la bawa. Nanti dia dah besar, mesti dia bosan dengan tempat macam ni.

Zoo adalah pilihan terakhir sebab cuaca pada awal pagi tu nampak macam nak hujan. Lagi pun takut jugak Mr H sakit kaki. Masuk Zoo kena la banyak berjalan kan. Mr H dah la baru baik dari sihat.Tapi alhamdulillah, hajat dapat ditunaikan untuk bawa anak-anak ke Zoo Negara.

Selamat datang ke Zoo Negara. Ni bukan selamat datang..ni dah selamat pulang. Amek gambar dah habis jelajah Zoo. Tu yang budak baju merah tu main duduk je depan-depan zoo tu. Dah petang tak de orang. Dia pun dah kepenatan berjalan.

Tiket masuk untuk Warganegara Malaysia yang dewasa adalah RM 44 dan kanak-kanak 3 tahun ke atas adalah RM 16. Jadi, jumlah semua yang kami bayar untuk 2 dewasa dan seorang kanak-kanak adalah RM 104. Qayyim macam biasa la. Masih lagi percuma.

Masuk-masuk je kami di sambut oleh......

Comel awak ye.... yang besar-besar duduk belakang..dah bosan kot jadi tarikan

Adik dok mengintai Timmy si kambing. Suka la dia. Selalu tengok kartun je
Besar tau ikan ni. Ada la sebesar Qayyim

Mr H dok belek kamera. Time ni la kamera error la. Penat je usung kamera berat. Naseb baik la henpon ada kamera. Tu la....8 bulan kamera tu dok tersepuk dalam beg

Besarnya buaya ni. Telan manusia boleh ni

Abang berani pegang binatang. Adik penakut. harap je konon ganas

Dok tunggu beruang ni berdiri. Dapat jugak tengok live. Hahaha..tinggi tau beruang ni. Boleh la dia telan kepala kita. Beruang ni di pagar dengan kabel elektrik. Takut nanti dia panjat sangkar dia lari keluar. Naya...

Adik suka betul la tengok tikus terbesar di dunia ni. Mr H bagitau Anakonda suka makan tikus ni. Besaq macam khinzir tau.

Ni la tikus tu. Tak nampak macam tikus pun kan? 

Kali kedua pusing baru nampak ko keluar dari kolam ye badak...Ni pun dia on d way nak masuk kolam balik

Anak monyet ni lapar. Dok sua tangan kutil daun luar kandang dia. Suka la adik tengok aksi anak monyet ni

Lagu tau di bergayut. Dah pro la tu

Tak sempat nak ambil gambar Qabil usap kuda ni. Ramai orang dok nak usap sebab dia jinak

Quek quek..terkedek-kedek awak...nak pergi mana tu???
Ni Tally...kawan Didi...

 Adik tak mau pandang depan. Syok tengok Zirafah

Stop jap dekat landmark taman burung

Mama pun nak jugak. Acah berani dengan patung burung boleh la

Burung bangau dan flamingo memang banyak berkeliaran. Yang ni memang dapat tangkap gambar dia jarak dekat

Burung tu takut dengan adik la. 
"Dia lari..." adik dok cakap. Sian adik

Ni burung unta. Otak burung unta hanya sebesar matanya sahaja

Burung merak ni pemalu. Dia tak bongkak menunjukkan ekornya yang cantik bila ada orang

Pak belang yang kepanasan. Bestnya dapat berendam. Memang terasa berhaba walaupun cuaca hari ni agak mendung.

Ada gaya Abang Ngah kawasan tak? Background dah ganas

Haaaaa....ni la harimau albino. Badan dia kaler putih. Tapi belang dia still hitam la tau

Waktu dah hampir pukul 4. Alamak...kena jalan cepat sebab tak tengok Panda lagi ni. Wajib pegi tengok panda tau sebab tiket dah termasuk sekali. Dah tak asing dah macam dulu. Tempat panda ni tutup pukul 4.30. 

Kita amek gambar dengan maskot Panda dulu. Panda dush....panda sleep...panda cute...panda kiss...hug panda. Banyak la kau abang kamera man

Masuk je tempat panda ni..lega. Aircond....tapi kena taklimat dulu.

1. Dilarang membuat bising..nak tau kenapa? Nanti tengok
2. Dilarang menggunakan flash untuk menganbil gambar
3. Dilarang makan dan minum di dalam ni

Dah macam nak masuk dewan periksa dah gayanya sebab banya sangat dilarangnya.

Ni la sebabnya di larang bising. Membuta je kejenya. Patutnya gemok. Yang ni betina. Comel ceket

Ni jantan. Masuk tadi ko bagi bontot ek. Ni baru nak pusing. Tido pun dok sengeh

Bukti tau dah tengok panda...tu ha belakang tu panda

Kena la amek gambar Mr H jugak Mr H ni my Papa Bear. Tukar la...my Panda....

Adik memang khusyuk tengok segala binatang sampaikan panggil nak amek gambar pun tak toleh

Ni pulak yg panda boy....

Ni menua harian panda. Habis la buluh nak buat lemang lepas ni. Sehari makan 25kg buluh betong. Patut la dah tak wujud anak buluh betong dah

Selain tu, Panda ni pun makan kek tau. Ingat manusia je ke makan kek. Kerlas kau Panda.

Ni la rupa kek untuk panda. Macam rupa kuih bulan pulak. Berbeza bentuk je. Kuih bulan bentuknya bulat. Kek Panda ni segiempat sama sisi

Ni pulak ramuan kek untuk panda...Sapa-sapa terasa dia geng panda, boleh cuba buat
 
Jam menunjukkan ke angka 5. Berakhirlah sudah lawatan kami hari ini. Zoo pun tutup pukul 5.30...sambil berjalan melanggang kepenatan menuju ke kereta. Hari pun dah makin gelap. Jom cari tempat makan...tak larat dah nak masak. Balik kita tidur je sebab esok sekolah dah nak buka balik.

Bye Zoo Negara










Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~