~ Langkah Pertama ~

Assalamualaikum dan salam bulan Kemerdekaan.

Penghujung bulan Julai 2017...
Permulaan langkah pertama untuk adik lelaki bongsuku Atam. Atam telah mengikat pertunangan dengan pilihan hatinya Shakira. 

Majlis ini adalah majlis pertama setelah ketiadaan Abah. Alhamdulillah, Tok Ngah sudi menjadi wakil pihak kami menggantikan abah walaupun abah tiada gantinya. Terima kasig Tok Ngah kerana sudi menunaikan hasrat adik kami. 

Majlis berjalan amat ringkas dipihak perempuan. Tiada kenduri kendara. Hanya majlis merisik sahaja yang dikehendaki oleh pihak perempuan.

Alhamdulillah, mereka memudahkan niat adik lelaki kami. Mungkin mereka memahami keadaan kami yang masih bersedih setelah ketiadaan abah. 

 Atam dan pilihan hatinya, Shakira

 Ibu Shakira, Shakira, Mama, Mak Ndak (kakak mama), Atam

Mama menyarung cincin kepada bakal menantu

Doakan semoga segalanya dipermudahkan.

Amin 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~