~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang dah mula musim hujan kan. Tengahari panas, petang je hujan. Jadi kawan-kawan jaga diri dan kesihatan elok-elok tau. Kalau rasa dah mula bersin-bersin, cuba minum lemon suam campur air panas. Petua ni kawan ofis yang bagi tau. Cuba la mana tau serasi.
Kali ni kita sembang pasal Kek Keju Terbakar / Hangit aka Basque Burnt Cheesecake. Kek ni dah jadi fenomena tau dalam Instagram dan Facebook. Ramai yang dah cuba buat dan menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Nak tau sebabnya sebab kek ni guna bahan yang mahal oiiiii kalau nak dapatkan kek yang sedap. Saya tengok di bekeri dalam Intermark, sepotong RM 22 ringgit. Bayangkan la anak 5, beli sepotong, tak menangis ke dapat rasa sorang sesudu je. Jadi lebih baik buat sendiri.
Saya cuba buat dulu loyang 5 inci sebab dekat rumah ni bukan penggemar kek. Maklum la kita sorang je perempuan. Yang lagi 3 org tu cucu cicit Hang Tuah. Jadi makan nasi dan cucoq je.

Basque burnt cheesecake. Menggoda kan warna dia
Tada....menggoda kan gambar dia. Memang sedap. Lagi pun buat dia senang je. Tak perlu nak asingkan putih telur semua tu. Berbaloi sangat buat sendiri dan puas hati. Lagi satu, dia tak muak macam Cheesekek lain.
Ok, saya kogsikan resepi yang saya guna. Resepi dari IG yang saya follow. Banyak resepi yang dia kongsikan.
BASQUE BURNT CHEESECAKE
Resepi sumber dari IG - ummikitchen88
Bahan-bahan :-250 gram Tatura (saya guna Philadelhia)
65 gram gula castor
125 gram whipping cream (saya guna jenama Arla)
2 biji telur gred A
7 gram tepung gandum
Cara-cara :-
1. Pukul cheese bersama gula hingga berkrim
2. Masukkan telur satu persatu. Mix sebati
3. Masukkan tepung & sebatikan
4. Lapikkan loyang bulat saiz 5 inci dengan 'baking paper'. Lebihkan bahagian atas loyang dalam 3 inci.
5. Tapis aduan & tuangkan ke dalam loyang
6. Bakar dengan api atas bawah suhu 200 darjah selama 25 minit (oven saya besar, jadi 40 minit)
7. Untuk lebihkan hangit di bahagian atas, bakar api atas sahaja selama 5 minit.
8. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari loyang
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Comments