Posts

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

Image
Assalamualaikum Sapu sawang sebulan dua tiga kali ok la kot kan.... Kali ni kita muncul dengan Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe. Dah jatuh chenta dengan kek ni. Sedap ya amat rasanya masa try beli dekat Secter Receipe tahun lepas..haaa..ingat lagi tu rasa dia walaupun makan tahun lepas...padahal tahun 2016 baru berlalu dalam 20 hari.  Disebabkan dah jatuh chenta dengan kek ni, maka gigih la mencari dari en Goole resepi dia. mahal oiii sekeping kek ni beli dari Secret Receipe tau. Godek punya godek, jumpa resepi dalam web Kraft. Senang ya amat.  So check it out resepi dia. Tengok kaler dia yang menggoda tuh....cair deit kay... Cream Brulee' Cheesecake Resepi asal dr web Kraft Olahan ikut tekak Azniezura Loyang 6 inci Bahan based :- 20 keping biskut tiger - dihancurkan  2 sudu besar butter - dicairkan - satukan biskut dengan butter cair & gaul sebati - masukkan ke dalam loyang & ratakan hingga padat - bakar seb...

~ Selamat Pengantin Baru EE & Wani ~

Image
Assalamualaikum Salam Tahun Baru 2017. Dok tersasul lagi tulis 2016 ye dak? Lama bercuti. Mood pun agak lemau. Saja menghabiskan cuti tahunan sempena adik kahwin. Pada 23 Disember 2016, maka berakhirlah zaman bujang adikku EE dengan pilihan hatinya Wani. Majlis akad nikah dijalankan di masjid Sungkai. EE ni anak ke-5 dalam keluarga. Debor nak salam tok kadi. Tapi EE still win..sekali je lepas beb   Sarung gelang. Kitaorg memang gelang time nikah sebab cincin dah guna 2 ie time merisik dgn time bertunang   Maka...settle la nikah dema.   Majlis kenduri pulak di adakan pada 25 Disember 2016. Tema English Style. Terbelit lidah den.   Lawa sangat pelamin dia.    Ok lah...penat la...   Semoga berkekalan hingga akhirnya....     

~ Dah 2 Tahun ? ~

Image
Assalamualaikum.. Salam Isnin, salam awal minggu. Hari ni 19-12-2016. Maka jam 3.03 pagi genap umur anakanda ke-2, Muhammad Qayyim Al Wafiq 2 tahun. Dah 2 tahun anak mama. Sekejap je masa berlalu. Fizikal adik kecik tapi....gaya adik dah macam budak besar. Bercakap....penat mama melayan. Selalu buat mama geram. Tapi marah tu reda bila adik ucap "aceh" (terima kasih) & "me-me" (sama-sama) bila dapat apa yang adik minta.  Adik memang suka bas & stereng. Sampaikan asyik nak main stereng Reza bila kita balik tumpang Auntie Bella.  Jadi....mama dah jumpa hadiah untuk adik...akhirnya jumpa di Eon Big. Punya lama cari.  Jangan rebut Reza punya dah tau. Kalau tak, naik kereta Auntie Bella dah tak mau turun. Mama doakan semoga adik sentiasa sihat, adik menjadi anak yang terbaik, adik berjaya dalam hidup adik. Mama nak adik sentiasa ingat yang mama sayangkan adik walaupun mama selalu marah adik sebab adik suka buat mama naik darah. Geram...

~ Selangkah ke Alam Dewasa ~

Image
Assalamualaikum... Cepat je masa berlalu. Sekarang dah di penghujung bulan November dan hari ni dah berada di pertengahan minggu. Cuti sekolah pun bermula.... Bagi ibu yang bekerja, cuti sekolah rileks sikit sebab tak bergegas terlalu awal nak hantar anak ke sekolah. Jalan pun tak la jem pagi-pagi time cuti ni. Plan pertama untuk Qabil cuti ni adalah BERSUNAT...bersunat wajib bagi semua lelaki beragama Islam dan adalah baik untuk kebersihan diri. Jadi...hari mula-mula cuti, kita sunat dulu. Nak berjalan ke apa lepas baik sunat kay. Maka, Isnin mama pun bercuti sebab nak temankan Qabil bersunat. Tapi mama tak masuk sekali masa potong. Ngeri. So abah je yang temankan Qabil untuk melangkah ke alam dewasa fasa pertama. Sebelum sunat Qabil cool je. Takde pun gemuruh p e. Siap cakap tak de rasa pe pun bila cakap nak sunat.  Dah sunat time ni. Masa ni dah makan ubat tahan sakit.  Masa lepas sunat Qabil still boleh senyum..ubat bius ada lagi kan...jalan ...

~ Zaman Dunia Di Hujung Jari ~

Image
Assalamualaikum.  Semoga semuanya sihat & gembira. Pejam celik pejam celik dah hampir hujung tahun. Sekarang ni musim ibu bapa dok risau fikirkan keputusan peperiksaan anak-anak la kan. Anak-anak pulak mesti kecut perut fikir yang ibu bapa akan pergi ke sekolah untuk amek report kad. Mana yang rajin study tu, mesti steady kan?   Kadang-kadang sesetangah ibu bapa fikir cikgu ni menyusahkan je ibu bapa kena ambil cuti untuk amek report kad anak-anak. Tapi sebenarnya, masa ni la ibu bapa nak kenal dengan cikgu & nak tau prestasi anak-anak di sekolah. Ye la kan...mana ibu bapa yang kera, kadang-kadang terlepas pandang pasal pelajaran & perkembangan anak di sekolah. Anak kaki buli ke, anak kena buli ke...anak rajin ke, anak suka main ke dalam kelas.....jadi masa ni la masa yang paling tepat untuk kita tau pasal anak kita di sekolah. Tapi...sekarang zaman dah mudah. Sebelum ibu bapa pergi amek report kad di sekolah, dah boleh tengok result exam anak. ...

~ Fasa Membesar ~

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera. Semoga semuanya sihat & gembira menjalani kehidupan seharian.    Sekarang ni fasa anak-anak tengah membesar. So selera tengah ada. Qabil makanan dia senang, nasi & ayam. Sekarang ni baru nak makan mi goreng.  Qayyim pun tengah nak makan. Asyik nak g dapur nak bukak peti ais. Sampai sekarang peti ais tu kena lock. Huhuhuhu So mama sekarang rajin nak masak macam-macam cuppies untuk Qayyim bawak g skolah. Qabil macam biasa...nasik. Qabil & Qayyim. Masa baik mau la dia share dgn abang sebab yang abang dia nak, yang dia punya, dia tak bagi Qabil makan nasi & roti canai   Qayyim dgn nasi goreng.  Tak kisah la anak-anak nak makan apa. Mama dengan abah akan usaha buatkan. Yang penting, nak makan. Semoga anak-anak mama & abah sihat & ceria.

~ Kuih Lapis Tradisi ~

Image
Kuih Lapis Tradisi Bahan :- 6 cawan santan 3 cawan tepung beras 1 senduk nasi tepung gandum 1 1/2 cawan gula 1 sk garam Sirap ros utk warna merah Cara :- - Panaskan kukusan & loyang disapu minyak - Campurkan semua bahan kecuali sirap ros - Sebatikan supaya gula larut & tepung tidak berketul - Tapiskan adunan - Bahagikan kpd 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dgn sirap ros - Tuangkan 1 1/2 cwn aduan putih ke dlm loyang. Kukus api sederhana selama 10 minit atau nampak bahagian atas dah berkilat, boleh masuk adunan merah 1 1/2 cwn di atasnya. Kukus 10 minit seperti yg putih - Ulang sehingga adunan habis. Lapisan last kukus dlm 20 minit or sehingga masak - Sejukkan sebelum di potong - Potong dgn pisau plastik spy potongan cantik & tak melekat di pisau Assalamualaikum...haaaa kali ni kita bagi terus resepi.