Posts

~Kek Cheese Leleh~

Image
Assalamualaikum Proses mencuci sawang la...Wawawa...Cuci sawang 6 bln skali...X patut sungguh. Dah la slalu cuci sawang plus skali cuci perut...Lagi la x patut. Kali ni kita cuci perut dengan..... Kek  Cheese Leleh Memang meleleh2 lemak bertambah tu... Memang dah lama nak buat. Kek dia pakai la kek apa pun xkisah. Yang buat ni dlam dia kek pandan + jagung.  Yang penting heese leleh dia. Walla...tbayang-bayang je lebihan kek time g keje buat x sabar nak balik makan. Resepi Cheese Leleh :- 250g cream cheese 1/2 cwn sus pekat manis 1/4 cwn whipping cream 1/4 cwn susu cair ( boleh tambah kalau nak lebih leleh) - Blander je smua semua bahan hinga sebati. Tuang je atas kek tu Topping dia Parut kan cheddar cheese ke atas dia. Banyak mama? Ikut sedap tekak la. Nak habiskan sebuku pun boleh. Yg ni pakai 1/2 buku je. Misi seterusnya..Kek coklat moist cheese leleh...Waa...dah tbayang2 ni...

~Bersama Keluarga ~

Image
Assalamualaikum Sekejap je masa berlalu. Dah tengah bln Feb 2016. Tak terkejar rasanya. Tahun Baru Cina baru je lepas. Mesti ramai yang meluangkan masa bersama keluarga.  Kali ni cuti balik ke Sungkai. Huhuhu... Gaya macam la byk sangat kampung. Pi mai pi mai, situ jugak la dah Cik Abg pn orang sana. Sebenarnya aktiviti ni rancangnya nak pegi ke tempat lain nak bawak anak-anak mandi manda. Tetiba adik yg no 2 bagi idea g tempat ni. So gigih la call tanya pasal tiket & boleh bawak makanan ke tak. Akhirnya..... Kami di sini. Refarm Park. Tempat ni baru je bukak. Tiket RM 10 utk dewasa & RM 5 utk kanak-kanak. Boleh bawak makanan tau. Sebab tu kami datang sini. Tempatnya selesa sebab tak ramai orang lagi. Kami boleh main air dengan aman. Seronok anak-anak mandi. Dah ada anak kecik, maknya wajib basah la jugak. Qabil dgn sepupunya Princess Maya & Ultraman Muqri Si kecik pun tak ketinggalan. Main dekat kolam dewasa hokay. A...

~Satu Permulaan ~

Image
Assalamualaikum Jumaat minggu lepas diadakan Hari Penyampaian Hadiah Kecermelangan Skolah Agama Qabil. Alhamdulillah, ada peningkatan di dalam pelajaran Qabil. Majlis sekali dgn khatam Quran murid tahun 6 Qabil dapat no 3 Keputusan exam Qabil Qabil dgn kawannya Semoga Qabil lebih berjaya di masa hadapan

~Chewy Goey Red Velvet Brownies ~

Image
Assalamualaikum Dah lama tak update resepi. Jarang dah buat resepi yg susah skrg ni. Bebaru ni try buat brownies ni. Resepi dah lama simpan. Amek dr blog Ruzaz HomeCreation rsanya. Sbb dok message tuan resepi ni guna fb je. Serious Brownies ni memang sedap. Sukatan gula yg digunakan pun memang dah ok dah bagi yg xsuka manis. Tapi... Yg paling best, xterasa pun kewujudan cuka dlm brownies ni sbb slalu beli Red Velvet mesti rasa cuka kuat. Boleh guna apa saja jenis cuka. Tapi kat rumah just ada cuka epal, so pakai yg tu je la. Tengok la kaler dia yg menggoda. Fuh.. Hancur diet Mak...  Chewy Goey Red Velvet Brownies Bahan :- 57g dark coklat 200g butter 1 1/2cwn gula halus 2sb pewarna merah 2sk esen vanila 2sk cuka  4bj telur Secubit garam* 2cwn t.gandum* 1sk baking powder* * ayakkan bersama Walnut / kekacang Cara:- -Cairkan coklat dgn butter. Guna microwave je snang. Kacau sebati -Masukkn gula. Kacau lagi -Masukkn esen, pewarna...

~Berhibur bersama Keluarga ~

Image
Assalamualaikum.. Alhamdulillah minggu lepas dapat  peluang untuk bercuti panjang. Jadi, kesempatan yg ada digunakan untuk bawa Qabil pergi main air. Memang dah lama tak bawak dia pergi berjalan sejak dari alahan mengandungkan Qayyim. Destinasi kali ini adalah Sg. Klah Hot Spring Park. Tempat ni ada kolam air sejuk dan kolam air panas. Tiket masuk RM 15 utk dewasa & RM 12 utk kanak-kanak.  Memang seronok Qabil mandi di kolam air sejuk. Qayyim pun suka. Smpai mngeletar pun still nak main air. Gembira tengok Qabil gembira Siap request nak mandi dgn mama smpai sruh Abah pegang adik Qayyim nangis kena duduk dgn Abah sbb nak main air lagi Qayyim pun seronok dapat main air Berendam di kolam air panas pulak Gambar di cendawan kat kolam air panas Alhamdulillah... Gembira melihat anak-anak gembira.

~Qayyim - Terserlah Keketuaanñya ~

Image
Assalamulaikum Bz bebenor tuan belog ni kan. Alhamdulillah, hari ni Qayyim genap 10 bulan. Setiap bulan adalah penuh cabaran. Tiap kali nak masuk bulan baru je, ada je olah dia. Nak masuk buln ke 10 ni lagi la punya cabaran. Dia xmau makan, nak melekat je. Menangis smpai serak suara. Tido pun macam main aci-aci je. Sungguh menguji kesabaran. Tapi nurseri cakap dekat nurseri baik je. Alahai adik, punya la nak melekat dengan mama ye. Sampaikan abang pun xboleh nak dekat dengan mama. Punya kuat cemburu adik. Adik terlalu manja dengan mama. Adik kuat cemburukan abang bila abang rapat dengan mama. Adik suka menyanyi & menari. Adik lasak & xserik. Abang lebih lembut & penyayang. Adik ni suka buli abang. Tapi adik suka sangat bila abang angkat dia. Mula la dia senyum lebar bila abang angkat dia. Adik...dah masuk 10 bulan ni mama harap adik behave ok. Jadi anak yang terbaik utk mama & abah serta adik yang terbaik utk abang. Semua orang sayang adik.

~Panggilan Tanah Suci~

Image
Assalamualaikum..... Cuci sawang..... Alhamdulillah abah & mama selamat sampai dr menunaikan umrah pd 12-4-2015. Mama selesema cikit, abah la penat sangat. Keadaan di Mekah panas & kering. Sebab tu la abah penat & demam. Abah & mama berangkat pada 1-4-15.