Posts

~ Selamat Ulang Tahun Ratu Hatiku ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. di harap kawan-kawan sihat di samping keluarga. Mesti ramai yang menghabiskan masa cuti sekolah bercuti dan balik ke kampung menziarahi keluarga kan. Alhamdulillah...sama-sama kita memanfaatkan peluang yang masih ada. Tanggal 28 November adalah ulang tahun kelahiran Bonda tercinta yang ke 62. Ahlamdulillah mama masih lagi bersama kami dan kami masih berpeluang merasai kasih sayang mama. Seperti biasa sambutan ulang tahun hanyalah di kalangan ahli keluarga yang ada je. Kebetulan masa tu kami memang merancang nak balik kampung mencari pakaian sekolah anak-anak. Orang kata dah alang-alang, kita sambut la sekali.  Kali ni Az berpeluang menyediakan kek untuk ulang tahun mama. Dah lama tak buat kek ulang tahun mama. Selalunya sekadar ucapan dalam wassap je sebab tak balik ke kampung. Jadi tahun ni dah ada peluang, eksited la tunjuk bakat. Sekali buat sampai 2 biji.  Kek yang menjadi pilihan kali ini adalah 'Sweet ...

~ Sambutan Hari Kanak-Kanak Qabil ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. Bertemu lagi kita di alam maya. Hahaha...macam la glamer kan. Ada ke yang sudi baca blog saya ni. Sekarang orang main Facebook la, Instagram la, Twitter la. Kalau ada yang sudi, alhamdulillah. Musim peperiksaan telah berakhir. Sekarang banyak pulak la aktiviti akhir tahun. Cikgu-cikgu dalam dok pulun menanda kertas peperiksaan, sempat lagi mengadakan aktivit untuk anak-anak kita. Hebat cikgu di Malaysia ni. Minggu lepas sekolah Qabil mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak. Tahun ini tema sambutan adalah "Arabic". Syeikh to be...Insya'Allah. Qabil dalam jubah Arwah Tok Wan Qabil, guru-guru dan kawan-kawan Girls la best sebab boleh melaram Peserta pertandinga pakaian beragam Alhamdulillah Qabil dan kawan-kawan enjoy. Dah habis exam kan. semoga Qabil dan anak-anak lain berjaya di dalam peperiksaan yang lepas. Aminnnnn

~ Bila Besar Nanti ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan semua. Anak-anak kita sekarang ni disekolah mesti musim peperiksaan akhir tahun kan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tenang, tepat dan padat. Tapi mama bukan nak cerita pasal periksa. Nak cerita pasal aktiviti sekolah Qayyim. Bulan lepas, sekolah Qayyim ada menjalankan aktiviti yang di panggil "When I Grow Up" atau dalam masa Melayunya "Bila Besar Nanti". Nak senang cerita, cita-cita saya la. Tu lagi senang. Balik-balik rumah, riuh suara si Qayyim ni bagitau yang teacer dia kata nanti kena pakai baju Askar ke, baju Doktor ke, Baju Bomba ke. So mama cakap la kat dia, adik pakai jubah, jadi ustaz dah la. Lagi pun ubah abang dia ada. Apa lagi, bising la si Kenit tu tak mau.Dia nak jadi Askar dia kata. Jadi gigih la mama cari. Nasin baik terjumpa dalam Shoppe dan seller tu boleh pos keesokan harinya. Alhamdulillah. Jadi mama dapat merealisasikan impian Qayyim nak p...

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang dah mula musim hujan kan. Tengahari panas, petang je hujan. Jadi kawan-kawan jaga diri dan kesihatan elok-elok tau. Kalau rasa dah mula bersin-bersin, cuba minum lemon suam campur air panas. Petua ni kawan ofis yang bagi tau. Cuba la mana tau serasi. Kali ni kita sembang pasal Kek Keju Terbakar / Hangit aka Basque Burnt Cheesecake. Kek ni dah jadi fenomena tau dalam Instagram dan Facebook. Ramai yang dah cuba buat dan menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Nak tau sebabnya sebab kek ni guna bahan yang mahal oiiiii kalau nak dapatkan kek yang sedap. Saya tengok di bekeri dalam Intermark, sepotong RM 22 ringgit. Bayangkan la anak 5, beli sepotong, tak menangis ke dapat rasa sorang sesudu je. Jadi lebih baik buat sendiri. Saya cuba buat dulu loyang 5 inci sebab dekat rumah ni bukan penggemar kek. Maklum la kita sorang je perempuan. Yang lagi 3 org tu cucu cicit Hang Tuah. Jadi makan nasi dan cucoq je.  Basque burnt cheese...

~ Happy 39th Birthday....SAYANG ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan semua. Bulan Jun 2019 tinggal lagi seminggu je...Bulan ni juga ada lagi 1 keraian iaitu ulang tahun kelahiran sang Suami......wawawa.....ingatkan double celebration. Rupanya triple.  14-Jun-2019 genap sang suami 39 tahun. Alhamdulillah kami masih lagi diberikan peluang untuk menyambutnya bersama-sama. Sambutan bersama anak-anak je sebab suami ni bukan jenis kisah pun. Tapi kita mana nak tau dalam hati dia sebenanya kisah ke tak walaupun luaran nampak tak kisah kan. Just beli kek dan makan dengan anak-anak je. Kek coklat macam biasa. Tapi bukan kek aiskrim sebab pakat batuk.  Tapi sedap weh kek ni Abah dan Qayyim.  Selamat ulang tahun kelahiran, ABG. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dapat bersama kami semua hingga akhirnya. Insya'Allah. 

~ Ice Cream Cookies ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Masih dalam mood raya. So kita cerita lagi pasal biskut raya. Kali ni kita buat biskut kegemaran anak-anak. Kalau dah letak coklat dan manik gula tu, budak la yg suka kan. Biskut ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari cucu-cucu Mak Ndak masa mereka berkunjung ke rumah mama raya pertama hari tu. Menggodakan biskut ni. Dengan warna kuning terang, manik-manik gula berwarna. Memang kegemaran kanak-kanak Cara membuatnya pun mudah kerana tak perlu mixer bagai. Guna wisk je dah cukup. Ye la kan. Kita bukan nak buat kek yang perlukan nak pukul marjerin dengan gula sampai kembang berganda. Jadi kita kongsikan resepi untuk pembaca yang nak cuba untuk raya tahun depan (waaaa.....lambat lagi tu) Ice Cream Cookies Bahan :- 2 1/2 @ 3 cwn tepung gandum (masukkan dulu 2 cwn. Kalau dah ok, xperlu guna lg 1 cwn sbb sy guna cwn air jeeee) 1 sudu kecil baking powder 1 cawan tepung jagung 1 cwn marjerin 1 cwn gula halus 1 bj t...

~ Double Celebration ~

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih lagi dalam mood raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia serta dunia serta pembaca blog ini. Hari raya merupakan hari kemenangan kepada umat Islam melawan hawa nafsu. Bermula dari tahun 2016, raya pertama di sambut di rumah mama setelah Mak (ibu mertua) kembali ke rahmatullah. Tambah lagi lagi setlah abah juga kembali kepada penciptanya tahun 2017. Kami sebolehnya tak mahu mama sunyi dan sedih. Tahun ni yang beraya di rumah mama adalah family kami, Atam dan isteri serta adik Ooni (semestinya la sebab dia tak kawen lagi. Hehehe....) Sebahagian dari keluarga Mak Su Tema kami tahun ni hijau.......variasi hijau....tak de la nampak sedondon sepapan sangatkan. Keluarga kecil kami.Susah betul nak dapat gambar yang semenggah, Ada je spoilnya. Peluang bergambar berdua tidak boleh dilepaskan Tahun ini juga, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari yang sama ulang tahun kelahiran anak bujang...