~ Gold Coast Morib ~
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Isnin. No Monday blues okey!!
Hujung minggu lalu, kami sekeluarga meluangkan masa untuk percutian pendek. Percutian kami kali ini...
Gold Coast Morib
Kebetulan voucher ada lama dah. Voucher pun dah nak expired hujung bulan 8 ni. Alhamdulillah, kesihatan Cik Abang dah semakin baik. Makanya baru la berkesempatan untuk bercuti setelah cuti raya berlalu dalam keadaan yang tidak menyenangkan.
Perjalanan menggunakan Waze. Waaaa...jauhnya. Dah rasa macam balik Sungkai dah. Disebabkan tak tahu lokasi tempat yang dituju, memang 100% mengharapkan Waze. Nasib la kan...
Model 2 beradik. Adik tu nak pakai topi abah, habis muka tak nampak
Alhamdulillah perjalanan lancar. Sampai dalam pukul 1 lebih. Terus check in dan boleh terus masuk bilik. Disebabkan kami pergi hari Sabtu, takde peluang nak view mengadap Theme Park. Bagus jugak tak dapat view Theme Park. Kalau tak meti malam pun 2 beradik ni nak masuk jugak. Malam kena tambah RM10/person untuk inhouse guest.
Kasi chan la mama dengan abah pose. Bukan senang nak bergambar berdua
Dengan anak-anak pun kena ada.
Tengok view...menhijau dengan pokok-pokok. Nun jauh di sana, laut Morib.
Dah stand by pakai baju swimming dua beradik ni.
Kami pilih balik katil single 2. Katil boleh dirapatkan. Tak mau pilik King sebab rasa kecik. Lepas tu bawak 1 toto sebab tak muat nak tido atas katil 4 orang.
4 tiket Theme Park.
Harga bilik untuk hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah adalah RM 270. Harga termasuk 4 tiket Theme Park dan sarapan untuk 2 orang. So kami tambah sarapan untuk Qabil RM 15. Qayyim free sebab bawah 90 cm. Sepatutnya 2 tahun ke atas kena bayar harga kanak-kanak. Nasib la adik ketot.
Bilik biasa saja. Ada kettle, cawan, kopi, gula, creamer untuk minum. Ada juga air mineral percuma.
Ada hair dryer dekat maje make up. Senang nak pakai tudung bila rambut basah.
Ada jugak cermin besar. Boleh telek dair hujung rambut sampai hujung kaki.
Lepas tu ada peti ais kecik. Boleh la simpan air. Sebab tak best panas-panas minum air panas. Mesti nak yang sejuk.
Dalam bilik studio suite ni ada jakuzi tau. Letak mandian banyak-banyak. Best tengok banyak buih.
Best Qabil bersantai dalm jakuzi. Tak cukup berendam dekat Theme Park, sambung dalam bilik
Tak banyak gambar yang di ambil sebab lebih kepada seronok melayan anak-anak main air di Theme Park. So far, boleh la. Nak kata heaven, tak la. Cukup la untuk melepaskan gian bercuti dam bawa anak-anak main air.
Ni masa bubble time...suka la budak-budak main buih banyak dalam pool tu
Adik konon-konon acah nak naik pelampung....Eksen je lebih...
Pantai Morib. Tak boleh mandi. Berselut. Lagipun time ni air surut. Nun sayup nak cari air dia
So...review bagi percutian kali ni, biasa je la. Tak de la best sangat-sangat. Tak de la tak best. Boleh la untuk melepaskan tension gian pergi bercuti dan bawa anak-anak berhibur.
Lepas ni kita pergi tempat lain pulak. Tunggu Qabil dapat no. 1 dalam exam, kita pergi Legoland...
Comments