~Brownies Full of Chocolate~

Dah lama dah terasa nak makan brownies. Tapi seru nak membuatnya asyik tertangguh je. Sedangkan nak membuatnya punya la senang. Masuk je semua dalam besen,kacau...siap. Bakar..Xpayah susah susah nak kuakan mixer bagai. Kacau pakai wisker je. Kalu lagi malas, kacau pakai garfu pun boleh.

Jadi...semalam kuatkan la semangat membuat brownies ni setelah masak lauk. Abah balik keje lambat. Masak la lauk ayam masak kicap untuk hero ni. Untuk abah ingat nak masak sambal sotong. Tapi seru tak sampai lagi...tunggu seru datang baru buat sambal sotong. 
Jadi...siap2 masak lauk, cakap la dekat hero tu:-
Mama : Qabil, kita buat kek nak?
Qabil : Nak nak nak. Kite nak buat kek apa?
Mama : Kite buat kek senang je. Mama sedia semua, Qabil masuk semua dalam besen, Qabil kacau. Boleh?
Qabil : Boleh. Senang je.

Jadi..mama pun sediakan la bahan, suruh hero masukkan semua dalam besen, suruh dia kacau. Sambil dia dok kacau bagi sebati, panaskan oven, lapik loyang dgn baking paper, sapu cikit dengan marjerin, tabur dengan tepung sikit xnak bagi melekat kan.

Maka...siap2 hero tu buat semua, mama tuang dalam loyang, sruh dia tabur stoberi chip sbb coklat chip dah habis dgn manik kaler2. Dia memang suka la menabur semua tu. Bila siap, jadi la hasilnya....

Brownies yg memang full of chocolate. Yummy...

Resepi dia memang sempoi. Boleh buat selalu. 


Brownies

1 cwn tepung naik sendiri
1 cwn susu coklat
1sk esen coklat
1/2 cwn serbuk koko
¾ cwn gula
2 paket kopi segera
1 bj telur
½ cwn marjerin cair
Hiasan : Strawberi chip dan manik gula (kalu suka blh letak kekacang)

Cara :
1. Cairkan merjerin dan sejukkan
2. Alaskan loyang dgn baking paper
3. Panaskan oven
4. Campurkan kesemua bahan
5. Kacau sebati dengan wisk
6. Tuangkan ke dalam loyang
7. Tabukan manik hiasan & stoberi chip
8. Bakar dlm suhu 170 darjah selama 30 minit (bergantung kpd oven masing2)
9. Sejukkan dan boleh dipotong


Sementara brownies dalam oven, sambung masak balik. Dah cakap kat abah nak buat sambal sotong. Kang terliur lak kalu xbuat. Hehehe 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~