Posts

~ Bye Bye PRS.... Hello Prefect ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan Januari 2020 sudah berakhir dan bulan Febuari sudah menjelma. Sekejap je dah beralih bulan. Ada lagi ke yang masih kucar kacir? Mesti ada kan bila mana ada yang anak berubah jadual waktunya. Bermula dari bulan Febuari ni Abah kena kerja lebih sikit sebab Abang Qabil kena sampai sekolah sebelum 6.50 pagi sebab ada kelas tambahan Sinar pagi untuk calon UPSR 2020. Qayyim pulak kena sampai sekolah sebelum 7.20 pagi. Kena 2 trip la. Balik pun sama gak sebab Qayyim balik 11.30 pagi & Qabil balik 1.10 petang. Bulan 2 juga peralihan Qabil dari jawatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke Pengawas. Lantikan terlewat sebab ada faktor tertentu yang membuatkan Ustazah menariknya dari PRS ke Pengawas. Jadi budget tahun ni lebih sebab kena beli baju skolah 2 kali. Mama pasrah. Qabil Jan 2020 & Feb 2020 Mama harap Qabil berusaha bersungguh-sungguh. Doa mama sentiasa mengiringi langkah Qabil

~ Coffee Walnut Cake ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah masuk bulan ke 2 alam persekolahan. Mesti anak-anak dan ibu bapa dah membiasakan diri mengatur jadual harian untuk anak-anakkan. Lupakan jap hal anak-anak, kita layan tekak mak dia, Nak reward jugak untuk diri sendiri. Lama pulak tak buat kek..tangan gatal. Kali ni kita try resepi Coffee Walnut Cake dari Mimpicakes...Buat penggemar kopi, resepi ni mesti dicuba. Sedap, moist dan lembut. Tak rasa tercekik lah makan kek ni. Kek berperisa kopi dengan taburan walnut di atasnya memang mengasyikkan tatkala menjamahnya. Hilang seketika penat menguruskan kerja, keluarga dan anak-anak. Kawan-kawan mesti cuba resepi ni tau. Memang memang menyesal cuba buat sebab sedap dan rasa tak boleh berenti makan. Coffee Walnut Cake yang memggoda rasa Jom tengok resepinya. Bahan pun mudah. Kalau tak de walnut, tabut la kacang apa pun. Tapi tukar la nama dia ye Coffee Walnut Cake Bahan A 250gm Pure Butter 190gm caster sugar Esen vanilla 1 ...

~Selamat Datang 2020 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat datang tahun 2020.  Banyak persiapan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk persekolahan anak-anak kan? Biasa la. Kita sebagai ibu bapa sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tahun 2020 ni Qabil dah menjejakkan kaki ke tahun 6. Tahun yang mencabar bagi alam sekolah rendah. Peperiksaan UPSR.....sekolah agama pulak, PSRA. 2 peperiksaan besar. Semoga Qabil dapat meneruskan kecemerlangan di tahun 2020. Si adik pulakkkkkkkkk....Qayyim da bom. Tahun ni Qayyim melangkah ke alam persekolahan rasmi. Pukul 7.20 pagi dah kena ada sekolah. Qayyim sekarang bersekolah sama dengan abang Qabil. Alhamdulillah. Merasa la sekolah sama dengan abang selama setahun.  Anak-anak mama dah besar. Sekerang ni semua kena keluar rumah pukul 7.05 pagi selewatnya kalau tak nak jem la kan sebab kena sampai sekolah sebelum 7.20 pagi. Mama pun pukul 7.30 pagi dah sampai ofis. Cemerlang betul. Wawawa...... Semoga anak-...

~ Semoga Kau Terus Berjaya ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sesi persekolahan 2020 telah bermula. Pasti ibu bapa sibuk mengiriskan hal-hal pendaftaran anak-anak kan. Mama pun macam tu la. 2 bujang mama pun dah memulakan sesi persekolahan tahun 2020. Abang Qabil dah menjejakkan kaki ke tahun 6. Tahun bermulanya peperiksaan besar. UPSR dan PSRA.  Adik Qayyim pula menjejakkan kaki ke alam Pra Sekolah. Alhamdulillah, Qayyim dapat sekolah yang sama dengan abang.  Tahun yang mencabar. Tahun ni Qabil perlu berusahan lebih untuk melayakkan Qabil ke MRSM atau sekolah Sains yang Qabil impikan. Mama dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama. Kali ni mama lambat update. Mama ucapkan tahniah diatas kejayaan Qabil di dalam peperiksaan tahun 2019. Qabil berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan UPKK dan mendapat tempat pertama sekaligus menjadi pelajar terbaik aliran Qabil. Alhamdulillah Qabil berjaya menrangkul 5 anugerah termasuk terbaik di dalam matapelajaran sekaligus menjadi ...

~ Selamat Ulang Tahun Ratu Hatiku ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. di harap kawan-kawan sihat di samping keluarga. Mesti ramai yang menghabiskan masa cuti sekolah bercuti dan balik ke kampung menziarahi keluarga kan. Alhamdulillah...sama-sama kita memanfaatkan peluang yang masih ada. Tanggal 28 November adalah ulang tahun kelahiran Bonda tercinta yang ke 62. Ahlamdulillah mama masih lagi bersama kami dan kami masih berpeluang merasai kasih sayang mama. Seperti biasa sambutan ulang tahun hanyalah di kalangan ahli keluarga yang ada je. Kebetulan masa tu kami memang merancang nak balik kampung mencari pakaian sekolah anak-anak. Orang kata dah alang-alang, kita sambut la sekali.  Kali ni Az berpeluang menyediakan kek untuk ulang tahun mama. Dah lama tak buat kek ulang tahun mama. Selalunya sekadar ucapan dalam wassap je sebab tak balik ke kampung. Jadi tahun ni dah ada peluang, eksited la tunjuk bakat. Sekali buat sampai 2 biji.  Kek yang menjadi pilihan kali ini adalah 'Sweet ...

~ Sambutan Hari Kanak-Kanak Qabil ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. Bertemu lagi kita di alam maya. Hahaha...macam la glamer kan. Ada ke yang sudi baca blog saya ni. Sekarang orang main Facebook la, Instagram la, Twitter la. Kalau ada yang sudi, alhamdulillah. Musim peperiksaan telah berakhir. Sekarang banyak pulak la aktiviti akhir tahun. Cikgu-cikgu dalam dok pulun menanda kertas peperiksaan, sempat lagi mengadakan aktivit untuk anak-anak kita. Hebat cikgu di Malaysia ni. Minggu lepas sekolah Qabil mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak. Tahun ini tema sambutan adalah "Arabic". Syeikh to be...Insya'Allah. Qabil dalam jubah Arwah Tok Wan Qabil, guru-guru dan kawan-kawan Girls la best sebab boleh melaram Peserta pertandinga pakaian beragam Alhamdulillah Qabil dan kawan-kawan enjoy. Dah habis exam kan. semoga Qabil dan anak-anak lain berjaya di dalam peperiksaan yang lepas. Aminnnnn

~ Bila Besar Nanti ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan semua. Anak-anak kita sekarang ni disekolah mesti musim peperiksaan akhir tahun kan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tenang, tepat dan padat. Tapi mama bukan nak cerita pasal periksa. Nak cerita pasal aktiviti sekolah Qayyim. Bulan lepas, sekolah Qayyim ada menjalankan aktiviti yang di panggil "When I Grow Up" atau dalam masa Melayunya "Bila Besar Nanti". Nak senang cerita, cita-cita saya la. Tu lagi senang. Balik-balik rumah, riuh suara si Qayyim ni bagitau yang teacer dia kata nanti kena pakai baju Askar ke, baju Doktor ke, Baju Bomba ke. So mama cakap la kat dia, adik pakai jubah, jadi ustaz dah la. Lagi pun ubah abang dia ada. Apa lagi, bising la si Kenit tu tak mau.Dia nak jadi Askar dia kata. Jadi gigih la mama cari. Nasin baik terjumpa dalam Shoppe dan seller tu boleh pos keesokan harinya. Alhamdulillah. Jadi mama dapat merealisasikan impian Qayyim nak p...