Posts

~ ABAH ~

Image
Assalamualaikum Hari ni, genap seminggu abah meninggalkan kami. Abah pergi tanpa pesan. Abah penat & dimasukkan ke hospital Slim River pada 9-3-17. Tapi memang abah selalu penat. Kami balik melawat abah di hospital pada hari Sabtu. Keadaan abah penat macam biasa je. Tak ada apa yang serius. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Walaupun hakikat nampak abah semakin pulih, mungkin itu semua untuk mengaburi kami semua. Tepat jam 6.05 pagi tanggal 12-3-17 abah telah meninggalkan kami. Sesuatu yang kami semua tak jangka. Satu kehilangan yang amat berat bagi kami terutamanya mama. Tapi siapalah kita sebagai hamba untuk mempertikaikannya.  Setelah 10 tahun melawan sakit jantung, sampai masanya abah menyerah. Tamat sudah penderitaan dan kesakitannya selama ini. Walaupun berat untuk kami hadapi, kami redha. Abah, tenanglah abah di sana. Semoga abah ditempatkan dikalangan insan-insan yang beriman & beramal soleh. Abah sentiasa dalam ingatan dan hati kami selaman...

~ Red Velvet Cookies ~

Image
Assalamualaikum. Salam permulaan minggu baru. Hari tu sepertimana yang dijanjikan, kite nak dedahkan biskut apa yang rentung akibat kelalaian kan?  Tadaaaaa.... Red Velvet Cookies Biskut atas ni la yang rentung 1 tray tu...nasib baik ada lebihan. So dapat la merasa. Sedap ya amat...so crunchy. Di tambah pula dgn walnut & white chip. Resepi asal adalah resepi Famous Amos Choc Chip Cookies. Diubahsuai sbb saja gatal tgn. Disebabkan white chip digunakan dlm biskut ni, kandungan gula dikurangkan sebab white chip ni manis. Jadi, jom kita intai resepi dia Red Velvet Cookies Olahan dari Famous Amous Cookies Bahan-bahan :- 1 cwn gula perang 1 cwn butter 1 cwn minyak 1 biji telur 1 sudu besar susu segar/susu cair ( kalau xde, air masak pn boleh ) 4 cawan tepung gandum ( jangan pandai2 nak lebihkan sebab adunan memang agak lembik ) Secubit garam 1 sudu kecil cream of tartar 1 sudu kecil soda bikarbonat 1/2 cawan walnut cincang ( nak letak lebih p...

~ Episod Kegagalan ~

Image
Assalamualaikum Kita jengah sebulan sekali ek?  Setiap orang pernah mengalami kegagalan. Tak semua orang terus teror memasakkan? Even orang yang dah expert pun kadang-kadang fail gak kan? Episod kegagalan kali ni adalah disebabkan oleh kelalaian sendiri... Waaaaaa Rentung okay.... RENTUNG 1 tray biskut rentung disebabkan oleh kelalaian sendiri. Tak pernah jadi sebelum ni. NEVER !!!!! Tu la....lain kali sebelum nak bakar sesuatu dalam oven, periksa dulu setting dia. Lupa sebab selalunya setting oven tak berubah. Hari tu last buat Muffin Epal, last 10 minit ubah setting api bagi bakar atas je supaya lebih crunchy & tak basah. Lepas tu lupa terus tutup je. Kemudian....masa panaskan oven buat biskut ni lupa nak tengok setting oven. Selalukan bakar kek ke....biskut ke guna api atas & bawah. Dah TER...lupa nak tengok setting tu, rentung la biskut mama 1 tray.  Nak tau biskut apa yang rentung?  Tunggguuuu...

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

Image
Assalamualaikum Sapu sawang sebulan dua tiga kali ok la kot kan.... Kali ni kita muncul dengan Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe. Dah jatuh chenta dengan kek ni. Sedap ya amat rasanya masa try beli dekat Secter Receipe tahun lepas..haaa..ingat lagi tu rasa dia walaupun makan tahun lepas...padahal tahun 2016 baru berlalu dalam 20 hari.  Disebabkan dah jatuh chenta dengan kek ni, maka gigih la mencari dari en Goole resepi dia. mahal oiii sekeping kek ni beli dari Secret Receipe tau. Godek punya godek, jumpa resepi dalam web Kraft. Senang ya amat.  So check it out resepi dia. Tengok kaler dia yang menggoda tuh....cair deit kay... Cream Brulee' Cheesecake Resepi asal dr web Kraft Olahan ikut tekak Azniezura Loyang 6 inci Bahan based :- 20 keping biskut tiger - dihancurkan  2 sudu besar butter - dicairkan - satukan biskut dengan butter cair & gaul sebati - masukkan ke dalam loyang & ratakan hingga padat - bakar seb...

~ Selamat Pengantin Baru EE & Wani ~

Image
Assalamualaikum Salam Tahun Baru 2017. Dok tersasul lagi tulis 2016 ye dak? Lama bercuti. Mood pun agak lemau. Saja menghabiskan cuti tahunan sempena adik kahwin. Pada 23 Disember 2016, maka berakhirlah zaman bujang adikku EE dengan pilihan hatinya Wani. Majlis akad nikah dijalankan di masjid Sungkai. EE ni anak ke-5 dalam keluarga. Debor nak salam tok kadi. Tapi EE still win..sekali je lepas beb   Sarung gelang. Kitaorg memang gelang time nikah sebab cincin dah guna 2 ie time merisik dgn time bertunang   Maka...settle la nikah dema.   Majlis kenduri pulak di adakan pada 25 Disember 2016. Tema English Style. Terbelit lidah den.   Lawa sangat pelamin dia.    Ok lah...penat la...   Semoga berkekalan hingga akhirnya....     

~ Dah 2 Tahun ? ~

Image
Assalamualaikum.. Salam Isnin, salam awal minggu. Hari ni 19-12-2016. Maka jam 3.03 pagi genap umur anakanda ke-2, Muhammad Qayyim Al Wafiq 2 tahun. Dah 2 tahun anak mama. Sekejap je masa berlalu. Fizikal adik kecik tapi....gaya adik dah macam budak besar. Bercakap....penat mama melayan. Selalu buat mama geram. Tapi marah tu reda bila adik ucap "aceh" (terima kasih) & "me-me" (sama-sama) bila dapat apa yang adik minta.  Adik memang suka bas & stereng. Sampaikan asyik nak main stereng Reza bila kita balik tumpang Auntie Bella.  Jadi....mama dah jumpa hadiah untuk adik...akhirnya jumpa di Eon Big. Punya lama cari.  Jangan rebut Reza punya dah tau. Kalau tak, naik kereta Auntie Bella dah tak mau turun. Mama doakan semoga adik sentiasa sihat, adik menjadi anak yang terbaik, adik berjaya dalam hidup adik. Mama nak adik sentiasa ingat yang mama sayangkan adik walaupun mama selalu marah adik sebab adik suka buat mama naik darah. Geram...

~ Selangkah ke Alam Dewasa ~

Image
Assalamualaikum... Cepat je masa berlalu. Sekarang dah di penghujung bulan November dan hari ni dah berada di pertengahan minggu. Cuti sekolah pun bermula.... Bagi ibu yang bekerja, cuti sekolah rileks sikit sebab tak bergegas terlalu awal nak hantar anak ke sekolah. Jalan pun tak la jem pagi-pagi time cuti ni. Plan pertama untuk Qabil cuti ni adalah BERSUNAT...bersunat wajib bagi semua lelaki beragama Islam dan adalah baik untuk kebersihan diri. Jadi...hari mula-mula cuti, kita sunat dulu. Nak berjalan ke apa lepas baik sunat kay. Maka, Isnin mama pun bercuti sebab nak temankan Qabil bersunat. Tapi mama tak masuk sekali masa potong. Ngeri. So abah je yang temankan Qabil untuk melangkah ke alam dewasa fasa pertama. Sebelum sunat Qabil cool je. Takde pun gemuruh p e. Siap cakap tak de rasa pe pun bila cakap nak sunat.  Dah sunat time ni. Masa ni dah makan ubat tahan sakit.  Masa lepas sunat Qabil still boleh senyum..ubat bius ada lagi kan...jalan ...