~ Salam Aidil Fitri 2018 ~
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Aidil Fitri kepada semua yang mengenali saya secara langsung ataupun hanya di alam maya. Maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Aidil Fitri kami sambut bersama keluarga di Perak. Almaklum la kan, kami berdua dari tempat yang sama. Jarak kediaman keluarga kami hanya dalam 20minit sahaja.
Tahun ini kami menyambut Aidil Fitri bersama keluarga saya di Sungkai kerana ibu bapa mertua telah kembali ke rahmatullah.
Sebahagian dari keluarga besar kami. Kami cuba untuk mengembirakan mama walaupun tanpa kehadiran abah
Mama dengan 5 orang cucu daripada 10 cucunya. Walaupun 5, keadaan rumah memang riuh rendah
Keluarga kecil kami. Susah betul nak ambil gambar dengan si adik.
Mesti la kena ada gambar berdua kan...
Menu raya kami, lemang, rendang ayam pencen, nasi daging, air asam kerisik, laksa dan kuih muih. Tapi semuanya tak ambil gambar. Yang penting mesti ada gambar keluarga.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf zahir dan batin kepada semua.
Comments