Posts

~ Bertambah setahun lagi ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kita semua berada di dalam lindungan Allah s.w.t. Aaminnnn.. Alhamdulillah tanggal 19 Ogos merupakan hari ulangtahun kelahiranku. Tahun ini genap usia 38 tahun. Seperti biasa, ulang tahun disambut secara sederhana bersama keluarga kecilku. Sekadar ucapan ingatan dari suami, anak-anak dan adik-adik. Mama tahun ni sibuk mengerjakan ibadah haji. Jadi, doakan mama semoga dikurniakan haji yang mabrur. Kek tahun ni pilihan anak-anak. Sorang nak kek coklat, sorang nak kek aiskrim. Jadi kita gabung jadi kek aiskrim coklat ditaja oleh cik Abang. Kena la posing dengan kek kan birthday mama Jamoca Almond Fudge by Baskin Robin. Serius sedap giler. Abaikan tobek tu, terlanggag peti ais masa nak simpan Alhamdulillah...semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki bersama keluarga tersayang.

~ Panggilan Kaabah ~

Image
Bulan Haji Telah tiba lagi Untuk kita menunaikan ibadah Haji di Baitullah.... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingat tak lagu di atas? Lupa dah. Rasa macam betul dah tu liriknya. Musim haji telah tiba lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tempat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Seramai 30,200 jemaah dari negara kita bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini mengikut sumber dari Tabung Haji. Penerbangan pertama telah pun berlepas pada 14 Julai 2018 dan penerbangan terakhir dijangka berlepas pada 14 Ogos 2018.  Alhamdulillah, tahun ini mama terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji. Mama berangkat ke Madinah pada 29 Julai 2018. Insya'Allah mama akan tiba di Malaysia pula pada 13 September 2018. 45 hari kami berjauhan dari mama.  Jelas terpancar keceriaan di wajah mama Buat pertama kalinya tahun ini jemaah haji dari Lembah Kelang dan sekitarnya berlepas dari tempat baru iaitu Kompleks TH Sepang...

~ Homemade Playdoh ~

Image
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Selamat bersantai bersama keluarga yang tersayang. Apa aktiviti hujung minggu anda semua? Pergi bercuti atau menghabiskan masa bersama keluarga di rumah? Keluarga saya biasanya kalau hari Sabtu adalah hari mendobi. Hari Ahad pula, hari mencari barang dapur dan bawa anak-anak keluar. Kesian pula budak-budak ni. Isnin hingga Jumaat terperuk di sekolah dan nurseri je. So hari Ahad, bawa keluar walaupun hanya bawa pergi makan ais krim. Tak tau kenapa, hari ni si Qayyim dok berzikir nak playdoh je. Tambah pergi Mr. Diy nak beli barang. Tapi kami tak belikan pun sebab takut beli nanti dia main, masuk dalam mulut. Makanya mama pun alihkan perhatian dia dengan ais krim. Nampaknya berjaya buat masa sekarang. Jadi, boleh sambung beli barang. Misi ke Jusco sebenarnya nak beli telur sebab telur gred A murah di Jusco. Dah pergi Jusco, mesti la masuk Mr. Diy tu. Untuk masa sekarang, masalah zikir playdoh dah selesai. Bawa anak-anak makan dan bal...

~ Selamat Pengantin Baru Adikku ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengikuti blog ini. Eh, ada ke orang yang follow? Blog pun suam-suam je kan. Bukan blog femes pun. Sekadar nukilan perjalanan kehidupan yang dilalui untuk kenangan.  Alhamdulillah, pada tanggal 6 Julai 2018 merupakan detik bersejarah buat adinda Atam aka Mohd Zuhri Syahmir b. Abdul Aziz kami. Anak lelaki bongsu dalam keluarga kami. Anak ke 6 dari 7 adik beradik. Anak manja mama ni. Dulu masa kecik memang la tak boleh berenggang dengan mama. Mama pegi toilet pun dia tunggu depan pintu toilet. Dah besar pun macam tu. Tapi tak de la dah nak tunggu depan pintu toilet. Nak shoping pun usung mama gak.  Bercerita tentang Atam ni, memang boleh jadi bahan usikan. Dengan kulit yang putih seperti mama, muka yang jambu seringkali dia disalah anggap sebagai perempuan yang nak jadi lelaki oleh makcik-makcik bawang. Hello makcik. Tak perasan ke halqum punya besaq kat leher dia tu. Ayo....tp dia memang jambu kot.  Majlis pe...

~ Semperit Klasik ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Masih lagi dalam mood raya kan. Raya kan sebulan. Ada yang dah start puasa sunat ke? Mana yang berdiet tu, boleh sambung berpuasa untuk maintainkan berat badan. Sempena masih lagi dalam mood raya, kita upkan satu resepi biskut raya yang klasik iaitu Semperit Klasik yang menggunakan merjerin yang mak-mak kita guna dulu. Resepi ini adalah resepi dari Cikgu Azlina Ina yang sangat terkenal dalam Facebook. Beliau sentiasa cuba mempelbagaokan resepi dan tidak lokek untuk berkongsi resepi tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Resepi ini memang sedap dan begitu gebu. Memang dah lama cari resepi semperit yang gebu macam ni sampaikan nak pegang pun kena berhati-hati.Suka sangat. Dah jatuh cinta dengan resepi semperit ni. Tahun depan boleh buat lagi. Tapi bercinta nak tekan bagi cantik. 1 adunan ni sampai 2 jam nak siapkannya gara-gara nak dapatkan bunga yang cantik. Tapi serius..memang berbaloi...digantikan kesedapan dan kenikmatan biskut ni. ...

~Brownies Full of Chocolate~

Image
Dah lama dah terasa nak makan brownies. Tapi seru nak membuatnya asyik tertangguh je. Sedangkan nak membuatnya punya la senang. Masuk je semua dalam besen,kacau...siap. Bakar..Xpayah susah susah nak kuakan mixer bagai. Kacau pakai wisker je. Kalu lagi malas, kacau pakai garfu pun boleh. Jadi...semalam kuatkan la semangat membuat brownies ni setelah masak lauk. Abah balik keje lambat. Masak la lauk ayam masak kicap untuk hero ni. Untuk abah ingat nak masak sambal sotong. Tapi seru tak sampai lagi...tunggu seru datang baru buat sambal sotong.  Jadi...siap2 masak lauk, cakap la dekat hero tu:- Mama : Qabil, kita buat kek nak? Qabil : Nak nak nak. Kite nak buat kek apa? Mama : Kite buat kek senang je. Mama sedia semua, Qabil masuk semua dalam besen, Qabil kacau. Boleh? Qabil : Boleh. Senang je . Jadi..mama pun sediakan la bahan, suruh hero masukkan semua dalam besen, suruh dia kacau. Sambil dia dok kac au bagi sebati, panaskan oven, lapik loyang dgn baking paper, sap...

~ Salam Aidil Fitri 2018 ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Aidil Fitri kepada semua yang mengenali saya secara langsung ataupun hanya di alam maya. Maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Aidil Fitri kami sambut bersama keluarga di Perak. Almaklum la kan, kami berdua dari tempat yang sama. Jarak kediaman keluarga kami hanya dalam 20minit sahaja.  Tahun ini kami menyambut Aidil Fitri bersama keluarga saya di Sungkai kerana ibu bapa mertua telah kembali ke rahmatullah.  Sebahagian dari keluarga besar kami. Kami cuba untuk mengembirakan mama walaupun tanpa kehadiran abah Mama dengan 5 orang cucu daripada 10 cucunya. Walaupun 5, keadaan rumah memang riuh rendah Keluarga kecil kami. Susah betul nak ambil gambar dengan si adik.  Mesti la kena ada gambar berdua kan... Menu raya kami, lemang, rendang ayam pencen, nasi daging, air asam kerisik, laksa dan kuih muih. Tapi semuanya tak ambil gambar. Yang penting mesti ada gamb...