~ Melangkah ke 4 tahun ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun ni anak ke 2 mama genap umur 4 tahun pada 19 Disember. Teringat detik-detik penghujung menunggu kelahiran Qayyim. Masa tu mama tengah stress, sedih dan nak balik kampung tengok Arwah tokwan yang dah sedar dari koma. 18 Disember 2014, mama pergi ke hospital sebab tak tahan sangat sakit 'contraction' masuk hari ke 3. Mama punya berdoa dan pujuk Qayyim supaya jangan keluar dulu sebab mama nak balik tengok tokwan sebab ikut perkiraan Qayyim akan lahir 1 Januari. Tapi, kuasa Allah melebihi segalanya. Tanggal 19 Disember 2014 jam 3.03 pagi Qayyim dilahirkan secara normal. Hari mama masuk hospital rupanya arwah tokwan dah dibenarkan keluar.

Qayyim dilahirkan di Hospital Ampang. 3 hari mama menahan sakit contraction. Dan hari ke 3 mama pasrah pergi ke hospital. Masa cek up doktor tak galakkan mama bersalin normal. Jarak Qayyim dengan Abang Qabil terlalu jauh, 6 tahun dan abang Qabil dilahirkan secara pembedahan. Doktor bagi mama masa 8 jam sahaja. Kalau Qayyim tak lahir juga, mama kena lahirkan Qayyim secara pembedahan.

Alhamdulillah, Qayyim dengar cakap mama. Dalam pukul 12 tengah malam, doktor cek bukaan dan minta mama telefon abah supaya abah datang. Kesian abah, baru nak berehat perlu bersiap dan keluar semula ko hospital. Masa menunggu dari abah perlu balik pukul 7 malam tu, memang la sakit sebab abah tak boleh teman. Nostalgia betul.

Abah samapai hospital dah tak ingat dah pukul berapa. Tapi bukan jauh pum. Dalam 20 minit je. Abah masuk ke bilik bersalin meneman dan menenangkan mana yang semakin sakit. Alhamdulillah, Qayyim dengar permintaan mama. Qayyim bersalin secara normal. 

Penghujung 2018 Qayyim menginjak ke umur 4 tahun. Lebih kurang 12 hari lagi Qayyim dah nak masuk sekolah semula kelas 5 tahun. Tak pe la kan. Qayyim hebat. 

Tahun ni mama berpeluang buat kek untuk Qayyim sambut di sekolah. Kek tema 'Construction' menjadi pilihan sebab Qayyim suka lori semua tu. Tambah pula Qayyim pun ada 'safety helmet'.

Construction theme cake. Chocalate dan vanila cake with chocolate buttercream.

Besday boy kena pakai safety helmet. Susah betul budak ni nak tengok kamera

Sambut di sekolah

Dengan kawan-kawan

Kali ni mama cipta kelainan. 'Goodies bag' untuk kawan-kawan Qayyim, mama isi dengan susu kotak coklat dan roti Gardenia coklat. Mama nak ubah tradisi 'goodies bag' yang selalu Qayyim terima berisi makanan ringan dan gula-gula. Harap idea mama membuka mata ibu bapa lain.

Susu dan roti coklat. Budak-budak kan suka perisa coklat. Nak beli perisa strawberi takut ada yang dapat tak makan macam mama

Semoga Qayyim menjadi anak yang terbaik, anak yang soleh, anak yang berjaya. Mama saaayang Adik.

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~