Posts

~Sakit itu Ujian~

Alhamdulillah..hari ni badan semakin ok. Hari Jumaat lepas, bangun tido mmg rasa badan dah x ok. Rasa kepala memusing je, rasa meloya..semua ada la. Tapi gagahkan badan bangun..mandi bersiap nak g keje. Dah siap tu..baring kat kerusi d ruang tamu sambil peluk buah oren sbb hajat nak bwk buah oren tu g ofis, nak mkn bg hlgkn rasa meloya. Tapi...semuanya hanya angan2. Last langsung xlarat nak bangun. Qabil pun abah dia yg siapkan. Biasa la budak manja + mengada tu. So cik abg g keje & hntr Qabil g skolah. Dalam kul 11 dah rasa tak larat sgt..siap msg cik abg mintak dia keje half day je. Mmg serius langsung xde tenaga. Dalam pada dok tunggu dia balik, terlena. Tjaga dengan dia balik. Alhamdulillah...ada penyelamat. Cik abg la bwk air dgn buah naik bilik utk isterinya ni. Then turun bawah lak masak untuk isterinya. Waaa...terharunya. Sakit2 dapat sup memang best. Tapi sbbkan sakit..mana de selera kan. Makan gak la cikit utk alas perut. Malam tu memang tido tak lena. Rasa p...

~Happy 33rd Birthday to Me~

Image
Tanggal 19/8 adalah hari ulang tahun kelahiranku. Tahun ni, genap la usia 33 tahun. Dah 33 thn rupanya. Apalah ada pada angka kan. Semua tu tak penting.  Disebabkan pada 19/8 tahun ni abah kena g IJN, maka dapat la buat sambutan kecil2an ramai2. Ala...setakat mkn kek dgn pizza je dekat rumah. Tapi dengan adanya doa selamat dr abah & di aminkan oleh mama & lain2. Ahlamdulillah Yong ( panggilan dlm keluarga ) masih dapat doa restu dr mama & abah di ulang tahun kelahiran thn ni. Gambar kek nanti la upload ek sbb dlm HP Ee & dlm kamera DSLR. Xgodek lagi.  Tapi best gak ulang tahun kali ni. Siap dapat wish hepi besday dr Nurse dkt IJN lagi sbb mintak surat iringan sbb bwk abah ke IJN. Haaa..bkn senang nak dapat tau. Alhamdullilah..usia 33 tahun membesau dengan jayanya.. :P Haaa..kena diet balik ni. Posa turun 3 kilo. raya naik 5 kilo...

~Kuih Siput ...Testing~

Image
Kuih Siput..Lama giler tak makan. Sebabnya...malas la nak gentel utk membuatnya. Bercinta ooo nak tenyeh dia. Lenguh. Tapi disebabkan Cik Abg nak..maka buat juga. Mula2 semangat la dia nak menenyeh..tapi last...tinggal la dok hadap sorang2. Nasib baik la dia dengan rela hati tolong goreng. Ok la kan. Kerja yang berat menjadi ringan.  Sebenarnya Cik Abg suka kuih siput yg keras. Gigi dia kuatkan. Dia siap bg tau awal2 xnk yg gebu. Ikutkan hati nak letak marjerin banyak2 sbb gebu sang  la nak mkn. Kalu yang keras, dia sorg la mkn. Hakikatnya...mmg dia sorg yg mkn la sbb dia nak yg keras. Alhamdulillah, menjadi juga kiuh siput ni. Dah bertahun2 xbuat. Lain kali blh buat lagi. Kalu rajin la.  Tada...ni la dia hasilnya. Wangi rempah masa goreng. Best   Kiuh Siputku....Macam2 bentuk sbb 3 org yg gentel tmasuk hero kecil Meh ten go k resepi dia. Mana tau boleh cuba Kuih Siput Bahan :- 1kg tepung gandum 7 sudu cili yg di blander dgn bawang putih...

~Selamat Hari Raya Aidil Fitri~

Image
Salam Aidil Fitri. Alhamdulillah kita semua berjaya mengharungi Ramadhan 2013 dengan baik. Harap dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan 2014. Insya'allah. Raya tahun ni paling sibuk. Start masuk dapur dr pukul 7 pagi sampai kul 4 petang. Dasat ooo...giler punya masak untuk raya. Lepas kul 4 baru la berpeluang pakai baju raya. xpe...siap masak boleh make up bagai.  Raya tahun ni tak sempat nak bergambar bagai. Cukup la sekeping di bawah. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin.. Asal la berdiri mcm patah pinggang ni? Xde shape lgsung baju ni. Lain kali jgn la gatai2 nak pkai waka-waka

~Hanya Sekali~

Assalamualaikum Nampaknya kita telah berada dipenghujung Ramadhan. Sebenarnya setiap tahun paling kurang kami akn balik kg untuk berbuka puasa bersama family mama & mak walaupun sekali. Alhamdulillah, tahun ni pun dapat juga berbuka bersama keluarga. Seronok sebenarnya berbuka puasa ramai-ramai. Keluarga yang besar, memang meriah. Seronok tengok abah makan. Dapat jugak tunaikan hajat abah nak makan roti sardin. Mama pulak nak makan roti jala dengan kuah durian. Alhamdulillah, dapat gembirakan kedua orang tua. Seronok tengok abah makan. Sampai abah kata perut keras sbb banyak makan. Gembirakan orang tua adalah perkara yang paling seronok. Hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada untuk kita. LOVE U SO MUCH MAMA & ABAH

~Akhirnya...Semperit kuuuu~

Image
Alhamdulillah, cuti hujung minggu 2 hari dapat juga siapkan 2 jenis biskut. Biskut kedua adalah Semperit Susu. Semperit memang sedap. Tapi resepi yg saya guna ni semperit dia rapuh & xguna telur. Resepi dari kawan group masakan dalam FB. Tgk org buat teringin, so beranikan diri buat sbb bhn dia simple je. Alhamdulillah akhirnya berjaya. Putih suci murni warnanya. Saja tak nak kalerkan Memang sedap semperit ni. Rapuh & tak manis sangat. Best minum dgn teh o tawar. Sebenarnya ada eksiden yg melucukan masa bakar biskut ni. Masa bakar biskut, sy pun sidai baju. Ttiba hero kecil dtg jerit... "Mama, kue kita cair"  Alahai...tengok mmg dia cair. So penyelesaiannya saya tambahkan tepung jagung lagi 1/2 cwn sbb resepi asal 2 cwn je. Alhamdulillah akhirnya menjadi Jom layan resepi dia. Semperit Susu Resepi asal Ibu Zai FB Bahan :- 125g butter 1/2 cwn susu pekat manis 2 1/2 cwn tepung jagung Cara :- 1. Kacaukan susu dgn butter yg tela...

~Biskut Raya Pertama 2013 - Biskut Conflakes~

Image
Mood raya semakin terasa. Hari ni masuk hari ke 12 umat Islam seluruh dunia berpuasa. Di sebabkan hari Sabtu tak kerja,misi hari ni adalah membuat kuih raya. Kalu tak, bosan la melangut menunggu waktu berbuka puasa. Sebenarnya biskut ni adalah rekaan disebabkan ada stok conflakes di rumah tapi telur dah habis. Pk punya pk, dapatla idea biskut tanpa telur. Biskut ni rasanya rapuh, rasanya seperti biskut kesihatan jenama IKO kata Papa Bear. Nampaknya menjadi la resepi rekaan sendiri. Meh layan gambar dan resepinya. Saja buat bentuk daun. Atas tu letak kuaci aka biji bunga matahari Biskut Conflakes @ Azniezura Bhn :- 1 cwn minyak sapi 3/4 cwn gula icing 1 cwn conflakes yg dikisar halus 1 cwn manik berwarna 1 cwn t. jagung 2 cwn t. gandum Cara :- 1. Satukan gula dgn minyak sapi. Pukul hingga sebati (pakai wisk je) 2. Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum & gaul sebati 3. Masukkan t.gandum sedikit demi sedikit. Agak xmelekat d tangan, xperlu h...