~ Bila Besar Nanti ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar kawan-kawan semua. Anak-anak kita sekarang ni disekolah mesti musim peperiksaan akhir tahun kan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tenang, tepat dan padat.

Tapi mama bukan nak cerita pasal periksa. Nak cerita pasal aktiviti sekolah Qayyim. Bulan lepas, sekolah Qayyim ada menjalankan aktiviti yang di panggil "When I Grow Up" atau dalam masa Melayunya "Bila Besar Nanti". Nak senang cerita, cita-cita saya la. Tu lagi senang.

Balik-balik rumah, riuh suara si Qayyim ni bagitau yang teacer dia kata nanti kena pakai baju Askar ke, baju Doktor ke, Baju Bomba ke. So mama cakap la kat dia, adik pakai jubah, jadi ustaz dah la. Lagi pun ubah abang dia ada. Apa lagi, bising la si Kenit tu tak mau.Dia nak jadi Askar dia kata. Jadi gigih la mama cari. Nasin baik terjumpa dalam Shoppe dan seller tu boleh pos keesokan harinya. Alhamdulillah. Jadi mama dapat merealisasikan impian Qayyim nak pakai baju Askar.

Muka ganas la tu

Pada hari aktiviti dijalankan, masa hantar je qayyim pergi sekolah, dah bising bunyi senapang, Ye la kan, hari ni je boleh bawa props aka mainan yang bersesuaian dengan cita-cita. Alhamdulillah anak-anak gembira dan bersemangat. Cikgu pun memberikan kerjasana dengan menghantar gambar anak-anak di dalam group wassap. terima kasih Cikgu.

Jom layan gambar Qayyim dan kawan-kawan. 

Military team

Geng cikgu cikgi

Sedia menyelamat...geng bomba

Tukang masak kerjanya enteng, bangun pagi masak nasi goreng. Geng Chef
Doktor muda kita
Jurutera, Pilot dan apa ek sorang lagi ni

Aktiviti ni bagus dijalankan sebagai pendedahan awal kepada anak-anak kita.
Semoga anak-anak kita berjaya dan menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Aamiinnnnn. Insya'Allah.

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~